Powered by Blogger.

Jun 30, 2010

Tudung Ekspres Papar Kisah Wanita Bertudung


Tampil berani memaparkan kehidupan seharian wanita bertudung mengharungi karier dan rutin harian dalam Tudung Ekspres. Bukanlah sesuatu yang luar biasa melihat wanita bertudung, namun sejauh manakah kita faham kesukaran mencari karier yang bersesuaian dengan imej mereka dan adakah benar bertudung mengongkong wanita untuk bersosial bersama teman-teman.

"Kami cuba tampilkan realiti di sini dan sengaja memilih pelakon yang asalkan tidak bertudung untuk memainkan watak ini. Realiti perlu dititikberatkan. Kebanyakan scene adalah di dalam komuter kerana itulah kehidupan dan rutin kebanyakan mereka yang keluar bekerja di pagi hari. Ekspres disini bermaksud mereka bekerja menggunakan komuter yang sentiasa sesak dan pantas.

"Kami juga serahkan sepenuhnya kepada Chermaine untuk melakonkan watak wanita Islam seperti berdoa dan solat dan syukur beliau bersetuju melakukannya tanpa paksaan. Chermaine memegang watak Mei, seorang wanita muallaf yang berhadapan isu penerimaan keluarga terhadap agama barunya. Dia juga sukakan wataknya sebagai wanita bertudung," ujar Faisal Ishak, pengarah drama ini.

Tudung Ekspres
mengisahkan Erin (Lisa Surihani), Dira (Julia Ziegler), Mei (Chermaine Poo) dan Del (Linda Hashim) berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengejar cita-cita dan isu semasa yang terpaksa wanita bertudung hadapi dalam konteks masa kini. Di samping penampilan sopan yang ditonjolkan, aspek kecantikan turut dititikberatkan di mana penglibatan Garnier dilihat membantu wanita untuk tampil lebih yakin dan jelita.

Kesempurnaan yang dicari, dilema persoalan cinta, isu agama dan cabaran cita-cita antara isu utama yang diutarakan dalam drama 13 episod ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Tudung Ekspres setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 8 Julai ini, hanya di Astro Prima (saluran 105).

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP