Powered by Blogger.

Mar 9, 2010

2 Enjin F-5E

2 Enjin F-5E


Enjin dua buah jet pejuang F5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dikatakan dicuri dari Kompleks Logistik TUDM Kuala Lumpur dua tahun lepas. Kedua-dua enjin yang kini di bawah jagaan pihak berkuasa kehakiman Uruguay, dikesan di pelabuhan Montevideo sebelum dirampas pihak berkuasa negara itu. Penemuan kedua-dua enjin itu disahkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail semasa lawatan lima hari beliau ke Uruguay dan Argentina bermula 15 Februari lepas bagi mendapatkan keterangan dan dokumen bagi prosiding jenayah di Malaysia. -Foto BERNAMA

Peguam Negara Sedia Dokumen Bawa Pulang 2 Enjin F-5E

PETALING JAYA: Pejabat Peguam Negara telah menyediakan dokumen perundangan bagi membawa pulang dua enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditemui di Uruguay sebagai bahan bukti.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan berkata, ini kerana siasatan mendapati terdapat sebahagian bukti dalam bentuk dokumentasi dan saksi yang memerlukan perbicaraan dijalankan di mahkamah jenayah di Malaysia.

Sehubungan itu, menurutnya, Kerajaan Malaysia telah melantik peguam di Uruguay mewakili negara ini dalam mana-mana prosiding di sana berhubung dua enjin yang dicuri itu.

"Peguam berkenaan sedang berusaha untuk bertemu Peguam Daerah dan hakim yang mengendalikan kes berkenaan dalam minggu ini sebelum membawa balik kedua-dua enjin itu mengikut undang-undang mereka.

"Sementara bagi Kerajaan Uruguay, siasatan juga mendapati dua enjin yang ditemui di Port of Montevideo itu dan berada di bawah simpanan pihak mahkamah Uruguay.

Kami telah pun melawat kawasan tentera di mana enjin itu diampan dan mengenal pasti memang ia milik Kerajaan Malaysia," katanya di sini semalam.

Beliau diminta mengulas urusan membawa balik dua enjin jet pejuang F5-E yang yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang.

Dua enjin itu dilaporkan hilang masing-masing pada Jun dan November 2007, bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 4 Ogos 2008.

Kerajaan akan memastikan dua enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditemui di Uruguay, dibawa balik ke negara ini secepat mungkin.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP