Powered by Blogger.

May 4, 2010

Gerrard jual perlawanan?


STEVEN GERRARD

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menuduh Steven Gerrard sengaja menghadiahkan gol kepada Chelsea pada perlawanan Liga Perdana England di Anfield malam kelmarin.

Kapten Liverpool itu telah menyumbang jaringan pertama kepada Chelsea setelah hantarannya

ke belakang dipintas Didier Drogba.

Chelsea akhirnya menang 2-0 ke atas Liverpool dan kini berpeluang cerah untuk dinobatkan sebagai juara Liga Perdana England pada Ahad ini.

“Saya hanya melihat insiden tersebut selepas perlawanan kami selesai. Ia merupakan ‘hadiah’ daripada Gerrard.

“Tidak ada apa yang boleh kami lakukan tentang insiden itu, kami hanya perlu menerimanya,” kata Ferguson.

Sementara itu, Drogba pula berkata: “Gerrard telah melakukan kesilapan besar. Saya cukup bertuah berada di kedudukan yang baik dan menjaringkan gol.”

Kini Ferguson mengakui bahawa peluang United cukup tipis biarpun mereka berjaya menewaskan Sunderland 1-0 awal pagi semalam.

United perlu menewaskan Stoke City di Old Trafford pada Ahad ini sambil berharap Chelsea gagal menewaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge.

“Kamu tidak boleh tahu apa yang akan terjadi. Bola sepak merupakan permainan yang cukup gila,” ujar Ferguson. – Agensi

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP