Powered by Blogger.

Mar 25, 2010

Bunuh Malaikat Maut

KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem kepada pemainnya.

PERSENDA AGAMA...dua permainan konsol yang memerlukan pemain berinteraksi dengan perkara ghaib. Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati pengalaman baru dengan menatap wajah ‘malaikat maut’ sambil meneroka syurga, malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.


Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.


Dante’s Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.

Permainan konsol yang menceritakan era Perang Salib itu juga dikesan berunsur lucah kerana turut memaparkan karakter musuh wanita separuh bogel melakukan gerakan tarian lucah sebelum menyerang watak pemain.


Tinjauan Harian Metro mendapati cakera video digital (DVD) permainan konsol terbabit dijual secara bebas di kedai permainan video, malah tanpa sekatan untuk dibeli remaja dan kanak-kanak.


Walaupun tertera amaran permainan itu untuk golongan matang pada kulit DVD terbabit, tiada jaminan golongan bawah umur tidak membeli dan berseronok dengannya kerana tiada pemantauan terhadap penjualannya.


Malah, pada harga kira-kira RM10 hingga RM12 bagi DVD cetak rompak konsol Xbox 360 membolehkan sesiapa membelinya, berbanding DVD tulen yang mencecah ratusan ringgit. Difahamkan, kedua-dua tajuk itu bersama beberapa lagi permainan konsol yang dibangunkan syarikat ternama dunia diharamkan dijual di Timur Tengah kerana penggunaan elemen agama secara melampau.


Elemen agama sebelum ini kerap digunakan syarikat pembangun permainan video untuk pelbagai platform permainan video yang memerlukan pemain berinteraktif dengan perkara ghaib umpamanya syurga, neraka, malaikat, syaitan dan iblis, yang digambarkan berdasarkan imaginasi.


Bagi ibu bapa, ia membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap anak mereka seperti wajah malaikat, keupayaan membunuh malaikat maut yang mahu mengambil nyawa selain keadaan di dalam syurga dan neraka.


Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata permainan seumpama itu hukumnya haram.


“Ia haram dibeli dan haram dimainkan orang Islam. Jadi, umat Islam terutama generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit terutama membabitkan persoalan akidah.


“Permainan seperti itu jelas boleh merosakkan akidah kerana mempermain-mainkan malaikat. Ini cara musuh Islam untuk merendahkan Islam,� katanya.


Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kawalan Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mazlan Abdullah, berkata pihaknya belum menerima sampel permainan terbabit dan belum meneliti kandungannya.


“Saya minta pihak pengeluar dan pengedar menghantar sampel terbabit kepada kami untuk diteliti kandungannya sebelum diputuskan sama ada dibenarkan atau tidak untuk dijual di pasaran terbuka,� katanya.


Beliau berkata, penjualan terbuka permainan seumpama itu tidak wajar kerana dikhuatiri menggugat akidah orang Islam.

“Sesetengah orang Islam tahap keimanan mereka berbeza. Kami tidak mahu benda itu nanti apabila dijual secara terbuka merosakkan akidah, sebab yang di dalam syurga kita tidak tahu kerana ia alam ghaib.

0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP