Powered by Blogger.

Mar 27, 2010

Tahniah!! Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)


Jikalau sebelum ini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada di kedudukan ke 17 lapangan terbang terbaik dunia, sekarang ini bertambah baik perkhidmatan mereka sehingga diakui oleh Skytrax untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di kedudukan kelima ketika ini. Tahniah diucapkan!!!
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) muncul di tempat teratas di dalam kategori Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik dan Perkhidmatan Petugas Cemerlang Terbaik di majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2010 baru-baru ini.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad, berkata bagi kedudukan 25 teratas Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2010, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menambah baik kedudukannya ke tempat kelima, daripada kedudukan ke-17 sebelum itu.

“Anugerah itu menunjukkan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan cemerlang yang kami sentiasa tingkatkan, dengan menetapkan satu penanda aras bagi diri kami sendiri. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Imigresen dan tenaga kerja Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana pencapaian yang cemerlang ini. Anugerah ini telah menambah baik reputasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia adalah anugerah yang paling berprestasi yang mengiktiraf kualiti produk dan perkhidmatan, yang merentasi industri lapangan terbang dunia. Anugerah itu adalah satu pengiktirafan terhadap kualiti kepada industri lapangan terbang dunia di dalam menilai perkhidmatan barisan hadapan dan kemudahan pelanggan lapangan terbang secara umum yang ditentukan melalui Kajian Lapangan Terbang Dunia 2009-2010.

Ia dilaksanakan oleh Skytrax antara Julai 2009 dan Mac 2010.

Berikut adalah senarai penuh bagi anugerah lapangan terbang terbaik dunia 2010

1 Singapore
2 Seoul Incheon
3 Hong Kong
4 Munich
5 Kuala Lumpur
6 Zurich
7 Amsterdam
8 Beijing
9 Auckland
10 Bangkok
11 Vancouver
12 Kansai
13 Centrair Nagoya
14 Helsinki
15 Copenhagen
16 Frankfurt Main
17 Tokyo Narita
18 Brisbane
19 Cape Town
20 San Francisco
21 London Heathrow
22 Istanbul

0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP