Powered by Blogger.

Sep 30, 2009

Tsunami Fagatogo, Samoa Amerika


Sebuah bot dari Malaloa Marina kelihatan terdampar di pinggir jalan utama di sebuah kampung di Fagatogo, Samoa Amerika selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa. Sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.--fotoAP

SEBUAH kereta terbenam di bawah jambatan selepas dihanyutkan tsunami yang melanda perkampungan Fagatogo di Pulau Samoa Amerika akibat gempa bumi kuat berukuran 8.0 magnitud awal pagi ini. - Foto AP

KEADAAN jalan utama di Fagatogo, Samoa, Amerika yang tenggelam akibat tsunami selepas gempa bumi kuat, berukuran 8.0 magnitud melanda negara itu dan Samoa di Kepulauan Pasifik Selatan, awal pagi ini. - Foto AP


PAGO PAGO (Samoa Amerika): Sekurang-kurangnya 82 dilaporkan terbunuh selepas ombak tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat melanda Samoa dan Samoa Amerika awal pagi Selasa, dengan angka korban dijangka meningkat.

Sementara itu, sejumlah pekerja turut dilaporkan hilang selepas kemudahan Perkhidmatan Taman Negara di sini musnah dalam kejadian bencana itu.

Kenderaan dan manusia dihanyutkan ke laut selepas satu ombak deras melanda menyebabkan mereka melarikan diri ke kawasan tinggi dan berada di situ selama berjam-jam.

Menurut seorang jurucakap Taman Negara Amerika Samoa yang memetik daripada supritendan taman tersebut, Mike Reynolds, empat ombak tsunami setinggi empat hingga enam meter melanda sehingga mencapai 1.6 km ke kawasan darat.

Dengan kekangan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi, pegawai-pegawai bertugas bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa dan kerosakan.

Gempa bumi itu dengan magnitud antara 8.0 dan 8.43 melanda sekitar waktu subuh kira-kira 20 batu (32 km) di bawah dasar laut, 120 batu (190 km) dari Samoa Amerika yang merupakan wilayah Amerika Syarikat yang didiami sehingga 65,000 penduduk dan terletak 125 batu (200 km) dari Samoa. AP






0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP