Powered by Blogger.

Oct 28, 2011

Hukum Berpegang Kepada Banyak Mazhab FIQH Dalam Satu Masa

Assalamualaikum
Di Negara kita Malaysia, mazhab Syafi’i merupakan mazhab rasmi ummat Islam. Pertanyaan saya bolehkah kalau saya tidak mengikut pendapat Mazhab Syafi’i sepenuhnya dalam amalan2 saya. Contohnya saya ingin mengikut pendapat Hanafi dalam berwudhu’ iaitu batal wudhu’ hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Sementara dalam masalah solat saya mengikut mazhab Syafi’i, bolehkah jika demikian?
Sekian, Wassalam
JAWAPAN - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Perkara ini menyangkut masalah taqlid dan talfiq. Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.
Taqlid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya.
Seperti seseorang itu mengikut pendapat Imam Syafi’i tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.

Apa hukum bertaqlid?
Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada dua:
1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang qath’i dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-ma’lum minad din bid-dharurah’. Contohnya ialah hukum tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.
Dalam masalah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.

2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti masalah yang kita telah bincangkan sebelum ini mengenai hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk diketahui – Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang seumpama ini.

Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam Syafi’I, Imam Malik,Imam Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.
Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.

Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad)
.
Bertaklid kepada mazhab-mazhab
Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab Syafi’I, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia ini rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafi’i.

Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?

Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya Syafi’I dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab Syafi’i, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.
Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.

Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab Syafi’i dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.

Taklid yang diharamkan ialah:
1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.


Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat Syafi’i dengan membaca Bismillah, esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.
Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.

Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.

Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua masalah yang berbeza – Wuduk dan sembahyang.
Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.
Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.
Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafi’i. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.
Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat Syafi’i telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.

2. Mengambil pendapat yang paling ringan daripada mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Disamping itu dalam masa yg sama dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

Ittiba’
Ialah menerima pendapat orang lain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.
Ittiba’ adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.

Bagaimana kita di Malaysia?
Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan mazhab Syafi’i. Namun sudah tidak dalam semua cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafi’i. Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam – Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan amat sulit sekali.

Di Malaysia, kita dapati amalan kita bercampur2 dengan maksud kita mengambil berbagai pendapat mazhab dalam amalan seharian kita.

Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat Syafi’I, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulama’ tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terusdilakukan, semuanya akan menerima.

Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab Syafi’i – jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima, mereka akan cela dan bid’ahkan. Saya percaya, ini akan memberikan kesan yang lebih buruk .Jadi untuk menukar pandangan dari beramal dengan satu mazhab kepada pelbagai mazhab, kita perlu melakukan dengan beransur-ansur dan berhati, dan mungkin juga mengambil masa yang lama.
Wallahu ‘A’lam.

Sumber ( + )

Read more...

Tak Wajib Terikat Dengan Satu Mazhab Sahaja

Dalam kebanyakan masalah, mazhab Hanafi menjadikan Ibnu Mas'ud r.a. sebagai sumber rujukan utama. Manakala mazhab al-Syafi'i pula menjadikan Ibnu Abbas r.a. sebagai rujukan utama. Namun dalam masalah menyentuh isteri ketika berwudhuk masing-masing mazhab bersilang mengambil rujukan. Mazhab al-Syafi'i mengambil pendapat Ibnu Mas'ud r.s. dan Mazhab Hanafi mengambil pendapat Ibnu Abbas r.a.

Pengajaran dari hal ini ialah, kita tidak diwajibkan terikat dengan hanya satu mazhab sahaja. Bahkan kita boleh sahaja mengambil mana-mana pendapat mazhab yang muktabar.











Sumber ( + )

Read more...

Oct 27, 2011

Surah Yang Dibaca Oleh Rasulullah Saw Dalam Solat

Bacaan Dalam Solat Perlu Tertib

BOLEHKAH ustaz senaraikan surah yang perlu dibaca dalam solat? Apakah benar panjang pendek sesuatu surah itu akan menentukan kedudukannya sama ada di rakaat awal atau akhir.



*********************
Ustaz Zahazan Mohamed

BACAAN surah dalam solat hendaklah dibaca dengan tertib dan tartil serta dibezakan bacaan dengung suara antara sebutan rahmat dan sebutan azab, antara sebutan tahmid (memuji) dengan sebutan tamjid (memuliakan), antara sebutan wa'du (janji baik untuk yang taat) dengan wa'id (janji jahat untuk yang ingkar). Jika kita melakukan sedemikian, barulah solat kita dikatakan berbekas pada jiwa dan perasaan.
Begitu juga hendaklah kita berhenti (waqaf) pada tiap-tiap ayat, atau di tempat yang dipandang baik berhenti pada tempat itu.

Mengenai soal memanjangkan atau memendekkan surah yang dibaca iaitu Rasulullah SAW kadang-kala membaca surah panjang, sederhana dan kadang-kadang pendek. Baginda SAW membaca bersesuaian dengan keadaan ketika itu.

Rasulullah SAW juga sentiasa membaca surah dari awal, tidak pernah Baginda memulakan bacaan pada pertengahan surah atau pada akhir surah. Baginda SAW kadang-kadang menghabiskan bacaan surah di pertengahan surah itu pada satu rakaat saja, dan kadang-kadang Baginda berhenti di pertengahan surah dan Baginda menamatkannya di rakaat kedua.

Tidak ada riwayat yang menyatakan Nabi SAW membaca satu atau dua atau tiga ayat daripada satu-satu surah, atau membaca akhir surah melainkan di solat sunat fajar (Subuh).

Pada solat sunat fajar (Subuh), Nabi SAW membaca di rakaat pertama satu ayat pada surah al-Baqarah, iaitu ayat 136. Pada rakaat kedua sunat fajar (Subuh), Baginda membaca satu ayat pada surah Ali Imran ayat 64.

Rasulullah SAW pernah membaca satu surah di kedua-dua rakaat, seperti mana Baginda pernah membaca kedua-dua surah tiap-tiap rakaat. Umpamanya, Rasulullah SAW pernah membaca surah al-A'raf pada solat Maghrib, sebahagiannya Baginda baca di rakaat pertama dan sebahagian lagi dibaca pada rakaat yang kedua.

Rasulullah SAW pernah membaca surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat solat Subuh. Rasulullah SAW pernah membaca kedua-dua surah daripada surah al-Mufashshal, pada satu-satu rakaat.

Rasulullah SAW pernah memanjangkan bacaan ketika solat Subuh setiap hari, lebih panjang daripada solat fardu yang lain pada hari itu.

Rasulullah SAW pada setiap solat ghalibnya (lazimnya) memanjangkan bacaan surah pada rakaat pertama dibandingkan rakaat kedua.

Surah terpendek yang Baginda baca pada solat Subuh ialah Surah Qaf dan surah yang ukuran sepertinya. Menurut keterangan yang sahih, bacaan ketika solat Subuh itu, lazimnya sebanyak 60 hingga 100 ayat (iaitu bagi tiap-tiap rakaat).

Di solat Subuh pada pagi Jumaat, Baginda tetap membaca pada rakaat pertama Surah as-Sajadah dan di rakaat kedua, membaca surah al-Insan. Baginda membaca dengan lengkap, tidak pernah Baginda membaca setengahnya saja.

Pada solat Zuhur, Rasulullah SAW membaca (panjangnya) 30 ayat (seperti panjang surah as-Sajadah). Rasulullah SAW juga membaca pada solat Zuhur surah al-A'la dan al-Lail atau Surah al-Buruj dan surah At Taariq dan seumpamanya.

Ketika solat Jumaat, Rasulullah SAW biasa membaca surah al-Jumaah pada rakaat pertama dan surah al-Munafiqun pada rakaat kedua. Adakalanya Baginda SAW membaca surah al-A'la dan al-Ghasyiah.

Ketika solat Asar, Rasulullah SAW membaca sekadar 15 ayat pada tiap rakaat. Ketika solat Maghrib Rasulullah SAW membaca surah al-A'raf, surah at-Thur, surah al-Mursalat dan surah ad-Dukhan. Baginda tidaklah terus menerus membaca surah yang pendek.

Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah SAW membaca surah al-Kaafirun dan surah al-Ikhlas. Riwayat ini hanya diterima daripada Ibn Majah, kerana itu tidak dapat dipandang sahih. Riwayat yang sahih adalah Rasulullah SAW membaca surah al-Kaafirun dan al-Ikhlas dalam solat Maghrib.

Ketika solat Isyak, Rasulullah SAW membaca surah at-Tin dan surah asy-Syams dan surah-surah seumpamanya. Apabila selesai membaca surah, berhenti atau berdiamlah sekadar senafas, iaitu sekadar membaca Subhanallah. Jangan sekali-kali disambung terus akhir surah dengan takbir dan rukuk.


Wallahualam


****************************************
oleh Ustaz Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail, Taman al-Barakah, Kg. Tasek Pauh, 16810, Selising, Pasir Puteh, Kelantan

Surah-Surah Yang Dibaca Oleh Rasulullah s.a.w. Dalam Solat

Terdapat banyak hadis yang menerangkan surah-surah yang pernah dibaca oleh Rasulullah s.a.w. dalam solat. Antaranya ialah seperti berikut:-

I- Solat Subuh

عَنْ أَبِيْ بَرْزَةَ الأَسْلَمِيِّ رضي الله عنه:...وَيُصَلِّي الصُّبْحَ فَيَنْصَرِفُ الرَّجُلُ فَيَعْرَفُ جَلِيْسَهُ، وَكَانَ يَقْرَأُ فِيْ الرَّكْعَتَيْنِ أَوْ إِحْدَاهُمَا مَا بَيْنَ السِّتِّيْنَ إِلَى الْمِئَةِ. رواه البخاري.

Abu Barzah al-Aslami (ketika menceritakan tentang waktu-waktu sembahyang Nabi menyatakan bahawa) “Dan baginda bersembahyang subuh, dan bila selesai (sembahyang), seseorang itu akan kenal orang yang bersebelahan dengannya. Dan baginda membaca dalam dua rakaat (sembahyang subuh) atau dalam satu rakaat antara enam puluh sehingga seratus ayat. Riwayat Bukhari.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ السَّائِبِ رضي الله عنه قَالَ: صَلَّى لَنَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الصُّبْحَ بِمَكَّةَ، فَاسْتَفْتَحَ سُوْرَةَ الْمُؤْمِنِيْنَ، حَتَّى جَاءَ ذِكْرُ مُوْسَى وَهَارُونَ أَوْ ذِكْرُ عِيْسَى، أَخَذَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم سَعْلَةٌ فَرَكَعَ. رواه مسلم.

Abdullah bin as-Sa’ib r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersembahyang subuh bersama kami di Mekah, dan baginda membaca surah al-Mukminun (118 ayat), dan setelah sampai kepada ayat yang menyebut tentang Nabi Musa dan Harun (mungkin ayat ke 45), atau tentang Nabi Isa (mungkin ayat ke 50, perawi was-was) baginda batuk, lalu baginda rukuk. Riwayat Muslim.

وَعَنْ رَجُلٍ مِنْ جُهَيْنَةَ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِيْ الصُّبْحِ: إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ ، فِيْ الرَّكْعَتَيْنِ كِلْتَيْهِمَا، قَالَ: فَلاَ أَدْرِيْ أَنَسِيَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَمْ قَرَأَ عَمْداً. رواه أبو داود وحسنه الدكتور نصير فريد (مفتي الديار المصرية) في تحقيقه لنيل الأوطار، ج 2، ص 227.

Seorang sahabat daripada kabilah Juhainah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. membaca dalam sembahyang subuh, dikedua-dua rakaat, surah az-Zalzalah. Beliau berkata: aku tidak pasti adakah baginda terlupa atau baginda sengaja membaca demikian. Hadis hasan riwayat Abu Daud.

Al-Albani menyebut: "Baginda membacakan surah "Tiwalul Mufassal". Kadang baginda membaca surah al-Waqiah (96 ayat) dalam dua rakaat. Baginda pernah membaca surah at-Thur (49 ayat, iaitu semasa hajjatul wada'). Kadang-kadang baginda membaca surah Qaf (45 ayat) dan seumpamanya dalam rakaat pertama. Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal" seperti surah at-Takwir (29 ayat). Pernah satu kali baginda membaca surah az-Zalzalah (8 ayat) dalam rakaat pertama dan kedua. Dan pernah satu kali semasa musafir, baginda membaca surah al-Falaq (5 ayat) dan an-Nas (6 ayat). Baginda pernah membaca surah ar-Rum (60 ayat, melebihi 6 muka surat) dan Yasin (83 ayat). Saidina Umar penah membaca surah al-Kahfi (110 ayat, melebihi 11muka surat) pada rakaat pertama dan surah Yusuf (111 ayat, melebihi 13 muka surat) atau surah Yunus (109 ayat, melebihi 13 muka surat) pada rakaat kedua.

Berkata al-Hafiz Ibnul Qayyim: “Baginda membaca pada subuh hari jumaat dengan tamat kedua-dua surah as-Sajdah dan surah al-Insan.. dan apa yang diamalkan oleh sebahagian manusia pada hari ini dengan membaca sebahagian surah sahaja pada kedua-dua rakaat, atau menamatkan surah as-Sajdah pada dua rakaat adalah menyalahi dengan sunnah. Dan anggapan bahawa subuh hari jumaat dilebihkan daripada sembahyang-sembahyang yang lain dengan adanya sujud sajdah merupakan satu kejahilan yang besar. Kerana inilah sebahagian ulamak memakruhkan membaca surah as-Sajdah, kerana ingin membuang angapan salah ini”. Beliau berpendapat bahawa Nabi membaca surah-surah tersebut kerana kandungan surah tersebut bersesuaian dengan apa yang berlaku pada hari jumaat. Lihat Zadul Maad, juz 1, m/s 203.

Al-Hafiz Ibnul Qayyim juga menceritakan bahawa Saidina Abu Bakar pernah membaca surah al-Baqarah (286 ayat, 48 muka surat) dalam sembahyang subuh. Dan beliau memberi salam hampir naik matahari. Lalu para makmum berkata: Wahai Khalifah Rasulullah, hampir-hampir matahari naik. Beliau menjawab: Kalau matahari naik sekalipun, ia tidak akan dapati kita dalam keadaan lalai.

II- Solat Zohor

عَنْ أَبِيْ قَتَادَةَ رضي الله عنه قَالَ: أَنَّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُطَوِّلُ فِيْ الرَّكْعَةِ الأُوْلَى مِنْ صَلاَةِ الظُّهْرِ، وَيُقَصِّرُ فِي الثَّانِيَةِ، وَيَفْعَلُ ذَلِكَ فِيْ صَلاَةِ الصُّبْحِ. رواه البخاري ومسلم.

Abu Qatadah r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. (bila bersembahyang), baginda akan memanjangkan rakaat pertama dan memendekkan rakaat kedua. Begitu juga pada sembahyang subuh. Riwayat Bukhari dan Muslim.

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه، قَالَ: لَقَدْ كَانَتْ صَلاَةُ الظُّهْرِ تُقَامُ، فَيَذْهَبُ الذَّاهِبُ إِلَى الْبَقِيْعِ، فَيَقْضِيْ حَاجَتَهُ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ، ثَمَّ يَأْتِيْ وَرَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِيْ الرَّكْعَةِ الأُوْلَى مِمَّا يُطَوِّلُهَا. رواه مسلم.

Abu Said al-Khudri r.a. berkata: Pernah bila diiqamahkan sembahyang zuhur, seorang sahabat pergi ke Baqi untuk qadha hajat, kemudian (balik ke rumahnya untuk) berwudhuk, kemudian barulah dia datang untuk berjemaah, dan dia dapati Rasulullah s.a.w. masih lagi dalam rakaat pertama, kerana baginda memanjangkannya. Riwayat Muslim.

Berkata Syeikh al-Albani: Kadang-kadang baginda membaca surah at-Toriq, surah al-Buruj, surah al-Lail dan seumpamanya.

III- Solat Asar

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه، قَالَ: كُنَّا نَحْزُِرُ قِيَامَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِيْ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، فَحَزَرْنَا قِيَامَهُ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الأُوْلَيَيْنِ مِنَ الظُّهْرِ قَدْرَ قِرَاءَةِ ألم تنـْزيل –السَّجْدَةِ، وَحَزَرْنَا قِيَامَهُ فِيْ الرَّكْعَتَيْنِ الأُخْرَيَيْنِ قَدْرَ النِّصْفِ مِنْ ذَلِكَ، وَحَزَرْنَا قِيَامَهُ فِيْ الرَّكْعَتَيْنِ الأُوْلَيَيْنِ مِنَ الْعَصْرِ عَلَى قَدْرِ قِيَامِهِ فِيْ الأُخْرَيَيْنِ مِنَ الظُّهْرِ، وَفِيْ الأُخْرَيَيْنِ مِنَ الْعَصْرِ عَلَى النِّصْفِ مِنْ ذَلِكَ. رواه مسلم.

Abu Said al-Khudri r.a. berkata: kami menganggar qiam Rasulullah s.a.w. dalam sembahyang zuhur dan asar. Kami anggarkan qiam baginda dalam dua rakat pertama sembahyang zuhur sekadar bacaan surah as-Sajdah (30 ayat, 3 muka surat). Dan pada dua rakaat kedua terakhir sekadar separuh daripada tadi. Dan kami juga menganggar qiam baginda pada dua rakaat pertama sembahyang asar sekadar qiam baginda dalam dua rakaat terakhir sembahyang zuhur. Dan pada dua rakaat terakhir sembahyang asar, sekadar separuh daripada itu. Riwayat Muslim.

Al-Albani menyebut bahawa baginda juga memanjangkan rakaat pertama berbanding rakaat kedua.

IV- Solat Maghrib

Syeikh al-Albani berkata: “Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal". Ada juga baginda membaga "Tiwalul Mufassal" dan "Ausatul Mufassal". Baginda pernah membaca surah Muhammad. Baginda pernah membaca surah at-Thur dan juga surah al-Mursalat. Dan pernah baginda membaca surah al-A'raf dalam dua rakaat, dan begitu juga surah al-Anfal”.

عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أبي هريرة رضي الله عنه أَنَّهُ قَالَ: مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَشْبَهَ صَلاَةٍ بِرَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ فُلاَنٍ، قَالَ سُلَيْمَانُ: فَكَانَ يَقْرَأُ فِيْ الصُّبْحِ بِطِوَالِ الْمُفَصَّلِ، وَفِيْ الْمَغْرِبِ بِقِصَارِ الْمُفَصَّلِ. قال الحافظ ابن حجر في فتح الباري: أخرجه النسائي وصححه ابن خزيمة وغيره.

Sulaiman bin Yasar menyatakan bahawa Abu Hurairah r.a. berkata: “Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih hampir (cara) sembahyangnya dengan sembahyang Rasulullah s.a.w. berbanding si pulan (seorang imam di Madinah). Sulaiman berkata: (Aku pernah bersembahyang di belakang si pulan tersebut) dan beliau membaca pada sembahyang subuh dengan “Tiwalul Mufassal” dan pada sembahyang maghrib dengan “Qisarul Mufassal”. Hadis riwayat Nasaie.

Mengekalkan hanya membaca surah-surah yang pendek, dalam sembahyang maghrib bukanlah sunnah, sekalipun itulah anggapan kebanyakan kita. Kerana inillah Zaid bin Thabit, seorang sahabat Nabi s.a.w. menegur perbuatan Marwan bin al-Hakam, dalam masalah ini.

عَنْ مَرْوَانِ بْنِ الْحَكَمِ قَالَ: قَالَ لِيْ زَيْدُ بْنِ ثَابِتٍ: مَا لَكَ تَقْرَأُ فِيْ الْمَغْرِبِ بِقِصَارٍ؟ وَقَدْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ بِطُوْلَى الطُّوْلَيَيْنِ. رواه البخاري.

Marwan bin al-Hakam berkata: Zaid bin Thabit bertanyaku: Kenapakah kamu (sentiasa) membaca dalam solat maghrib dengan surah-surah pendek? Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. membaca dalam solat maghrib dengan surah yang paling panjang antara dua surah panjang, (maksud beliau ialah surah al-A’raf). Riwayat Bukhari.

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَرَأَ فِيْ الْمَغْرِبِ بِسُوْرَةِ الأَعْرَافِ، فَرَّقَهَا فِيْ الرَّكْعَتَيْنِ. رواه النسائي، وإسناده صحيح كما قال الشيخ شعيب وعبد القادر الأرناؤوط.

Aisyah r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. pernah membaca surah al-A’raf dalam sembahyang maghrib dan baginda menceraikannya pada dua rakaat. Hadis sohih riwayat Nasaie. (Surah al-A’raf, 206 ayat, 26 muka surat)

Dan antara hadis yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. membaca surah yang juga panjang ialah:

عَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ رضي الله عنه، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَرَأَ بِالْمَغْرِبِ بِالطُّوْرِ. رواه البخاري ومسلم.

Jubair bin Mut’im berkata: aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca surah at-Thur dalam sembahyang maghrib. Riwayat Bukhari dan Muslim. (Surah at-Thur adalah 49 ayat dan melebihi dua muka surat).

Dan hadis-hadis ini tidaklah menunjukan bahawa Nabi s.a.w. sentiasa memanjangkan bacaan dalam solat maghrib, tetapi menunjukkan bahawa bukanlah ditentukan surah yang pendek sahaja dalam sembahyang maghrib. Dan ada riwayat daripada Imam Syafie yang mengatakan bahawa beliau suka dibacakan surah-surah yang panjang dalam sembahyang maghrib.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ: إِنَّ أُمَّ الْفَضْلِ سَمِعَتْهُ وَهُوَ يَقْرَأُ ﴿ وَالْمُرْسَلَاتِ عُرْفًا ﴾، فَقَاْلَتْ: يَا بُنَيَّ، وَاللهِ، لَقَدْ ذَكَّرْتَنِيْ بِقِرَائَتِكَ هَذِهِ السُّوْرَةِ، إِنَّهَا لآخِرُ مَا سَمِعْتُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ بِهَا فِيْ الْمَغْرِبِ. رواه البخاري ومسلم.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa tatkala beliau membaca surah al-Mursalat, Ummul Fadhli berkata: Wahai anakku, demi Allah, sesungguhnya bacaanmu dengan surah ini mengingatkan daku kepada surah terakhir yang aku dengar Rasulullah s.a.w. membacanya dalam solat maghrib. Riwayat Bukhari. (Surah al-Mursalat 50 ayat, dan hampir dua muka surat).

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: Hadis ini menunjukkan bahawa semasa baginda sihat, baginda membaca dengan surah yang lebih panjang (dalam sembahyang maghrib). Ini kerana baginda dalam keadaan sakit, yang mana biasanya diringkaskan sebahyang.

V- Solat Isya'

عَنْ أَبِيْ رَافِعٍ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ أَبِيْ هُرَيْرَةَ الْعَتَمَةَ، فَقَرَأَ: ﴿ إِذَا السَّمَاء انشَقَّتْ ﴾، فَسَجَدَ، فَقُلْتُ لَهُ: مَا هَذِهِ؟ قَالَ: سَجَدْتُ بِهَا خَلْفَ أَبِيْ الْقَاسِمِ صلى الله عليه وسلم، فَلاَ أَزَالُ أَسْجُدُ بِهَا حَتَّى أَلْقَاهُ. رواه البخاري.

Abu Rafi’ menceritakan bahawa beliau bersembahyang isyak bersama Abu Hurairah r.a. dan beliau membaca surah al-Insyiqaq dan beliau sujud (tilawah). Lalu aku bertanya: sujud apakah ini? Beliau menjawab: aku pernah bersujud (kerana surah ini) di belakang Abul Qasim (Nabi s.a.w.), dan aku akan bersujud kerana membacanya sehingga aku bertemuNya (mati). Riwayat Bukhari.

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ : ﴿ وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ ﴾، فِيْ الْعِشَاءِ، وَمَا سَمِعْتُ أَحَدًا أَحْسَنَ صَوْتًا مِنْهُ. رواه البخاري ومسلم.

Al-Bara’ bin Azib menceitakan bahawa beliau pernah mendengar Nabi s.a.w. (semasa musafir) membaca surah at-Tin dalam sembahyang isyak. Dan beliau berkata: Dan aku tidak pernah mendengar seseorang pun yang lebih merdu daripada suara baginda. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dan dalam cerita Muaz bin Jabal r.a. mengimami sembahyang isayk dengan surah al-Baqarah, baginda menegurnya dan bersabda:

أَتُرِيْدُ أَنْ تَكُوْنَ فَتَّانًا يَا مُعَاذُ؟ إِذَا أَمَمْتَ النَّاسَ فَاقْرَأْ بِالشَّمْسِ وَضُحَاهَا، وَسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلى، وَاقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ، وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشى. رواه مسلم.

Adakah kamu ingin menjadi punca fitnah wahai Muaz? Kalaulah kamu menjadi imam, bacalah surah as-Syams, surah al-A’la, surah al-Alaq dan surah al-Lail. Riwayat Muslim.

Berkata Imam Nawawi: “Disunatkan membaca dalam sembahyang subuh dan zuhur dengan “Thiwaalul Mufassal” (surah-surah Mufassal yang panjang), tetapi dalam sembahyang subuh lebih panjang. Dan disunatkan membaca dalam sembahyang isyak dan asar dengan “Auwsaatul Mufassal”, (surah-surah Mufassal yang pertengahan), dan disunatkan dalam sembahyang maghrib dengan “qisarul Mufassal” (surah-surah Mufassal yang pendek). Syarah Sohih Muslim, Kitab 4, Bab 34.

Dan khilaf ulamak tentang permulaan surah-surah tersebut. Ada pendapat yang mengatakan bahawa surah Mufassal yang panjang bermula daripada Surah al-Hujurat sehingga surah an-Naba’. Surah Mufassal yang pertengahan pula bermula daripada surah an-Naba’ sehingga surah ad-Dhuha, dan surah Mufassal yang pendek pula bermula daripada surah ad-Dhuha hingga akhir Qur’an. Sabilal Muhtadin, j 1, m/s 209.

Antara Hadis Berkaitan Dengan Bacaan Surah

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُنَا بِالتَّخْفِيْفِ، وَيَؤُمُّنَا بِالصَّافَّاتِ. رواه النسائي، وإسناده صحيح كما قال الشيخ شعيب وعبد القادر الأرناؤوط.

Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menyuruh kita meringkaskan sembahyang (bila menjadi imam), dan baginda mengimami kami dengan surah as-Soffat. Riwayat Nasaie. Surah as-Soffat adalah 182 ayat, 7 muka surat). Perkataan beliau ini adalah untuk menyedarkan kita tentang erti meringkaskan sembahyang.

Berkata al-Hafiz Ibnul Qayyim dalam memberikan kefahaman tentang erti imam hendaklah “meringkaskan sembahyang”: “Meringkaskan sembahyang itu adalah satu perkara yang nisbi (tidak tetap. Boleh jadi ringkas pada pandangan orang yang suka mendengar al-Qur’an, tetapi tidak kepada yang lain). Kerana ini rujukan untuk maknanya ialah dengan apa yang biasa dilakukan oleh Nabi s.a.w., dan bukannya kembali kepada nafsu para makmum. Ini kerana baginda tidaklah menyuruh sesuatu tetapi baginda sendiri yang menyalahinya. Sedangkan baginda juga tahu bahawa di belakang baginda itu ada yang tua, lemah dan yang berhajat. Apa yang baginda lakukan itulah maksud “meringkas” yang bagnida suruh. Zadul Maad, juz 1, m/s 207.


Sumber ( + )

Read more...

DO’A DAN BACAAN DALAM SHALAT


A. Doa-Doa Iftitah
Rasulullah SAW membuka bacaan dengan doa-doa yang banyak dan bermacam-macam. Beliau SAW memuji Alloh, mengagungkanNya dan menyanjungNya. Rasulullah telah memerintahkan demikian kepada orang yang tidak benar sholatnya. Beliau bersabda ”Tidak sempurna sholat seseorang sehingga ia bertakbir, bertahmid dan menyanjungNya serta membaca ayat-ayat al-Qur’an yang dihapal.” (HR Bukhari dan Muslim).
Dalam bacaan iftitah (pembukaan), terkadang Beliau SAW membaca doa sebagai berikut:
اللهم باعد بيني وبين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب،اللهم نقني من خطاياي كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس،اللهم اغسلني من خطاياي بالماء والثلج والبرد
1. Allahumma ba’id baini wa baina khotoyaya kama ba’adta bainal masyriki wal maghribi, Allahumma naqqini min khotoyaya kama yunaqqo atstsaubul abyadu minad danas, Allahummaghsilni min khotoyaya bil ma’i was tsalji wal barodi.
الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة واصيلا إني وجهت وجهي للذي فطر السموات والارض حنيفا مسلما وما أنا من المشركين، إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين، لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين
2. Allahu akbar kabiiraa wal-hamdulillahi katsiiraa wa subhaanallahi bukrotan wa atsiilaa. Inni wajjahtu wajhiya lilladzi fatharassamaawati wal ardha haniifan muslimaan wa maa ana minal-musyrikiin. Inna shalaati wa nusukii wa mahyaaya wa mamaati lillaahi robbil’aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa ana minal muslimin.
3. Subhaanaka Allohumma wabihamdika wa tabaarakasmuka wadduka walaa ilaha ghoiruka.
yang artinya ”Mahasuci Engkau ya Alloh, Maha Terpuji Engkau, Mahamulia Engkau serta
Mahatinggi kehormatanMu dan tiada tuhan selain Engkau (HR Ibnu Mundih dan Nasa’i)
4. Dan lain-lain.
B. Tata Cara Bacaan Dalam Sholat
1. Membaca Ta’awwudz.
Kemudian Rasulullah SAW membaca ta’awwudz dengan mengucapkan ”A’udzubillah minasyaithonirrojim min hamazihi wanafkhihi wanafatsihi” (Aku berlindung kepada Alloh darigodaan setan yang terkutuk dari semburannya, kesombongannya, dan embusannya) (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Daruquthni & Hakim).
Terkadang Beliau SAW menambahinya dengan ”A’udzubillahis-samii’il’alim minasysyaithoonirrojim” (Aku berlindung kepada Alloh Yang Mahamendengan lagi Mahamengetahui dari godaan setan yang terkutuk) (HR Abu Daud, Tirmidzi & Ahmad).
Setelah itu Beliau SAW membaca ”Bismillahir-rahman-nirrahim” (Dengan nama Alloh Yang Mahapengasih dan Mahapenyayang) (dengan tanpa mengangkat/mengeraskan suara). (HR Bukhari, Muslim & Ahmad)
2. Membaca Surat al-Faatihah, Ayat per Ayat
Kemudian Rasulullah SAW membaca surat al-Faatihah dengan memotong setiap ayat :
a. Bismillaahir-rahmanir-rahim.
b. Alhamdulillaahirab-bil’aalamiin.
c. Sampai dengan akhir ayat.
Demikian Rasulullah SAW membaca al-Fatihah sampai akhir surah. Beliau SAW tidak menyambung ayat dengan ayat berikutnya. Demikian yang diriwayatkan Abu Daud dan Sahmi.
3. Membaca al-Faatihah Sebagi Rukun Dan Keutamaannya
Beliau selalu mengagunggkan surat ini dengan sabdanya ”Tidak sah sholat seseorang apabila belum membaca surah al-Faatihah (dan seterusnya). (HR Bukhari, Muslim dan Baihaqi)
4. Mengeraskan Bacaan Bagi Makmum
Sebelumnya Rasulullah SAW membolehkan makmum membaca al-Fatihah dengan keras. Akan tetapi pada suatu sholat Subuh Beliau SAW merasa terganggu oleh bacaan seorang makmum. Setelah selesai sholat Beliau SAW bersabda”Apakah kalian tadi ikut membaca bacaan imam?” Mereka menjawab “Benar, akan tetapi dengan cepat wahai Rasulullah” Rasulullah berkata “Janganlah kalian lakukan kecuali kalian membaca al-Fatihah. Sesungguhnya tidak sah sholat seseorang kecuali membacanya.” (HR Bukhari, Abu Daud & Ahmad).
Tetapi kemudian membaca cara ini dilarang oleh Nabi SAW. Yaitu ketika Rasulullah SAW kembali dari sholat jahr (sholat yang dibolehkan membaca al-Qur’an dengan keras). Dalam sebuah riwayat dikatakan pertisiwa itu terjadi pada sholat Subuh. Beliau bersabda ”Adakah tadi kalian mengikutiku membaca al-Qur’an dengan suara keras?” Seseorang menjawab ”Aku wahai Rasulullah” Nabi SAW berkata ”Kenapa ada yang membaca demikian sehingga mengganggu bacaanku?” Abu Hurairah berkata ”Maka para sahabat berhenti membaca al-Qur’an dengan keras dalam sholat dimana Rasulullah mengeraskan bacaannya ketika mereka mendengar teguran dari Rasulullah. (Mereka membaca tanpa suara pada sholat dimana imam tidak mengeraskan bacaan)” (HR Malik, Humaidi, Abu Daud dan Bukhari).
Maka berdiam saat imam membaca al-Qur’an menjadi syarat kesempurnaan bermakmum. Rasulullah SAW bersabda”Sesungguhnya dijadikannya imam itu agar diikuti oleh makmum,maka apabila mengucapkan takbir, ikutilah mengucapkan takbir. Janganlah membaca al-Qur’an, diam dan dengarkanlah.” (HR Abu Daud, Muslim & Abu Uwanah).
Oleh karena itu makmum yang mendengarkan bacaan imam tidak perlu lagi turut membacanya. Sabda Rasulullah SAW”Barang siapa yang sholat bermakmum maka bacaan imam adalah menjadi bacaannya juga.” (HR Daruquthni, Ibnu Majah & Ahmad). Ini untuk sholat-sholat yang jahr (imam mengeraskan bacaannya).
5. Kewajiban Membaca Tanpa Suara
Adapun pada sholat-sholat yang harus membaca tanpa suara, Rasulullah SAW telah menetapkan kehaursan membaca al-Qur’an padanya. Jabir berkata ”Kami membaca al-Faatihah dan surah al-Qur’an pada sholat Dzuhur dan Ashar dibelakang imam pada dua rakaat pertama, sedangkan pada dua rakaat berikutnya membaca al-Faatihah (saja).(Riwayat Ibnu Majah).
6. Imam Mengucapkan Amin Dengan Mengangkat Suara
Dalam hadits riwayat Bukhari dan Abu Daud disebutkan bahwa ketika Rasulullah SAW selesai membaca al-Faatihah, Beliau SAW mengucapkan amin dengan suara jelas dan panjang. Orang-orang yang bermakmumpun dianjurkan untuk mengucapkannya. Sabda Beliau SAW ”Apabila imam sholat mengucapkan ”Ghoiril maghdhuubi’alaihim waladhaaliin” maka katakanlah ”Amin”. (Sesungguhnya malaikiat berkata ”Amin” dan imampun mengucapkan ”Amin”).Dalam lafal lain disebutkan bahwa jika seorang imam sholat mengucapkan amin, makaikutilah dengan mengucapkan amin. Apabila ucapan amin itu bersama dengan ucapan malaikat, (Dalam lafal lain disebutkan : Apabila seseorang mengucapkan amin dalam sholat, dan para malaikat di langit mengucapkan amin dengan bersamaan) niscaya dosa-dosanya akan diampuni.” (HR Bukhari, Muslim & Nasa’i).
Rasulullah SAW juga bersabda ”Tidak ada suatu yang paling menjadikan orang-orang Yahudi iri kepada kalian kecuali ucapan salam dan amin (dibelakang imam).” (HR Bukhari, Ibnu Majah dan Ahmad).
7. Bacaan Setelah Membaca al-Faatihah.
Setelah membaca al-Faatihah, Rasulullah SAW membaca surah lainnya. Terkadang membaca surah panjang dan kadang surah pendek karena suatu penyebab seperti sedang dalam perjalanan, sakit batuk atau sakit lainnya. Atau mendengar tangis anak kecil sebagaimana yang disebutkan oleh Anas bin Malik ra.
8. Boleh Hanya Membaca al-Faatihah
Mu’adz pernah sholat Isya berjamaah dengan Rasulullah SAW di akhir waktu, lalu pulang. Disana ia sholat lagi bersama sahabat-sahabatnya sebagai imam. Dalam jamaah itu terdapat seorang anak muda bernama Sulaim dari bani Salamah. Anak muda itu merasakan sholatnya terlalu lama, maka ia keluar dan sholat sendiri di pojok masjid. Usai sholat ia bergegas keluar masjid dan menunggang untanya langsung meninggalkan tempat itu.
Setelah sholat Mu’adz diberitahu akan kejadian ini. Ia berkata ”Sungguh hal ini perbuatan munafik!. Aku akan laporkan apa yang diperbuatnya kepada Rasulullah.” Anak muda itu juga berkata ”Aku juga akan adukan apa yang dilakukan kepada Rasulullah.”
Keesokan harinya mereka datang kepada Rasulullah. Mu’adz mengadukan apa yang dilakukan anak muda itu, dan anak muda itupun melaporkan apa yang diperbuat oleh Mu’adz. Ia berkata ”Wahai Rasulullah dia telah sholat yang lama denganmu. Lalu ia pulang dan mengimami kami dengan lama”. Rasulullah menjawab ”Wahai Mu’adz akankah engaku membuat fitnah?” Rasulullah bertanya kepada anak muda itu ”Apa yang engkau lakukan dalam sholatmu?” Ia menjawab ”Aku membaca al-Faatihah, lalu berdoa memohon surga kepada Allah, dan berlindung dari siksa neraka. Aku tidak tahu apa yang engaku baca dengan suara lirih dan yang dibaca Mu’adz” Nabi menyahut ”Aku dan Mu’adz seperti ini (telunjuk dan jari tengah).” Anak muda itu berkata ”Akan tetapi Mu’adz akan tahu kalau musuh datang, sedangkan mereka telah diberitahu bahwa musuh telah datang di tempat mereka.” Orang yang meriwayatkan hadits ini berkata ”Kaum tersebut kemudian datang menyerang dan anak muda itu gugur sebagai syahid. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada Mu’adz ”Setelah peristiwa itu bagaimana kamu dengan orang yang mengadukanmu kepadaku?” Mu’adz menjawab ”Wahai Rasulullah, Allah Mahabenar dan saya keliru. Anak muda itu telah gugur sebagai syahid.” (HR Ibnu Khuzaimah, Baihaqi, Ahmad, Abu Daud, Bukhari & Muslim)
9. Membaca al-Faatihah Dengan Suara Keras dan Tanpa Suara Pada Sholat Lima Waktu Dan Sholat Lainnya.
Pada sholat Subuh dan pada rakaat pertama dan kedua pada sholat Maghrib dan ’Isya Rasulullah SAW membaca al-Faatihah dan surah lainnya dengan suara keras. Sedangkan pada sholat Dzuhur dan Ashar Beliau SAW membacanya dengan tanpa suara. Para sahabat mengetahui apa yang dibaca oleh Rasulullah SAW dalam sholat-sholat yang tanpa suara dari gerakan jenggotnya dan terkadang Nabi SAW sendiri memperdengarkan bacaannya. Demikian penjelasan Bukhari dan Abu Daud. Beliau SAW juga membaca dengan mengangkat (mengeraskan) suara pada sholat Jum’at , ’Idul Fitri, ’Idul Adha, Istisqa’ (sholat meminta hujan), dan sholat Kusuf (gerhana).
C. Bacaan-Bacaan Sholat Nabi SAW
Bacaan sholat Rasulullah SAW bermacam-macam. Kadang Nabi SAW membaca surat ar-Rum (60 ayat), kadang ash-Shaffat (182 ayat), kadang surat Zalzalah (7 ayat) dan lain-lain.
D. Bacaan Tartil dan Memerdukan Suara
Perintah Allah terhadap Rasulullah SAW adalah agar membaca al-Qur’an dengan tartil, tidak pelan, dan tidak terlalu cepat. Tetapi dibaca kalimat per kalimat sehingga bacaan satu surah lebih lama daripada dibaca dengan biasa.
Beliau SAW bersabda ”Kelak akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Qur’an ”Bacalah, telitilah dan tartillah sebagaimana engkau mentartilkannya di dunia. Sesungguhnya kedudukanmu adalah diakhir ayat yang engkau baca.”(HR Abu Daud dan Tirmidzi).
Beliau menyuruh para sahabatnya untuk membaca al-Qur’an dengan suara merdu dalam sabdanya ”Hiasilah al-Qur’an dengan suaramu. Sesungguhnya suara yang bagus dapat menjadikan al-Qur’an bertambah indah.” (HR Bukhari, Abu Daud & Hakim).
Beliau juga bersabda ”Sesungguhnya orang yang bagus suaranya adalah apabila engkau
mendengarkan suara bacaan al-Qur’an sedangkan kamu mengira bahwa dia adalah orang yang takut kepada Allah.”(HR Thabrani, Ibnu Mubarak & Abu Nu’aim).
E. Membetulkan Bacaan Imam Yang Salah
Abu Daud, Ibnu Hibban dan Thabrani meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW menyuruh
membetulkan imam yang salah membaca al-Qur’an. Beliau pernah melakukan sholat dan salah dalam membaca al-Qur’an. Usai sholat Beliau bertanya kepada Ubay, ”Apakah engkau sholat bermakmum dengan saya?” Ubay menjawab ”Benar” Beliau menimpali ” Kenapa tidak membetulkan bacaanku yang salah?”
F. Berta’awwudz Dan Meludah Saat Sholat Untuk Menghilangkan Gangguan
Dalam hadits riwayat Muslim dan Ahmad disebutkan bahwa Utsman bin Abi ’Ash berkata kepada Rasulullah SAW ”Wahai Rasulullah, sesungguhnya setan telah menggangguku ketika aku membaca al-Qur’an saat sholat sehingga sholatku kacau.” Rasulullah SAW bersabda ”Itulah setan yang bernama Khinzib. Jika engkau merasakan keahdirannya, bacalah ta’awwudz dan meludahlah ke sebelah kirimu tiga kali.” Utsman berkata ”Aku kemudian melakukannya sehingga Allah mengeyahkan setan dariku.”
BACA JUGA:
sumber ( + )

Read more...

Oct 25, 2011

Terapi HIV: Penawar Kanser Tahap Lewat Kini Terdapat Di Malaysia

Selasa Oktober 25, 2011



KUALA LUMPUR: Terdapat harapan baru untuk pesakit kanser di Malaysia.
Sebuah vaksin yang terkenal bagi merawat kanser tahap lewat hampir semua jenis kanser kecuali leukemia kini diperolehi di negara ini.


Vaksin Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV), yang hanya didapati di Jepun sebelum ini, mampu memusnahkan sarang sel mikroskop dan kecil, sekali gus mencegah sebarang serangan kanser berulang.


Vaksin tersebut ditemui pada 2005 oleh pakar perubatan dan penyelidik Jepun, Dr Kenichiro Hasumi dan HITV merupakan imunoterapi yang menghasilkan sel aktif pesakit sendiri bagi metastatik atau pesakit tahap lewat kanser.


Ia berdasarkan imunologi yang dihasilkan secara semula jadi oleh sistem keimunan manusia dan kemampuan mudah suai bagi memerangi penyakit.


Dr Hasumi, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyelidikan Antarabangsa Hasumi di Amerika Syarikat, telah mengabdikan lebih 40 tahun hidupnya untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.


Bercakap pada sidang media di sini Isnin, Dr Hasumi berkata terapi itu bersama kombinasi radioterapi amat berkesan bagi pesakit yang menderita kanser tahap lewat.


"Penggunaan TomoTherapy (sejenis terapi radiasi) adalah penting dalam protokol ini. Ia boleh mensasar dengan tepat kanser tumor dalam satu sapuan manakala mengurangkan pendedahan radiasi kepada tisu-tisu sekitarnya," katanya.


Rawatan itu termasuk tuaian sel imun dari pesakit, mengkulturnya dalam makmal supaya menjadi sel dendrit, sel yang mempunyai cabang-cabang unjuran badan sel dan kemudian memasukkan semula ke badan pesakit menerusi suntikan ke dalam tumor.


Rawatan HITV mengambil masa kira-kira tiga minggu dengan 10 hari daripadanya merupakan rawatan sebenar.


Selepas rawatan itu, pesakit berkenaan kemudian diperiksa dengan imbasan PET-CT secara berskala bagi memantau rosot kembali kanser.


Ketika rawatan itu hanya diperolehi di Jepun, seramai sembilan pesakit Malaysia yang menderita kanser tahap lewat pelbagai jenis kanser mengambil keputusan untuk mencuba rawatan itu.


Lima daripada mereka telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sepenuhnya.


Mereka termasuk Goh Sai Wah, 58, seorang bukan perokok yang dikesan menghadapi kanser paru-paru tahap lewat dengan merebak ke bahagian tulang belakang dan tulang pada Mei tahun lepas.


Beliau menjalani terapi HITV di Jepun pada 30 Okt tahun lepas dan dalam pemeriksaan susulan enam minggu kemudian, hampir kesemua sel kanser telah hilang.


Kini, selepas 365 hari kemudian, wanita itu masih hidup dan sihat.


Dr Hasumi berkata oleh kerana kanser tahap lewat adalah tahap yang amat sukar untuk dipulihkan, beliau berharap pada masa depan, terdapat inovasi untuk menyembuhkan kanser tahap awal.


Rawatan terapi HITV di Jepun memerlukan kos kira-kira RM200,000 dan sekiranya di Malaysia, ia hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM150,000.


Rawatan terapi itu kini diperolehi di Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru tetapi pengamal perubatan kini sedang rancak mencuba untuk memperkenalkan HITV di semua hospital di Lembah Klang dalam usaha memberi harapan baru kepada pesakit kanser tahap lewat. - BERNAMA

Read more...

Oct 18, 2011

12 Barisan di Akhirat



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..


Read more...

Sebatan cara Islam vs sebatan sivil.



Sabda Rasulullah s.a.w.:

Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
a. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Read more...

Oct 17, 2011

Ridhuan Tee Abdullah
Tanggal 22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah, percubaan untuk mengimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam. Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.Perhimpunan ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan lain-lain badan.

Perhimpunan yang bertemakan “Selamatkan Akidah”, secara tidak langsung mahu memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka.
Perlu diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu dan Islam dilindungi oleh Perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam. Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai Melayu mengikut Perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi keturunan.

Bermakna, saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia. Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.

Namun, sayangnya murtad tetap juga berlaku. Bukan Islam begitu berani memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali. Insiden yang dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC) begitu mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kita mesti bangun sebelum nasi menjadi bubur.

Menurut statistik, setakat ini hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Menurut sumber lain jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.

Menurut Pawanchek Merican, jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Saya amat yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut Mufti Perak, lebih 260,000 telah dimurtadkan.

Gerakan memurtadkan umat Islam telah lama berlaku. Apa yang penting bukannya angka, tetapi percubaan dan keberanian mencabar kedaulatan agama Islam. Kita tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.

 Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadi Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.
 
Bagi mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan pelan kepada Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat, tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda adalah gereja terbesar di Asia.
Itu pun mereka masih terus mendesak dan memohon kerajaan membenarkan mereka mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam, di kawasan yang mereka amat minoriti. Apakah kita masih buta?

Bagaimana populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukupkah dengan pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves? Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan tujuh wasiat raja-raja Melayu itu?

Sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, yang disampaikan mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama bulan lalu.

Antara intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Menurut baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan pihak-pihak lain bertambah angkuh, dan toleransi umat Islam terus dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama menjadi “hak eksklusif” kepada umat Islam.

Menurut Raja Nazrin lagi, pada ketika umat Islam hari ini dilihat berada dalam kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi puntung-puntung arang.

Ingatlah wahai saudaraku, ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam (Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya “survival” parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam (Melayu) itu sendiri.

Adalah tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif dengan membina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri yang akan menguatkan kekuatan parti.

Hakikatnya parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.

Di sinilah terletaknya kematangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam, mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana Amat jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu melunturkan akidah umat Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam. Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita.

Ayuhlah, tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan sebagainya, kita sebagai umat Islam perlu zahirkan tindakan dengan tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita pada 22 Oktober ini. Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita lagi.

— Utusan Malaysia
* Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Read more...

Oct 16, 2011

Hanya muslim jahat takut hudud


Pertamanya tahniah kepada komponen Pakatan Rakyat atas sikap saling menghormati dan cuba memahami kerenah serta kehendak antara parti-parti komponen. Pertembungan ketegasan generasi senior PAS dan DAP berkaitan dapat direda oleh generasi pertengahan serta generasi baru bukan saja dalam Pakatan Rakyat, bahkan mereka yang sekadar memerhati dari luar.

Tulisan ini sekadar mengajak pembaca membuka sedikit ruangan minda terhadap kekalutan yang berlaku. Mungkin tidak sehebat tulisan mereka yang berpengalaman. Cuma kadangkala timbul persoalan terutama kepada yang mengaku beragama Islam, kenapakah sukar untuk mengakui, redha, menggunapakai serta menjadi duta Islam menerangkan keindahan hukum Islam kepada masyarakat keseluruhannya? Kebiasaannya mereka yang menentang hukum Islam yang dilihat agak tegas tetapi penuh keindahan ini, samada jahil , atau kerana mereka sendiri terlibat melakukan jenayah seperti yang terkandung di dalam hukum Islam itu? Tak pasti, hanya Allah saja mengetahuinya. Maka, mungkin boleh disimpulkan Hudud digeruni oleh Muslim yang bersalah sahaja, yang tidak melakukan jenayah tak perlu takut.

Memang sukar untuk mereka yang tidak memahami untuk mudah menerima sesuatu yang di luar lingkungan pemahaman mereka. Apatah lagi jika majoriti menganggap “adil” dalam erti kata samarata. Timbulnya persoalan (kadangkala dari mulut celupar pemimpin mengaku Islam) berkenaan tidak adilnya jika berzina, yang non muslim hanya membayar denda sedangkan yang muslim disebat 100 kali sebatan di khalayak ramai (bagi yang belum berkahwin), dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Tidak pasti persoalan itu timbul kerana kejahilannya, atau supaya masyarakat umum memandang serong terhadap usaha PAS mendaulatkan hukum Islam. Mufti-mufti, ulama’ samada dalam UMNO atau non partisan mendiamkan diri, tidaklah diketahui samada mereka takut bersuara kerana jawatan, atau memang kenyataan begitu tidak sesat dan menyesatkan orang lain.

Tidaklah juga janggal jika non muslim dalam MCA, DAP, PKR, MIC, PBS, SNAP atau mana-mana parti atau individu menyanggah hasrat PAS mengangkat hudud untuk dilaksanakan. Bukankah adil mereka mempersoalkan atau menyanggah kerana ianya bukan aspirasi, bahkan bukan termaktub di dalam agama mereka?  Adil bagi mereka mempersoalkan mahupun menyanggah, tetapi zalim bagi yang mengaku beragama Islam bersikap sama.

Namun, jika ahli UMNO sendiri menyanggah dan cuba mengelirukan dengan memberikan gambaran negatif, sedangkan non muslim dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) boleh menyokong bahkan sedia memberi penerangan kepada rakan-rakan non muslim, mungkin UMNO boleh berkursus atau mengambil subjek Perundangan Islam dari mereka (sekadar sindiran).

Jikalah ada yang berkata, kita kena ambil masa supaya “semua” rakyat tahu apa itu HUDUD barulah boleh dilaksanakan. Baik, cuba kita survey “semua”  rakyat di Malaysia, adakah mereka tahu kandungan undang-undang sedia ada? Adakah mereka tahu undang-undang terkini yang digubal? Adakah mereka tahu hak mereka jika ditahan dan disoal siasat penguatkuasa? Adakah mereka tahu hak mereka apabila dibicara di mahkamah? Pastinya ramai yang berkata, “Entah”. Tiada pula yang mengatakan undang-undang sedia ada samada undang-undang sivil mahupun syariah perlu dihentikan sementara dan dilaksanakan semula apabila “semua” rakyat mengetahui kandungannya dan hak mereka.

Dalam kes qazaf, agak pelik juga Jabatan Agama Islam negeri-negeri seolah-olah tidak memberi respon terhadap tuduhan demi tuduhan terhadap dakwaan liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Paling tidak pun, mereka kata ini bukan di mahkamah syariah sebagai mencuci tangan.  Sehingga JAWI ( Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) pun menolak untuk dilibatkan atas alasan bukan urusan mereka. Jangan  nanti ada yang berkata bila ada organisasi agama lain yang campurtangan terhadap urusan perjalanan tuduhan liwat ini, barulah geng-geng nasionalis bertempik supaya orang non muslim jangan campurtangan urusan agama Islam.

Apa yang susahnya untuk membuktikan UMNO yang mengaku beragama Islam mendakwa DSAI dibawah undang-undang Islam? DSAI beragama Islam, Dr Munawar Anees seorang muslim, Sukma Darmawan seorang muslim, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga muslim, apakah susah untuk dibawa ke mahkamah syariah? Islam sebagai satu cara hidup yang merangkumi keseluruhan perjalanan kehidupan termasuk undang-undang sudah pasti sepatutnya digunakan demi menegakkan keadilan.

Satu ketika kononnya negarawan kita berkata lebih kurang maksudnya jika nak makan sup tangan boleh ke Kelantan. Juga kenyataan lebih kurang maksud jika tangan orang Islam kudung, macam mana mereka umat Islam nak maju? Bgaimana mereka nak berkerja? Termenung sekali logiknya macam ya. Termenung sekali lagi, terserlah kebodohannya. Persoalannya, adakah dengan hukuman potong tangan maka orang Islam berebut-rebut mencuri untuk dipotong tangan untuk melariskan industri sup tangan? Mungkin saki baki pencuri adalah non muslim kerana mereka hanya dikenakan denda wang ringgit? Maka yang muslim pun berkata, tak adillah begitu. Umat Islam diwajibkan berpuasa, dan tidak kepada non muslim melainkan mereka ingin mencuba. Tiada pula yang bersuara tidak adil puasa dalam bulan Ramadhan tidak dilaksanakan kepada non muslim?

Apa maksud adil? Sama rata? Seorang anak perempuan mengatakan bapanya tak adil (samarata) kerana membelikannya baju kurung sedangkan adik lelakinya baju melayu bersamping. Seorang budak berumur 3 tahun mendakwa ibunya tidak adil (samarata) kerana nasi dan lauk untuk sedikit sedangkan abangnya berumur 13 tahun banyak. Apatah lagi jika ada yang berkata tak adil (samarata) kerana suami boleh mempunyai lebih seorang isteri dalam masa yang sama, sedangkan perempuan sebaliknya.

Adakah mereka membuat neraca keadilan berdasarkan kefahaman dan keyakinan terhadap perintah Allah, atau berdasarkan kejahilan, nafsu serta dakwaan Islam mengikut kacamata orientalis?

Apa pun, tahniah buat pimpinan Pakatan Rakyat kerana cermat menghadapi isu ini. PAS perlu lebih berkerja keras untuk menerangkan kepada rakyat menggunakan segala medium terhad yang ada sebagai jihad bekal mengadap Allah di akhirat kelak.

berita (+)

Read more...

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP