Powered by Blogger.

Apr 24, 2010

JELITA...Fathia

PENGALAMAN lakonnya baru setahun jagung, tetapi namanya sudah menjadi bualan peminat hiburan. Begitulah aura yang dimiliki bakat baru, Nur Fathia Abdul Latiff atau mesra dipanggil Fathia yang makin mencipta populariti selepas membintangi tiga drama popular sebelum ini.

JELITA...Fathia mahu menonjolkan bakat lakon berbanding paras  rupa.
JELITA...Fathia mahu menonjolkan bakat lakon berbanding paras rupa.



IMPIAN...Fathia masih mengejar cita-cita menjadi peguam. BERTUAH...Fathia meraih peluang membintangi filem Hijab arahan  Pierre.


IMPIAN...Fathia masih mengejar cita-cita menjadi peguam.
Menerusi Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3 pada pertengahan tahun lalu, Fathia bergandingan bersama Tiz Zaqyah sebagai rakan karib. Begitu juga, dia berpeluang melakonkan watak model menerusi Dea Sofea manakala menjadi kekasih Ashraff lakonan Fizo Omar dalam drama Bila Musang Berjanggut.


Melihat pada perkembangan tiga drama itu, Fathia berpeluang menunjukkan bakat dalam diri. Dia akui pengalaman yang ditimba suatu yang cukup berharga yang mengajar dirinya memperbaiki kelemahan diri.


"Niat saya berlakon adalah kerana minat yang mendalam. Sejak usia sembilan tahun, saya sebenarnya sudah berminat sertai pelbagai aktiviti seni di sekolah seperti lakonan, nyanyian dan tarian.


"Selalunya kalau ada pertandingan atau persembahan, saya tidak lepaskan peluang untuk turut serta. Dari situ, rakan mula kenal diri saya yang sukakan bidang seni.


"Namun, apabila meneruskan minat ini hingga berlakon drama, saya tidak menyangka minat saya sampai ke tahap ini. Percaya atau tidak, sampaikan hari ini saya tidak rasa saya adalah artis.


"Sejujurnya, saya berlakon bukan kerana mahu kejar glamor, tetapi atas minat yang mendalam. Tidak dinafikan perasaan malu tetap ada sebelum berlakon, tetapi saya berani mencuba," katanya.


Fathia, 22, yang berasal dari Shah Alam, Selangor ini lebih mengharapkan penonton menilai bakat dirinya berbanding faktor kecantikan semata-mata.


Sememangnya Fathia dianggap memiliki pakej sebagai pelakon yang mampu bersandarkan paras rupa untuk menarik perhatian penonton, sebaliknya dia tidak beranggapan sedemikian.

"Secara ikhlas, saya bersyukur dengan anugerah Tuhan pada diri saya tapi saya tidak melihat kecantikan faktor utama saya terbabit dalam bidang ini.


"Saya percaya kecantikan hanya bersifat sementara dan akan hilang suatu hari nanti. Apa yang penting adalah sumbangan individu itu sendiri pada masa depannya.


"Saya fikir kita tidak perlu terlalu berbangga atau berlagak dengan kelebihan fizikal yang ada tetapi di dalam hati, sentiasa mempunyai perasaan ikhlas dan jujur.


"Hakikatnya, akan ada orang lain yang lebih daripada kita. Seperti lakonan, saya tidak terfikir saya sudah cukup bagu

Saya menilai bakat sendiri pada tahap sederhana dan masih memerlukan sokongan orang lain untuk berjaya. Sebagai pelakon baru, saya berharap mendapat tunjuk ajar daripada pelakon senior lain.


"Sebelum ini, saya tidak mempunyai sebarang pengalaman masuk kelas lakon, tetapi hanya berlakon dari hati. Ketika di lokasi, saya banyak belajar dan bertanya pada pelakon lain mengenai aspek lakonan.


"Secara peribadi, saya suka melihat lakonan Ellie Suriati yang menjiwai setiap watak dengan berkesan. Begitu juga, saya mengagumi lakonan Azean Irdawaty yang kelihatan realiti dalam lakonan.


"Kalau boleh, saya mahu melihat mereka terus berlakon dan jika berkesempatan berjumpa mereka, saya mahu menuntut ilmu. Ia menjadi impian saya andai mempunyai peluang berlakon bersama mereka suatu hari nanti," katanya.


Di sebalik raut wajah jelita yang memikat mata penonton, mungkin tidak ramai yang tahu Fathia juga adalah penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Walaupun sibuk dengan lakonan, dia menyatakan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar.


"Ibu selalu berpesan, pelajaran adalah keutamaan walaupun apa jua yang kita lakukan. Kakak saudara saya iaitu Farrah Adeeba (pengacara TV9) juga berkata perkara yang sama.


"Ibu saya bertindak seperti pengurus saya yang banyak memberi nasihat. Malah, ibu juga berpesan agar saya tidak campur aduk antara komitmen kerja dengan belajar.


"Saya hanya berlakon pada hujung minggu atau cuti semester. Andai pengajian belajar saya habis dalam jangka masa dua tahun lagi, sebolehnya saya mahu lakon dan kerjaya sebagai peguam seiring sejalan.


"Saya masih bercita-cita menjadi peguam dan jika ada masa lapang, saya akan terus berlakon," katanya.


Selepas berlakon drama, Fathia 'dilamar' pula Pierre Andre untuk terbabit dalam filem baru, Hijab. Filem genre seram terbitan YB Pictures Sdn Bhd ini menyaksikan Pierre tampil sebagai pengarah di samping bergandingan bersama Fathia sebagai pelakon utama.


Anak sulung daripada empat beradik ini akui debaran filem sulungnya ini yang memulakan penggambaran pada 29 April ini di Kluang, Johor suatu yang berbeza. Biarpun penggambaran bermula minggu depan, dia mendapat pelepasan untuk hadir di lokasi pada 7 Mei kerana menduduki peperiksaan semester.


"Dalam filem ini, saya perlu tunjukkan karakter wanita penyayang kerana saya bersama Pierre tampil sebagai kekasih. Dari aspek persediaan, saya banyak mengkaji watak pelakon lain menerusi pelbagai VCD termasuk menerusi online.


"Saya masih mencari karakter yang sesuai untuk saya gunakan pada watak dalam filem baru saya kali ini. Saya fikir adegan kasih sayang adalah suatu yang mencabar.


"Soal cinta lokasi seperti mana yang dikaitkan dengan Pierre sebelum ini, saya percaya kami lebih profesional ketika bekerja. Sebelum ini, saya berlakon bukan kerana sesiapa dan saya percaya pengalaman Pierre sebagai pelakon dapat membantu saya mendalami watak.


"Berbeza dengan karakter dalam filem, realiti di luar saya lebih kasar seperti gadis tomboi. Sejak dulu, saya lebih gemar berpakaian ringkas seperti baju-T, jeans dan topi, tetapi kini saya mula mengubah penampilan lebih feminin," katanya.

>Profil
NAMA: Nur Fathia Abdul Latiff
NAMA KOMERSIAL: Nur Fathia
TARIKH LAHIR: 1 September 1987
USIA: 22 tahun
ASAL: Shah Alam, Selangor
KERJAYA: Model dan pelakon
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
FILEM: Hijab
DRAMA: Nur Kasih, Dea Sofea dan Bila Musang Berjanggut
IKLAN: Sunsilk, Nespray, Hotlink, Perodua, RHB dan Panasonic

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP