Powered by Blogger.

Mar 16, 2010

Solat Jamak & Qasar

Pengertian Solat Jamak
Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, sebagai contoh: Mengumpulkan solat Zuhur kepada Asar dan sebaliknya, serta solat Maghrib dengan Isyak dan sebaliknya. Solak Jamak ini tebahagi kepada dua iaitu :

Solat Jamak Takdim
Apabila Solat Zuhur dijamakkan dengan Asar pada waktu zuhur, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib. (sebelum)

Solat Jamak Takhir
Jamak Takhir pula melaksanakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Asar, solat Maghrib dan isak pada waktu Isyak.

Syarat Jamak Takdim

1.Hendaklah dimulai solat pada waktunya yang terdahulu ertinya lakukan Zuhur daripada Asar dan Maghrib daripada Isyak.
2.Niat Jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratulikram atau di tengah-tengah solat selama mana is belum memeberi salam.
3.Berturut-turut antara solatyang pertama dan kedua. Oleh itu antara kedua-duanya tidak boleh diselangi oelh pekerjaan atau perbuatan lain. Sekiranya diselangi pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solat, maka hendaklah solat pada waktunya nanti.
4.Sekiranya diselangi oleh Iqamat dan mngambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
5.Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua, tetapi tidaklah disyaratkan sehingga selesai solat.

Syarat Jamak Takhir

1.Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk solat pertama.
2.Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.

Cara melakukan Jamak Takhir

•Apabila masuknya waktu zuhur atau maghrib, hendaklah kita memasang niat hendak mengerjakan solat Zuhur pada waktu Asar atau solat Maghrib pada waktu Isyak.
•Solat jamak takhir tidak disyaratkan tertib (yang mana dahulu, yang mana kemudian). Apabila tiba masa mengerjakan solat jamak takhir, bolehlah didahulukan solat Zuhur atau Asar. Jika mendahulukan fardhu Zuhur, kemudian langsung mengerjakan fardhu Asar, atau mengerjakan solat asar terlebih dahulu, kemudian mengerjakan solat Zuhur.
•Begitu juga halnya dengan jamak takhir solat Maghrib dan Isyak. Walaubagaimanapun digalakkan supaya mendahulukan solat Asar dan Isyak.

Pengertian Solat Qasar
Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat Isyak, Zuhur dan Asar.

Solat Jamak dan Qasar
Solat jamak dan qasar ialah solat yang hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah.

Hal-hal berkaitan Jamak dan Qasar
Apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah, maka harus dia melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya sekali. Walaubagaimanapun dia boleh melakukan antara salah satu yang berikut.

•Menjamakkan dua solat fardhu tanpa qasar
•Menjamakkan dua solat fardhu dan qasar
•Mengasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat Zuhur, Asar, Isyak dengan dua rakaat yang berasingan.

Syarat-syarat Qasar

1.Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat
2.Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah
3.Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zuhur, Asar dan Isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak bolehkan qasar solat qada dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan tempat kediaman. Solat yang ditinggalkan semasa di dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan dalam musafir
4.Hendaklah diniatkan Qasar dalam takbiratulihram
5.Tidak boleh berimam orang yang bersolat5 "tamam" (sempurna)
6.Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh diqasarkan.
7.Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
8.Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Solat jamak dan Qasar boleh dolakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang daripada 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi untuk berhati-hati, bolehlah dikira dari 60 batu.

Antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja.(solat jamak dengan dua kali azan dan dua kali iqamat)

Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna(tamam). Apabila seseorang itu telah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jamak.

Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih maka putuslah safarnya tapi sekiranya ia hendak berhenti disitu selama tiga hari maka bolehlah melakukan solat jamak dan Qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.

Apabila seseorang itu berhenti di satu tempat dengan niat akan berada disitu selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka dia diharuskan jamak dan qasar selama 18 hari.

Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar.

Bagi mereka yang hendak mengejakan solat jamak takhir hendaklah berniat lebih awal, jangan sampai waktu hendak akhir baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir itu hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuan. Jika dia tidak tahu ke mana dirahkan perjalannanya itu, maka tidak boleh melakukan jamak / qasar.

Kemudian solat jamak (jamak sahaja) juga diberikan kepada ahli kariah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila turun hujan lebat dan kampung itu merupan satu kawasan yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal pada kedua-dua solat dan antara kedua-duanya dan pada solam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti dipertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.

Sumber Albarakah

0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP