Powered by Blogger.

Jul 28, 2011

Isu Wahabi: Kusut pada metodologi, bukan pada hati

Isu 'fahaman Wahabi mempunyai perkaitan dengan terorisme dan mengancam keselamatan negara', tercetus hasil peranan beberapa agamawan tertentu. Peranan yang mereka mainkan menyebabkan pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, akhirnya menerima fahaman Wahabi boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Inilah susur galur kemunculan isu ini.

Ringkasnya, ia muncul bukan disebabkan percaturan politik untuk kepentingan pihak tertentu. Ia juga tidak membabitkan mana-mana parti politik, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Salah seorang individu yang dilabel sebagai pengikut Wahabi, yang juga seorang ahli sebuah parti politik, turut menafikan penglibatan partinya itu dalam isu ini.

Hakikat ini perlu dimaklumi bagi sesiapa juga yang berusaha menangani isu ini atau cuba memahaminya.

Isu utama berhubung perkara ini ialah punca fahaman Wahabi didakwa berpotensi mendorong pengikutnya berfikiran radikal, dan seterusnya menjurus mereka ke arah terorisme. Punca ini perlu dikenal pasti kerana jika tidak, perbuatan melabel orang lain sebagai Wahabi, akan terus berlaku.

Puncanya bukan disebabkan kemahuan sesetengah pihak mencantas individu tertentu dari terus menganggotai parti politik tertentu. Ini kerana, tidak semua individu yang dilabel sebagai Wahabi, adalah ahli parti politik terbabit.        Baca seterusnya +++

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP