Powered by Blogger.

Nov 30, 2012

Bingkisan Perjalanan Buat Yang Demam ‘Kuasa’


Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Sekarang ini demam Pilihanraya ke-13. Ia dijangka pilihanraya yang benar-benar akan men’demam’kan samada BN ataupun PR. Maka sekarang parti-parti politik dalam negara kita sedang sibuk dan menyibukkan diri untuk menghadapi demam tersebut. Ucapan dan slogan politik kedengaran di sana-sini. Kuasa, kuasa, dan kuasa. Itulah mimpi sebahagian manusia politik. Saya tidak ingin mengulas pada minggu ini. Saya hanya ingin memetik pelbagai ucapan beberapa tokoh umat Islam berkaitan dengan perjuangan dan kepimpinan. Harapnya ia boleh menjadi bekalan dan renungan untuk semua pihak yang terbabit. Ia boleh menjadi koleksi dan koreksi untuk mereka yang merasa diri berada di medan perjuangan dan siasah.
Gambar Hiasan
Akur Kesilapan
Nabi Musa a.s berjuang menghadapi Firaun. Namun Nabi Musa a.s pernah membuat kesilapan sebelum menjadi rasul iaitu telah memukul seorang warga Mesir keturunan qibti sehingga mati. Semasa dialog antara Musa dan Firaun, Firaun mempertikaikan tindakan Musa a.s. tersebut. Nabi Musa a.s mengakui kesilapan tersebut, namun meneruskan perjuangan yang benar. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya)
“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?”
Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22).
Inilah sikap perjuang yang ikhlas dan benar!
Pohon Maaf dan Betulkan Kesilapan
Apabila fitnah berlaku di zaman pemerintahan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan, beliau menulis surat kepada rakyat memohon kemaafan dan membuka ruang agar dibetulkan kesalahan pentadbiran. Beliau menyebut dalam suratnya:
“Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka itu akan haknya. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan ianya ditinggalkan untuk rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca dan ada pula yang dipukul. Sesiapa yang dicerca ataupun dipukul secara sembunyi atau sesiapa yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”.
Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jil. 4, hlm. 342) iaitu fitnah telah menular di tengah-tengah umat.
Maksud ‘Rakyat Didahulukan’
Jika kita ingin mendengar contoh rakyat didahulukan, maka bacalah Sirah ‘Umar bin al-Khattab ini: Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata:
“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya:
“Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Awasi Pengampu
Syaiban al-Ra‘i berkata kepada Harun al-Rasyid:
“Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”.
Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”. Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”.
Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimba kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Gambar Hiasan
Menyedari Bebanan Amanah
Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya:
“Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144).
Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya:
“Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”
Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.
Menyedari Kemampuan Diri
Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya:
“Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh. Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad).
Banyak lagi ungkapan yang baik tentang kuasa dan jawatan untuk direnungi oleh mereka yang merinduinya. Saya petik sedikit daripadanya sebagai bingkisan buat yang lantang berbicara tentang keinginan kepada kuasa.

Read more...

Nov 28, 2012

Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu ‘Bagai Telur di Hujung Tanduk’. Benarkah? Fakta @ Auta?


Kalau tengok sekarang ini, bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang berlangsung sekarang ini, media arus perdana tidak kira media cetak mahupun elektronik terus memberikan liputan yang cukup meluas. Sehingga kami tertanya-tanya, UMNO ada “tanam sahamkah” kepada media-media ini?
Seperti di muktamar PAS yang lalu kami sedikit pun tidak memberikan liputan di Berita Semasa. Bagi kami itu hal parti mereka. Apa-apa masalah yang persoalan yang berbangkit. Itu hal parti tersebut. Jangan sesekali melibatkan rakyat dalam masalah parti anda. Andaikata sokongan parti merosot, salahkan diri sendiri berbanding menyalah & meletakkan “beban” masalah di bahu rakyat yang tidak menyokong.
Begitu juga dengan Perhimpunan Agong Umno 2012 kali ini….
Kami tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan kali ini…..(Laporan Bernama)
Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.
Ini masalah parti kamu, parti UMNO. Masalah politik UMNO yang berlaku sekarang ini jangan sesekali libatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Jika UMNO ada kredibiliti, Insyaallah kekuatan parti akan terus bersama anda dengan sendirinya. Itu sahaja….
Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir”kemudiannya.
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, kuasa politik melayu tidak akan hilang, ia sudah termaktub dlm perlembagaan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan beliau berkata begini…
“Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?” katanya.
Beginilah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Anda ini patut nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri sebelum nasihatkan orang lain. Itu sebablah ada orang mengatakan kepimpinan melalui tauladan.
Soalan kami, macam mana kuasa ekonomi bangsa Melayu nak naik sedangkan hak penternak lembu bernilai RM250 juta pun dirampas dan dirompak oleh bangsa Melayu sendiri yang kononnya mendabik dada merekalah yang memperjuangkan bangsa Melayu. Itu baru skandal kes lembu NFC yang terbongkar, belum lagi yang lain? Ehem……

Read more...

Nov 22, 2012

Kekeliruan sambutan hari Asyura’

Perbuatan mencederakan diri yang dilakukan oleh segelintir umat Islam pada setiap 10 Muharam dilarang sama sekali memandangkan tindakan berkenaan bertentangan dengan ajaran Islam selain menyerupai amalan golongan jahiliah.
 
BOLEH ustaz jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan puasa Asyura? Benarkah perintah berpuasa pada hari itu bersempena dengan peringatan pembunuhan Saiyidina Husein di padang Karbala?

Jawapan
ASYURA berasal daripada kata ‘asyarah yang bermakna: “10″. Hari Asyura maksudnya adalah hari ke-10 daripada bulan Muharam.

Hari ini sangat dihormati oleh bangsa Arab pada masa Jahiliah, terutamanya kaum Quraisy. Pada hari itu mereka mengganti kiswah (kelambu) yang menutupi Kaabah dan berpuasa.

Besar kemungkinan amalan itu merupakan peninggalan syariat Nabi Ibrahim yang masih berlaku di kalangan bangsa Arab pada saat itu. Itu sebabnya Rasulullah SAW turut berpuasa pada hari Asyura semasa baginda masih berada di Mekah.

Apabila berpindah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat bangsa Yahudi yang menetap di sana berpuasa pada hari Asyura juga.

Baginda bertanya: “Mengapa kalian berpuasa pada hari ini?” Mereka menjawab: “Hari ini hari baik. Pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka. Oleh itu Nabi Musa berpuasa padanya.”
Rasulullah SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripadamu.” Baginda lalu berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa.

Puasa Asyura hukumnya wajib pada tahun pertama kehadiran kaum Muslimin di Madinah. Hukum itu mula berubah apabila Allah menurunkan kewajipan puasa Ramadan satu tahun kemudian.

Siti Aisyah berkata: “Selepas puasa Ramadan diwajibkan, maka sesiapa yang hendak berpuasa pada hari Asyura, maka dipersilakan. Dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, maka dipersilakan.”

Namun begitu, puasa pada hari Asyura tetap disunatkan dan mengandungi fadilat besar. Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa pada itu dapat menggugurkan dosa satu tahun sebelumnya. Demikian diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah.

Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar, puasa Asyura terdiri daripada tiga tingkatan. Tingkatan yang paling rendah berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja. Tingkatan pertengahan berpuasa pada hari   9 dan ke-10. 
Tingkatan tertinggi adalah berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharam.

Pembunuhan Husein
Daripada penjelasan singkat di atas, jelaslah puasa Asyura bukan kerana pembunuhan Sayidina Husein bin Ali cucu Nabi Muhammad SAW yang berlaku di Karbala pada tahun 61 Hijrah. Pendapat sebegini tidak pernah dikenal dalam ajaran ahli sunnah wal jamaah.

Sebaliknya, mengaitkan Asyura dengan pembunuhan Sayidina Husein berasal daripada aliran Syiah. Mereka memperingati peristiwa itu dengan meratap bersama-sama. Ada juga yang menganjurkan perarakan di jalan-jalan sambil melukai tubuh dengan benda-benda tajam. Perbuatan ini haram dilakukan menurut para ulama.

Peristiwa pembunuhan Sayidina Husein adalah lembaran hitam dalam sejarah Islam. Sebagai umat yang mencintai keluarga Nabi Muhammad SAW, kita mengutuk pelaku perbuatan kejam itu. Namun kesedihan tidak boleh membawa kita kepada perilaku melampau yang bertentangan dengan ajaran Islam sendiri.

Baginda pernah bersabda: Bukan termasuk daripada golongan kami orang yang suka menampar muka, mengoyak baju dan melaungkan sebutan-sebutan Jahiliah. (riwayat al-Bukhari)

Read more...

Nov 17, 2012

Doa Setelah Solat Jenazah: Dari Manakah Asal Usulnya?


Muhammad Hanief bin Awang Yahaya


Para fuqaha telah menulis dengan panjang lebar berkenaan dengan kaifiat sembahyang jenazah dalam kitab-kitab mereka. Bermula dari niat sehinggalah memberi salam. Semuanya ditulis oleh mereka yang mana itulah yang sabit dari al-Qur`an dan al-Sunnah. Sebaik sahaja selesai memberi salam, jenazah diangkat menuju ke kuburan tanpa ada sebarang amalan tertentu secara khusus.

Dalam pada itu, ada segolongan masyarakat, orang yang menjadi imam dan jemaah di belakangnya menambahkan doa dengan cara yang tertentu setelah memberi salam malah ada yang membaca beberapa surah dan berdoa sehingga dua kali. Kaifiat ini tidak pernah diriwayatkan dalam hadis-hadis sahih. Ini menyebabkan berlaku kelewatan dalam urusan pengkebumian.

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ اَلنَّبِيِّ  صلى الله عليه وسلم قَالَ أَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ, فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا إِلَيْهِ, وَإِنْ تَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ .

Daripada Abu Hurayrah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Segerakanlah dengan urusan jenazah sekiranya dia seorang yang soleh maka jika dia seorang yang baik maka kepada kebaikanlah yang kamu hantarkannya dan jika dia jenazah bukan bersifat demikian maka kejahatanlah yang kamu lepaskan daripada batang leher kamu. (al-Bukhari, 1315, Muslim, 50)

Doa untuk orang yang meninggal dunia sangat dituntut. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya mengikhlaskan doa

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  رضي الله عنه  أَنَّ اَلنَّبِيَّ  صلى الله عليه وسلم قَالَ إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى اَلْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوا لَهُ اَلدُّعَاءَ - رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ, وَصَحَّحَهُ ابْنُ حِبَّانَ .

Daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila kamu menyembahyangkan mayat maka ikhlaskan doa untuknya. (Abu Dawud, 3199 dan Ibn Hibban, 3076)

Al-Munawi ketika menghuraikan hadis ini menulis: “Berdoalah untuk mayat dengan ikhlas dan hati yang hadir kerana maksud daripada sembahyang ini sebenarnya ialah istighfar dan memohon syafa’at untuk si mati. Penerimaannya diharapkan apabila memenuhi keikhlasan dan sepenuh hati. Oleh kerana itu, disyari’atkan dalam sembahyang jenazah beberapa doa yang tidak disyariatkan dalam doa untuk orang yang masih hidup.” (Faid al-Khabir Sharh al-Jami’ al-Saghir, jil. 1, hal. 508)

Dari segi adab berdoa hendaklah dimulakan dengan pujian kepada Allah s.w.t. dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. dan ini sudah ada dalam solat jenazah iaitu pujian kepada Allah terkandung dalam surah al-Fatihah yg dibacakan selepas takbir pertama dan selawat selepas pada takbir kedua. Ini menunjukkan bahawa solat jenazah itu sendiri merupakan doa untuk si mati.

Doa setelah selesai sembahyang jenazah tidak tersebut dalam kitab-kitab fiqh. Ini menunjukkan bahawa tidak pernah timbul kepada para fuqaha akan ke wujudannya dan perlunya kepada ijtihad untuk mengadakannya yang merupakan satu benda baru yang tidak pernah ada sebelum ini.

Kitab-kitab mu’tabar dalam mazhab Syafi’iyyah tidak menyatakan adanya doa selepas solat jenazah sebagai salah satu kaifiat solat jenazah seperti al-Muhadhdhab oleh al-Shirazi, Al-Iqna’ karangan al-Syarbini, termasuklah kitab kontemporari mazhab Syafi’i iaitu Al-Fiqh al-Manahaji oleh Mustafa Khin dan lain-lain.

Malah al-Shirazi umpamanya menyatakan, apabila selesai sembahyang ke atas jenazah hendaklah segera dikebumikan dan tidak perlu menunggu orang lain hadir untuk sembahyang ke atasnya kecuali pemerintah akan boleh ditunggu sekiranya tidak berlaku perubahan pada jenazah itu. (al-Majmu’ Fi Sharh al-Muhadhdhab, jil. 5, hal. 244)

Telah sabit dalam hadis-hadis tentang doa dalam sembahyang jenazah dan doa supaya beristighfar untuk si mati ketika selesai dari pengkebumian tetapi tidak ada pula diriwayatkan berdoa setelah sembahyang jenazah.

وَعَنْ عُثْمَانَ رضي الله عنه  قَالَ  كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ  صلى الله عليه وسلم إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ وَقَالَ: "اِسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ, فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ" - رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ, وَصَحَّحَهُ الْحَاكِم ُ.

Daripada ‘Uthman kata, Rasulullah s.a.w. apabila selesai dari pengkebumian baginda berdiri sambil bersabda: “Mintalah keampunan untuk saudaru kamu dan mintalah keteguhan untuknya kerana dia sekarang sedang disoal. (Abu Dawud, 3221 dan al-Hakim)

Dalam al-Muhit al-Burhani, jili. 3, hal. 368, pengarangnya Burhanuddin Mahmud bin Ahmad al-Najjari menulis:

ولا يقوم الرجل بالدعاء بعد صلاة الجنازة؛ لأنه قد دعا مرة، لأن أكثر صلاة الجنازة الدعاء.

Tidak boleh seseorang itu berdoa sesudah sembahyang jenazah kerana dia telah pun berdoa kerana sebahagian besar sembahyang jenazah adalah doa.

Mulla ‘Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih, menulis:

ولا يدعو للميت بعد صلاة الجنازة لأنه يشبه الزيادة في صلاة الجنازة

Tidak boleh seseorang itu berdoa sesudah sembahyang jenazah kerana ia menyerupai penambahan dalam sembahyang jenazah. ( jil. 5, hal. 431)

Ini kerana penambahan kepada sesuatu yang sudah lengkap dikira sebagai bid’ah walaupun perkara itu dianggap elok. Bukankan sudah memadai doa-doa yang telah sabit yang disyariatkan untuk didoakan dalam sembahyang jenazah bukan sesudahnya.

Read more...

Nov 16, 2012

Gambar Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor


Empayar Islam yang sedia gah seantero dunia dahulu pun pernah “jatuh” apabila ada raja yang tidak ingat Allah S.W.T. Hanyut tenggelam dengan kuasa dan kemewahan dunia. Jadi, kita kena sedia bila-bila masa Allah nak balikkan manusia-manusia yang diangkat jadi ketua ummah dan ketua agama negeri-negeri.
Itu sebablah pentingnya golongan tokoh agama, mufti “perlu ada keberanian” menasihat pemerintah dengan cara tersendiri sekiranya pemerintah dilihat tersasar daripada landasaran yang sebenar. Jangan hanya membawa isu secara “berpilih-pilih” sahaja.
Tan Sri Harussani Zakaria  Gambar Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor Bersosial +       (PART II). Insaflah! Doa Rakyat Selangor Setiap Jumaat.
Mohon Mufti Perak Harussani minta anal Sultan Selangor berubah
Baru-baru keluar laporan berita yang bertajuk “Sultan Selangor terkejut” keluaran Utusan malaysia. Alhamdulillah nampaknya Sultan Selangor amat mengambil berat dan memerhatikan daripada jauh setiap isu semasa yang berbangkit termasuklah membabitkan hal ehwal agam Islam negeri Selangor seperti isu yang melibatkan laporan yang bertajuk “Nurul Izzah PKR : “Melayu Sepatutnya Bebas Beragama”? Apa respon Anda?“. Tahniah 
Tetapi….. Baca Selanjutnya ..Di Sini....

Read more...

Nov 15, 2012

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Read more...

Nov 14, 2012

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Sumber: szlihin

Read more...

Forum Perdana

mouse ke image untuk besarkan

Read more...

Nov 9, 2012

S'gor tidak benarkan penguatkuasaan AES

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

NONE"Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan memasang sistem AES ini.

"Dari pembentangan tersebut, kerajaan negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, tegasnya, kerajaan negeri mengarahkan semua PBT untuk memaklumkan  kepada kementerian menyatakan bahawa pemasangan AES telah tidak mematuhi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi.

"Kerajaan negeri merasakan  perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi perlu dikaji semula sebelum sistem AES dapat dikuatkuasakan.

"Kerajaan negeri juga dimaklumkan bahawa syarikat konsesi akan mendapat keuntungan 17 peratus di mana kerajaan negeri berpendapat jumlah keuntungan itu tidak wajar.

"Kerajaan negeri  juga mengesyorkan kutipan sama dimasukkan dalam Akaun Amanah berbanding Akaun Yang Disatukan untuk membiayai program kesedaran keselamatan jalan raya," tegasnya.

Dengan cara ini, tegasnya, rakyat  yang membayar saman akan menyumbang kepada negara bukan membantu menambah kekayaan golongan peniaga.

Menerusi akaun amanah ini, tambahnya, syarikat konsesi hanya dibenarkan mengutip keuntungan wajar bagi menampung kos pemasangan kamera AES.

"Dengan cara ini juga, syarikat konsesi lebih berhati-hati untuk memasang AES dengan memilih kawasan-kawasan strategik  untuk mengelak menanggung kos pemasangan yang tinggi.

"Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat konsesi mahu mengaut  keuntungan melampau hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban," tambahnya.

Read more...

Nov 6, 2012

Awas jerat dosa facebook

Oleh Raihana Syamimi Ahmad Jamil

RAMAI di kalangan kita menyalahgunakan penggunaan media sosial seperti facebook, Twitter dan blog dari menggunakannya untuk menyampaikan mesej baik.

Akibatnya, tanpa disedari tujuan baik itu bertukar kepada perbuatan yang mengundang dosa.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap individu yang menjadi sasarannya.
Kemudian, mereka memaparkan rasa ketidakpuasan hati itu di status masing-masing sehingga ramai pula kenalannya memberi komen.

Penggemar facebook suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain.
Namun, perbuatan itu tergolong dalam perkara yang diharamkan Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya bercerita keaiban orang lain secara terbuka.

Sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini seperti ibu bapa, adik-beradik yang diyakini boleh membantu, bukannya berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.

Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : “Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya”

Bertanyalah Nabi s.a.w kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w: iaitu kamu membicarakan saudaramu mengenai sesuatu yang dia tidak menyukainya.

Kemudian Rasulullah SAW ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu menuduhnya (Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Mengumpat adalah salah satu dosa besar dan ia perbuatan tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang sudah mati.

Selain itu, ramai wanita hari ini yang mempunyai akaun facebook. Mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang menginginkan kecantikan dan pujian.

Sebab itu semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka dengan pelbagai gaya dan aksi. Kesannya, ramai lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi kawan dan seterusnya mendapat maklumat wanita yang ingin dikenalinya.

Ada juga dilaporkan sebahagian lelaki berang kerana tidak ‘diterima’ menjadi rakan seorang wanita yang ditemuinya dalam laman sosial popular itu.

Akibat tidak dapat mengakses gambar wanita itu, menyebabkan ada lelaki mula menyamar menjadi wanita; meletakkan gambar mana-mana wanita dijumpai di Internet kemudian menyatakan itu dirinya.
Melalui cara itu, lelaki itu berjaya menjadi rakan dan dapat melihat semua foto wanita terbabit dan boleh buat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Wanita yang merasakan dirinya sudah ‘menapis’ sebaiknya, sebenarnya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak dikenalinya.

Sebab itu, pastikan semua gambar di dalam keadaan terjaga auratnya. Terdapat juga wanita penampilannya cukup sempurna sewaktu zaman di universiti atau sekolah.
Namun, selepas masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imej berubah begitu drastik dengan mengenakan ‘make-up’ menghiasi wajah, baju berkerlipan warnanya dan pelbagai ragam lagi.
Cukup menyedihkan apabila tersiar gambar lama tidak berpakaian menutup aurat di facebook yang disebarkan rakan lama. Tanpa disedari, ia mendedahkan keaiban diri sendiri.

Justeru, facebook boleh menjadi sumber pahala jika digunakan dengan cara yang betul dan ia juga boleh menjadi penambah dosa jika digunakan tanpa ilmu.

Niat untuk menguatkan ukhuwah antara rakan lama tidak sama sekali boleh menghalalkan sembang mesra, gurauan senda antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

Janganlah mempermainkan lagi maksud ‘ukhuwah’ itu untuk melakukan dosa. Ukhuwah hanya terhad sesuatu yang membawa ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran

Read more...

Nov 5, 2012

Isteri Tuan Guru NIK AZIZ Solat TIDAK BERTELEKUNG?

Ketika Tuan Guru Nik Aziz hadir ke majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012 semalam, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu berlangsung berjemaah bersama anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Walaupun tidak kain sembahyang yang lengkap (telekung), beliau mendidik umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat. Sekali lagi persoalan yang tabu bermain di fikiran ramai orang, 'Bolehkah wanita bersolat tanpa telekung?'.

Sebelum itu, suka saya ingatkan bahawa entri ini sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Buat pengetahuan semua, di Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sering memperbetulkan salah faham berkaitan isu telekung ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu.

Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.
Apakah hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung?. Solatnya adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis.

Aurat bagi wanita ketika bersolat sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.

Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.

Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks dengan alasan tidak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan baunya tidak menyenangkan. Ada yang terlebih bijak pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.

 Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.

Read more...

Nov 2, 2012

Gambar Rumah Perdana Menteri & Timbalan. Kos Selenggara Sahaja RM12,094,707.06 (2008 – 2011)?


Apa yang boleh kami katakan berpinau juga kami melihat angka-angka yang diberikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen. Apakah yang diselenggarakan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun? Mana tidaknya, kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri iaitu hanya 2 biji sahaja telah pun mencecah sejumlah RM12 juta selama tempoh 3 tahun.

Berita Penuh



Read more...

Hukum Nyanyian & Muzik -Prof Dr Yusuf Qardhawi

Oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi



MASALAH nyanyian, baik dengan muzik mahupun tanpa alat muzik, merupakan masalah yang diperdebatkan oleh para fukaha kaum Muslimin sejak zaman dulu. Mereka sepakat dalam beberapa hal dan tidak sepakat dalam beberapa hal yang lain.


Mereka sepakat mengenai haramnya nyanyian yang mengandung kekejian, kefasikan, dan menyeret seseorang kepada kemaksiatan. Kerana pada hakikatnya nyanyian itu baik jika memang mengandung ucapan-ucapan yang baik, dan jelek apabila berisi ucapan yang jelek. 

Sedangkan setiap perkataan yang menyimpang dari adab Islam adalah haram. Maka bagaimana menurut kesimpulan anda jika perkataan seperti itu diiringi dengan nada dan irama yang memiliki pengaruh kuat? 


Mereka juga sepakat tentang dibolehkan nyanyian yang baik pada acara-acara gembira, seperti pada resepsi pernikahan, saat menyambut kedatangan seseorang, dan pada hari-hari raya. Mengenai hal ini terdapat banyak hadis yang sahih dan jelas.


Namun demikian, mereka berbeda pendapat mengenai nyanyian selain itu (pada  kesempatan-kesempatan lain). Di antara mereka ada yang membolehkan semua jenis nyanyian, baik dengan menggunakan alat muzik mahupun tidak, bahkan dianggapnya mustahab.  


Sebahagian lagi tidak membolehkan nyanyian yang menggunakan muzik tetapi mempbolehkan bila tidak menggunakan muzik. Ada pula yang melarangnya sama sekali, bahkan menganggapnya haram (baik menggunakan muzik atau tidak).


Dari berbagai pendapat tersebut, saya cenderung untuk berpendapat bahawa nyanyian adalah halal, kerana asal segala sesuatu adalah halal selama tidak ada nash sahih yang mengharamnya. Kalaupun ada dalil-dalil yang mengharamkan nyanyian, adakalanya dalil itu sharih (jelas) tetapi tidak sahih, atau sahih tetapi tidak sharih. 


Kita perhatikan ayat pertama:  
  • "Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna…" (QS. Luqman: 6).
Ayat ini dijadikan dalil oleh sebahagian sahabat dan tabi'in untuk mengharamkan nyanyian. Jawaban terbaik terhadap penafsiran mereka ialah sebagaimana yang dikemukakan Imam Ibnu Hazm dalam kitab Al-Muhalla. Ia berkata, "Ayat tersebut tidak dapat dijadikan alasan dilihat dari beberapa segi:
  • Pertama, tidak ada hujjah bagi seseorang selain Rasulullah SAW.  
  • Kedua, pendapat ini telah ditentang oleh sebagian sahabat dan tabi'in yang lain. 
  • Ketiga, nash ayat ini justru membatalkan argumentasi mereka, kerana di dalamnya menerangkan kualifikasi tertentu:
  • "Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan…" (QS. Luqman: 6).
“Apabila perilaku seseorang seperti tersebut dalam ayat ini, maka ia dikualifikasikan kafir tanpa diperdebatkan lagi. Jika ada orang yang membeli Alquran (mushaf) untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah dan menjadikannya bahan olok-olokan, maka jelas-jelas dia kafir.  
Perilaku seperti inilah yang dicela oleh Allah. Tetapi Allah sama sekali tidak pernah mencela orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk hiburan dan menyenangkan hatinya—bukan untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah.  

Demikian juga orang yang sengaja mengabaikan shalat kerana sibuk membaca Aquran atau membaca hadis, atau bercakap-cakap, atau menyanyi (mendengarkan  nyanyian), atau lainnya, maka orang tersebut termasuk derhaka dan melanggar perintah Allah. Lain halnya jika semua itu tidak menjadikannya mengabaikan kewajiban kepada Allah, yang demikian tidak apa-apa ia lakukan."


Adapun ayat kedua:  

  • "Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya…" (QS. Al–Qashash: 55).
Penggunaan ayat ini sebagai dalil untuk mengharamkan nyanyian tidaklah tepat, kerana makna zhahir "al-laghwu" dalam ayat ini ialah perkataan tolol yang berupa caci maki dan cercaan, dan sebagainya, seperti yang kita lihat dalam lanjutan ayat tersebut. 

Allah SWT berfirman,  

  • "Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." (QS. Al-Qashash: 55).
Ayat ini mirip dengan firman-Nya mengenai sikap ibadurrahman (hamba-hamba yang dicintai Allah Yang Maha Pengasih): 
  • "... dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik." (QS. Al-Furqan: 63).
Andaikata kita terima kata "laghwu" dalam ayat tersebut meliputi nyanyian, maka ayat itu hanya menyukai kita berpaling dari mendengarkan dan memuji nyanyian, tidak mewajibkan berpaling darinya.

Kata "al-laghwu" itu seperti kata al-bathil, digunakan untuk sesuatu yang tidak ada faedahnya, sedangkan mendengarkan sesuatu yang tidak berfaedah tidaklah haram selama tidak menyia-nyiakan hak atau melalaikan kewajiban.


Diriwayatkan dari Ibnu Juraij bahwa Rasulullah SAW memperbolehkan mendengarkan sesuatu. Maka ditanyakan kepada beliau, "Apakah yang demikian itu pada hari kiamat akan didatangkan dalam kategori kebaikan atau keburukan?" 


Beliau menjawab, "Tidak termasuk kebaikan dan tidak pula termasuk kejelekan, keranaia seperti al-laghwu, sedangkan Allah berfirman: ‘Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah)…" (QS. Al-Ma'idah: 89).


Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya  amal itu tergantung pada niat, dan sesungguhnya tiap-tiap orang (mendapatkan) apa yang ia niatkan." Oleh kerananya, barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat mendorongnya untuk berbuat maksiat kepada Allah SWT berarti ia fasik, demikian pula terhadap selain nyanyian. 


Dan barangsiapa mendengarkannya dengan niat untuk menghibur hatinya agar bergairah dalam menaati Allah Azza wa Jalla dan menjadikan dirinya rajin melakukan kebaikan, maka dia adalah orang yang taat dan baik, dan perbuatannya itu termasuk dalam kategori kebenaran. 


Dan barangsiapa yang tidak berniat untuk taat juga tidak untuk maksiat, maka mendengarkan nyanyian itu termasuk laghwu (perbuatan yang tidak berfaedah) yang dimaafkan. 


Misalnya, orang yang pergi ke taman sekadar rekreasi, atau duduk di pintu rumahnya  dengan membuka kancing baju, mencelupkan pakaian untuk mengubah warna, meluruskan kakinya atau melipatnya, dan perbuatan-perbuatan sejenis lainnya.


Adapun hadis-hadis yang dijadikan landasan oleh pihak yang mengharamkan nyanyian semuanya memiliki cacat, tidak ada satu pun yang terlepas dari celaan, baik mengenai tsubut (periwayatannya) mahupun petunjuknya, atau kedua-duanya.  


Al-Qadhi Abu Bakar Ibnu Arabi mengatakan di dalam kitabnya, Al-Hakam, tidak satu pun hadis sahih yang mengharamkannya. Demikian juga yang dikatakan Imam Al-Ghazali dan Ibnu Nahwi dalam Al-Umdah. Bahkan, Ibnu Hazm berkata, "Semua riwayat mengenai masalah (pengharaman nyanyian) itu batil dan palsu."


Apabila dalil-dalil yang mengharamkannya telah gugur, maka tetaplah nyanyian itu atas kebolehannya sebagai hukum asal. Bagaimana tidak, sedangkan kita banyak mendapati nash sahih yang menghalalkannya? 


Dalam hal ini cukuplah saya kemukakan riwayat dalam sahih Bukhari dan Muslim bahawa Abu Bakar pernah masuk ke rumah Aisyah untuk menemui Nabi SAW, ketika itu ada dua gadis di sisi Aisyah yang sedang menyanyi, lalu Abu Bakar menghardiknya seraya berkata, "Apakah pantas ada seruling syaitan di rumah Rasulullah?" Kemudian Rasulullah SAW menimpali, "Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar. Sesungguhnya hari ini adalah hari raya."


Disamping itu, juga tidak ada larangan menyanyi pada hari selain hari raya. Makna hadis itu ialah bahawa hari raya termasuk saat-saat yang disukai untuk melahirkan kegembiraan dengan nyanyian, permainan, dan sebagainya yang tidak terlarang.


Akan tetapi, dalam mengakhiri fatwa ini tidak lupa saya kemukakan beberapa (ikatan) syarat yang perlu dijaga:


Pertama, tema atau isi nyanyian perlu sesuai dengan ajaran dan adab Islam. Nyanyian yang berisi kalimat "dunia adalah rokok dan gelas arak" bertentangan dengan ajaran Islam yang telah menghukumi arak (khamar) sebagai sesuatu yang keji, termasuk perbuatan syaitan.

Begitupun nyanyian-nyanyian yang seronok serta memuji-muji kecantikan dan kegagahan seseorang, merupakan nyanyian yang bertentangan dengan adab-adab Islam. 


Allah berfirman,  

  • "Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya..." (QS. An-Nur: 30). "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya..." (QS. An-Nur: 31).
Dan Rasulullah SAW bersabda,  
  • "Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan yang satu dengan pandangan yang lain. Engkau hanya boleh melakukan pandangan yang pertama, sedang pandangan yang kedua adalah risiko bagimu." (HR Ahmad, Abu Daud, dan Tirmidzi).
Demikian juga dengan tema-tema lainnya yang tidak sesuai atau bertentangan dengan ajaran dan adab Islam.
   
Kedua, penampilan penyanyi juga perlu dipertimbangkan. Kadang-kadang syair suatu nyanyian tidak "kotor," tetapi penampilan biduan/biduanita yang menyanyikannya ada yang sentimentil, bersemangat, ada yang bermaksud membangkitkan nafsu dan menggelorakan hati yang sakit, memindahkan nyanyian dari tempat yang halal ke tempat yang haram, seperti yang didengar banyak orang dengan teriakan-teriakan yang tidak sopan.
   
Maka hendaklah kita ingat firman Allah mengenai istri-istri Nabi SAW,  
  • "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya..." (QS. Al-Ahzab: 32).

Ketiga, kalau agama mengharamkan sikap berlebih-lebihan dan israf dalam segala sesuatu termasuk dalam ibadah, maka bagaimana menurut fikiran anda mengenai sikap berlebih-lebihan dalam permainan (sesuatu yang tidak berfaedah) dan menyita waktu, meskipun pada asalnya perkara itu mubah? 

Ini menunjukkan bahawa semua itu dapat melalaikan hati manusia dari melakukan kewajiban-kewajiban yang besar dan memikirkan tujuan yang luhur, dan dapat mengabaikan hak dan menyita kesempatan manusia yang sangat terbatas. 


Bagi pendengar, setelah memerhatikan ketentuan dan batas-batas seperti yang telah saya kemukakan, hendaklah dapat  mengendalikan dirinya. Apabila nyanyian atau sejenisnya dapat menimbulkan rangsangan dan membangkitkan syahwat, menimbulkan fitnah, menjadikannya tenggelam dalam khayalan, maka hendaklah ia menjauhinya. Hendaklah ia menutup rapat-rapat pintu yang dapat menjadi jalan berhembusnya angin fitnah ke dalam hatinya, agamanya, dan akhlaknya.


Kerana itu lebih utama bagiseorang Muslim untuk mengekang dirinya, menghindari hal-hal yang syubhat, menjauhkan diri dari sesuatu yang akan dapat menjerumuskannya ke dalam lembah yang haram. Suatu keadaan yang hanya orang-orang tertentu saja yang dapat menyelamatkan dirinya.


Khusus bagi seorang wanita maka bahayanya jelas jauh lebih besar. Kerana itu Allah mewajibkan wanita agar memelihara dan menjaga diri serta bersikap sopan dalam berpakaian, berjalan, dan berbicara, yang sekiranya dapat menjauhkan kaum lelaki dari fitnahnya dan menjauhkan mereka sendiri dari fitnah kaum lelaki.


Tampilnya wanita Muslimah untuk menyanyi berarti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga berarti menempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram. Kerana banyak kemungkinan baginya untuk berkhalwat (berduaan) dengan lelaki yang bukan mahramnya.


Sekian.
Yusuf al-Qaradawi (lahir di Shafth TuraabKairoMesir9 September 1926; umur 86 tahun) adalah seorang cendekiawan Muslim yang berasal dari Mesir. Ia dikenal sebagai seorang Mujtahid pada era modern ini. 
Selain sebagai seorang Mujtahid ia juga dipercaya sebagai seorang Ketua Majlis Fatwa.Banyak dari fatwa yang telah dikeluarkan digunakan sebagai bahan rujukan atas permasalahan yang terjadi. Namun banyak pula yang mengkritik fatwa-fatwanya.

Sumber.......

Read more...

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP