Powered by Blogger.

Oct 1, 2011

Beribu ahli dan penyokong PAS banjiri Forum Pra Sambutan 60 tahun

Posted: 30 Sep 2011 10:20 AM PDT
KEPALA BATAS -Beribu-ribu ahli dan peynyokong PAS dari seluruh ceruk rantau melimpahi Dewan Milenium disini semalam, menyaksikan Majlis Forum Pra Sambutan 60 Tahun PAS.

Ahli panel forum termasuk Dr. Asri Zainal Abidin selain Naib Presiden Salahuddin Ayob, Ketua Penrangan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK Kerja PAS Ustaz Idris Ahmad.

Tinjauan Buletinonline melihat satu fenomena luar biasa apabila para penyoong PAS yang belum menjadi ahli telah menyerbu kaunter pendaftaran dipintu masuk utama dewan tersebut.

Pelbagai lapisan, latar belakang dan peringkat umur yang hadir memberikan harapan 'cerah' kepada PAS menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dalam ucapannya optimis dalam menegaskan kesdiaan PAS menawan Putrajaya.

Menurutnya, kepimpinan PAS khususnya Presidennya Dato' Seri Tuan Gur Abdul Hadi Awang telah membawa PAS ke 'tengah arus' politik perdana.

Walalu bagaimana pun, Ketua Penerangan Dato' Tuan Ibrahim berharap ijtihad politik PAS dapat diterima oleh masyarakat.

Beliau menyatakan kekesalan beberapa program yang dikemukakan oleh kerajaan Kelantan telah dikritik oleh pihak-pihak yang masih berfkiran lama.

0 comments:

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP