Powered by Blogger.

Jun 2, 2010

Gambar Lisa Surihani di Malam Gala & Red Carpet Filem Kapoww

Semalam, jam 8 malam, Budiey sempat untuk menonton filem Kapoww di Malam Gala & Karpet Merah filem lakonan Zizan Raja Lawak di TGV KLCC. Sebelum ini, Budiey ada menonton drama Kapoww di Astro dan sayugia diingatkan, gaya penyampaian serta seni komikal dalam filem ini tak sama dengan apa yang dipaparkan dalam drama Kapoww! Ianya sangat lain dan memang jauh dari sangkaan Budiey.
Dan hasilnya, filem lakonan arahan Azizi Adnan (Chunk) ni sangat-sangat-sangat kelakar. Sinikalnya agak pedas. Pasti ada yang makan lada akan terasa pedasnya. Semua karakter dalam filem ini digambarkan dengan visual yang jelas. Penonton tak perlu berfikir ketika menonton filem ini. Plot yang lancar dan senang untuk diterjemahkan dalam realiti hidup kita.
Budiey sangat suka!!!!! Kekuatan filem ini adalah pada skripnya yang sangat best! Isinya dapat kita telan dan membuatkan kita rasa ianya begitu dekat dengan kehidupan dan suasana masyarakat sekeliling kita.Lawak dengan gaya komikal seperti filem ini sememangnya dinantikan oleh penonton Malaysia. Walaupun beberapa karakter mengingatkan kita tentang superhero komik antarabangsa tapi gayanya sangat fresh dengan olahan sesuai dengan orang Malaysia.
Kitorang ketawa sampai senak perut sebab skrip & aksi lakonnya yg kelakar sangat dari mula hingga habis! Tahniah Azizi Chunk & semua pelakon!
Antara pelakon yang hadir ialah pelakon Lisa Surihani yang membawa watak Siti Nurhasnita.

0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP