Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadi Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.
Oct 17, 2011
Ridhuan Tee Abdullah
Tanggal
22 Oktober 2011, kita sebagai umat Islam akan melakarkan sejarah,
percubaan untuk mengimpunkan seramai sejuta orang di Stadium Shah Alam.
Sama ada berjaya atau tidak, kita serahkan kepada Allah SWT.Perhimpunan
ini yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun)
serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, mewakili pelbagai
pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab
sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan
beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau,
tenaga guru dan lain-lain badan.
Perhimpunan
yang bertemakan “Selamatkan Akidah”, secara tidak langsung mahu
memberi amaran kepada bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan orang
Islam dan jangan sekali berani memurtadkan mereka.
Perlu
diingatkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang paling beruntung
di dunia ini berbanding dengan umat Islam di negara-negara lain. Melayu
dan Islam dilindungi oleh Perlembagaan. Islam itu, Melayu itu Islam.
Lebih istimewa lagi yang memeluk agama Islam, pun boleh dikira sebagai
Melayu mengikut Perlembagaan, walaupun bukan Melayu dari segi
keturunan.
Bermakna,
saudara Muslim juga tidak boleh murtad setelah memeluk Islam. Apatah
lagi orang Melayu. Inilah peruntukan yang tidak ada dalam dunia.
Begitulah beruntungnya umat Islam di negara bertuah ini.
Namun,
sayangnya murtad tetap juga berlaku. Bukan Islam begitu berani
memurtadkan umat Islam walaupun ia tidak dibenarkan sama sekali.
Insiden yang dalam majlis Gereja Katholik Damansara Utama (DUMC) begitu
mencabar sama sekali wibawa agama dan umat Islam. Kita mesti bangun
sebelum nasi menjadi bubur.
Menurut
statistik, setakat ini hanya 168 permohonan murtad diluluskan. Menurut
sumber lain jumlah permohonan murtad sebanyak 686 manakala kelulusan
diberikan kepada 135 orang. Sabah mendahului dengan 67 orang manakala
Negeri Sembilan 33 orang.
Menurut
Pawanchek Merican, jurucakap Persatuan Peguam Muslim, Mahkamah Syariah
Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam. Saya amat
yakin jumlah ini jauh lebih besar daripada yang sebenar kerana menurut
Mufti Perak, lebih 260,000 telah dimurtadkan.
Pihak yang mengambil kesempatan amat licik. Contohnya, pembinaan pusat Kristian antarabangsa, yang dikenali sebagai Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil oleh Calvary Church, atas nama badan kebajikan untuk mendapat pengecualian cukai. Memang menjadi perancangan Kristian untuk menjadi Malaysia sebagai sasaran Kristianisasi setelah berjaya di negara Melayu yang lain seperti Indonesia.
Bagi
mendapat kebenaran merancang, mereka telah mengemukakan pelan kepada
Dewan Bandaraya sebagai pusat komersial. Apabila mendapat kebenaran
merancang, yang dibina bukanlah pusat komersial. Ia hanya sebagai alat,
tetapi yang akan muncul nanti sebagai mercu tanda adalah gereja
terbesar di Asia.
Itu pun
mereka masih terus mendesak dan memohon kerajaan membenarkan mereka
mendirikan gereja di Putrajaya dan Shah Alam, di kawasan yang mereka
amat minoriti. Apakah kita masih buta?
Bagaimana
populasi penduduk yang hanya 10 peratus boleh membina sebuah gereja
terbesar di Asia dalam sebuah negara Islam? Tidak cukupkah dengan
pembinaan patung tertinggi di dunia di Batu Caves? Jangan ulangi
kesilapan demi kesilapan. Akhirnya, nanti negara ini akan keluar
Malaysia boleh dalam segala hal. Di manakah kedudukan tujuh wasiat
raja-raja Melayu itu?
Sebagai
umat Islam kita sepatutnya menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak,
Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah, yang disampaikan
mewakili Raja-Raja Melayu sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri
Seluruh Malaysia Kali Pertama bulan lalu.
Antara
intipati utama yang terkandung dalam titah diraja baginda ialah supaya
umat Islam di negara ini menghayati semangat bersatu padu khususnya
dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa.
Menurut
baginda lagi, kelemahan umat Islam yang semakin terserlah menyebabkan
pihak-pihak lain bertambah angkuh, dan toleransi umat Islam terus
dicabar. Akibatnya, pencerobohan-pencerobohan bentuk baru telah berlaku
seperti pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama
menjadi “hak eksklusif” kepada umat Islam.
Menurut
Raja Nazrin lagi, pada ketika umat Islam hari ini dilihat berada dalam
kemelut taksub untuk meraih kuasa dan pengaruh politik sehingga sanggup
menggadaikan prinsip-prinsip asas agama dan maruah bangsa. Ketaksuban
politik di kalangan umat menyebabkan mereka bergembira melihat pihak
yang kalah menjadi abu walaupun pihak yang menang hanya akan menjadi
puntung-puntung arang.
Ingatlah
wahai saudaraku, ramai yang beranggapan bahawa survival umat Islam
(Melayu) terletak di tangan parti politik. Tanpa kita sedari sepatutnya
“survival” parti politik itulah yang bergantung kepada umat Islam
(Melayu) itu sendiri.
Adalah
tidak tepat jika bangsa Melayu cuba dimajukan secara reaktif, yakni
dengan saranan menyandarkan kekuatan mereka kepada kemenangan parti
semata-mata, sedangkan mereka seharusnya dibangunkan secara proaktif
dengan membina kekuatan diri sendiri terlebih dahulu. Kekuatan diri
yang akan menguatkan kekuatan parti.
Hakikatnya
parti hanyalah satu alat sedangkan kecemerlangan bangsa, agama dan
negara adalah satu matlamat. Matlamat hanya ada satu, sedangkan
jalan-jalan menuju ke matlamat begitu banyak. Bangsa yang bijak, tidak
akan meletakkan hanya satu jalan sahaja untuk mencapai satu matlamat.
Di sinilah
terletaknya kematangan berpolitik. Lihatlah politik bukan Islam,
mereka meluaskan jalan dan jaringan, bebas untuk bekerjasama dengan
mana-mana Amat jelas sekali ada gerakan yang seolah-olah mahu
melunturkan akidah umat Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh
Islam. Inilah cabaran yang memerlukan pengorbanan di kalangan kita.
Ayuhlah,
tidak kira apa jua latar belakang, ideologi, parti politik dan
sebagainya, kita sebagai umat Islam perlu zahirkan tindakan dengan
tampil ke hadapan untuk menunjukkan solidariti kita pada 22 Oktober ini.
Barulah ketika itu orang lain tidak berani memijak kepala kita lagi.
— Utusan Malaysia
* Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(168)
-
▼
Oct
(16)
- Hukum Berpegang Kepada Banyak Mazhab FIQH Dalam Sa...
- Tak Wajib Terikat Dengan Satu Mazhab Sahaja
- Surah Yang Dibaca Oleh Rasulullah Saw Dalam Solat
- DO’A DAN BACAAN DALAM SHALAT
- Terapi HIV: Penawar Kanser Tahap Lewat Kini Terdap...
- 12 Barisan di Akhirat
- Sebatan cara Islam vs sebatan sivil.
- Ridhuan Tee Abdullah Tanggal 22 Oktober 2011, k...
- Hanya muslim jahat takut hudud
- 9 Bulan Kehamilan
- Dakwat Kekal: Fatwa Negeri Pahang
- 10 ayat surah Al-Kahfi
- Intipati utama Belanjawan 2012
- Nota Mudah Memahami Hukum Hudud (siri 1)
- Doa Selepas Solat
- Beribu ahli dan penyokong PAS banjiri Forum Pra Sa...
-
▼
Oct
(16)
0 comments:
Post a Comment