Powered by Blogger.

Jul 30, 2010

Membezakan Antara Rasuah Dan Hadiah


Soalan: Kepada Dr Asri, saya berniaga tender kerajaan dan ingin memohon penjelasan Dr. Apakah perbezaan diantara rasuah dan hadiah? Kadang kala syarikat saya menghadiahkan sesuatu kepada pegawai yg terbabit sebagai tanda terima kasih walaupun hadiah itu tidak diminta oleh pegawai berkenaan. Adakah ini rasuah atau hadiah? Bagaimana pula jika memberi hamper sempena hari raya? Saya rasa macam kadang kala kita menyembunyikan rasuah dengan perkataan pemberian ikhlas. Harap Dr tolong huraikan.

Farid Ahmad, KL

Jawapan Dr MAZA: Sikap saudara yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:

1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan
“apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220)
Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut. Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau aka nada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.
2. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka orang yang paling dapat mengesan sesuatu pemberian itu rasuah atau hadiah ialah pemberi itu sendiri. Hanya dia yang tahu bagi setiap pemberian yang dihulurkan. Adakah dia mengharapkan sesuatu pada masa tersebut, atau pada masa hadapan dari pihak yang diberikan, sedangkan apa yang harapkan itu dia tidak layak memperolehinya sedemikian rupa?
Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’ pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain?
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (Riwayat al-Bukhari).
Juga sabda Nabi s.a.w:
“Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik)” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang hasan).
Ertinya, sekalipun jika ada yang berfatwa untuk menghalalkan yang salah, nmun jiwa mukmin yang ikhlas akan tetap teragak-agak dan ragu mengenainya. Justeru, jika pemberi dan penerima mempunyai perasaan takutkan azab Allah, mereka sendiri dapat memutus apakah nilai pemberian yang diberi atau diterima tersebut.
3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:
“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.
4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah: (maksudnya)
“dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan ‘hadiah’ kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Kualiti kerja menjadi rosak. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas diukur dengan hadiah yang pernah diberikan atau yang akan diberikan. Maka rasuah merangkumi kesalahan berbohong dan khianat.
6. Adapun pemberian untuk mengelakkan kezaliman seperti memberikan suapan kepada sesuatu pihak bagi melepaskan diri dari kezaliman atau memperolehi hak yang sepatutnya. Ini seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim, maka Dr. Al-Qaradawi berpendapat bahawa jika keadaan seperti itu berlaku, seseorang hendaklah berusaha dengan cara yang tidak merasuah sesiapa. Namun jika tiada jalan dan terpaksa, maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut (lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s 300, Beirut: al-Maktab al-Islami).
7. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).
Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib:
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).
8. Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w:
“Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Ya, hadiah yang jujur kepada sahabat atau bakal pasangan hidup akan menimbul kenangan dan ingatan. Kasih-sayang tanpa kepentingan itu amat tinggi nilainya dalam kehidupan insan. Hadiah satu jalan mengeratkan hubungan antara kita atas kejujuran dan keikhlasan jiwa.

Read more...

Jul 28, 2010

Puasa nisfu Syaaban bidaah

Rasulullah berpuasa paling banyak dalam Syaaban selepas Ramadan. Apa maksud atau falsafah di sebalik perbuatan baginda ini?

SHUKRAN: Sememangnya daripada segi psikologi, kita mahukan yang terbaik dalam beribadat apabila masuk bulan Rejab, Syaaban hingga ke Ramadan. Sebab itu, kita ghairah beribadat.
Antara falsafah kenapa Nabi Muhammad SAW berpuasa sunat lebih dalam bulan Syaaban berbanding bulan lain adalah sebagai tanda perhambaan kita kepada Allah.

Setiap ibadat yang dilakukan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah yang menciptakan kita dan sekelian alam ini.
Selain itu, baginda juga mahu menggambarkan bahawa kita sedang memasuki satu fasa yang amat bererti dalam hidup iaitu Ramadan.

Cuma jangan pula kita berlebihan-lebihan dalam beribadat sehingga melebihi amalan baginda SAW.
Kita tidak nafikan kemampuan sesetengah orang berpuasa selama tiga bulan iaitu dari bulan Rejab, Syaaban hinggalah Ramadan.

Nabi SAW ada bersabda yang maksudnya: Agama Islam itu mudah, tidak ada seseorang yang lebih suka mengambil berat dalam agama melainkan dia akan kalah sendiri.... (riwayat Bukhari).
Disebabkan banyak kelebihan Syaaban, ada yang menunggu bulan ini terutama wanita untuk qada puasa. Betulkah cara sedemikian?

SHUKRAN: Tidak ada masalah untuk tunggu Syaaban baru mahu qada puasa. Namun, sebaik-baiknya puasa yang ditinggalkan itu segera diqada.

Sebabnya, ia adalah hutang kita dengan Allah. Hutang ini perlu segera dijelaskan.
Adalah tidak betul untuk menangguhkan yang wajib (qada puasa) semata-mata untuk mendapat yang sunat (kelebihan puasa dalam bulan Syaaban).

Adalah dibimbangi sesuatu berlaku kepada kita sebelum sempat tibanya bulan Syaaban sudah pasti ia akan menyusahkan kita dalam urusan mengqada puasa itu tadi.

Suka juga saya menjelaskan, bahawa bagi orang yang tiada keuzuran tetapi sengaja meninggalkan puasa Ramadan, puasa qadanya itu tidak akan menyamai puasa Ramadan.

Ia sebagai mana hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Siapa yang berbuka puasa satu hari daripada Ramadan tanpa rukhsah dan sakit, dia tidak mampu menggantikannya dengan puasa seumur hidup sekalipun dia melakukannya". (riwayat Tirmidzi)

Ramai umat Islam yang berpuasa pada nisfu Syaaban. Namun, ada pendapat mengatakan perbuatan ini sebagai bidaah. Benarkah?

SHUKRAN: Sememangnya perbahasan ulama dalam bab ini tidak pernah habis bermula daripada Imam Syafie sehinggalah Imam Syatibi.

Begitulah dalam bab fikah. Sebab ia melibatkan kefahaman maka ia akan berubah apabila masa dan tempat serta keadaan persekitarannya berbeza.

Kalau kita mengaitkan puasa pada 14 atau 15 Syaaban itu sebagai datang daripada Rasulullah SAW, maka itu bidaah. Sebabnya, tidak ada hadis yang mengaitkan puasa hari tersebut dengan nisfu Syaaban. (Nisfu bermaksud setengah atau separuh)

Jadi, kalau kita nak puasa pada tarikh tersebut boleh saja. Cuma jangan dikaitkan dengan puasa nisfu. Terutama bagi mereka yang melazimi berpuasa pada hari 13, 14 dan 15 setiap bulan.

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi SAW telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara iaitu puasa tiga hari setiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan), dua rakaat Dhuha dan solat witir sebelum aku tidur. (riwayat al-Bukhari)

Sebenarnya kita mewarisi ikhtilaf ulama sejak dulu lagi yang dikenali sebagai hadis mauduk(palsu). Sebab itu, ulama fikah dulu ambil pendirian syadid (keras) dalam bab ini. Tujuannya untuk mengelak ia berleluasa.

Sumber Dari....

Read more...

Jul 25, 2010

Cara tunai fidyah puasa



Kita boleh menggantikan beras fidyah dengan wang asalkan ia diberi kepada fakir miskin.- Gambar hiasan

SOALAN 1:
BOLEHKAH saya membayar fidyah (membeli beras mengikut kadar fidyah) terus kepada mereka yang berhak memerlukannya?

JAWAPAN:
Boleh, harus membayar fidyah dengan memberi beras kepada golongan yang berhak menerimanya. Orang yang berhak menerimanya adalah golongan fakir miskin.

SOALAN 2:
Saya mempunyai seorang abang tiri (OKU) yang terdiri daripada golongan yang berhak menerima bantuan (pendapatan bawah RM500) boleh atau tidak saya terus membayar kepadanya?


JAWAPAN:
Boleh, saudara boleh bayar terus kepada orang berhak. Dalam keadaan abang tiri saudara adalah tergolong dalam golongan fakir miskin maka dia berhak menerima beras fidyah saudara.


SOALAN 3:
Boleh atau tidak saya menggantikan beras itu kepada wang tunai?


JAWAPAN:
Boleh, kebanyakan orang lebih suka membayar fidyah dengan wang. Nilai ringgit bagi setiap satu cupak ialah RM1.20.
Maka orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun, dia diberi kelapangan masa untuk mengqada' puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadan yang berikutnya.
Seandainya masih belum mengqada puasanya lagi dan masuk bulan Ramadan yang berikut. Maka dia dikenakan fidyah sebanyak satu cupak bagi setiap hari yang ditinggalkannya serta qada'nya sekali. Seperti contoh: Seorang itu meninggalkan puasa lima hari pada tahun pertama dan tidak mengqada' sehingga masuk bulan Ramadan tahun kedua maka ini dikenakan qada puasa sebanyak lima hari dan membayar fidyah sebanyak lima cupak.


Sekiranya gagal mengqada puasa sebelum menjelang Ramadan pada tahun berikutnya maka dia dikenakan lima hari qada puasa dan membayar fidyah sebanyak 10 cupak, memandangkan setahun berlalu tapi tiada kesedaran untuk membayar fidyah yang menjadi hak orang fakir miskin.
Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada' puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.
Qada puasa hendaklah disegerakan kerana ia hak Allah SWT. Selagi mana tidak dilangsaikan selagi itulah dikira berdosa dan menanggung kewajipan yang belum dilaksana.
Allah memberi kelonggaran kepada mereka yang uzur atau bermusafir semasa siang hari Ramadan untuk berbuka puasa. Demikian juga Allah menetapkan golongan yang wajib qada akibat meninggalkan puasa Ramadan.
Ini sebagai mana firman Allah yang bermaksud: (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)
Puasa adalah kefarduan manakala fidyah adalah hukuman denda yang membawa manfaat kepada golongan fakir miskin.
Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja.
Bagaimanapun, jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudara itu.

Read more...

Jul 24, 2010

Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta

PADA suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina. Salah seorang daripada tiga bersaudara itu digelar Si Sopak.

Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak. Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelarnya Si Botak. Yang ketiga digelar Si Buta, kerana matanya buta.
Pada suatu hari, Si Sopak berkata: "Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya."

Allah mendengar kata-kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu bertanya kepada Si Sopak: "Apakah yang engkau inginkan?"
"Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti," kata Si Sopak.

Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.
Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. Si Botak sedang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat.

"Apakah yang engkau inginkan, wahai Botak," tanya malaikat.
"Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini. Biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh. Aku juga inginkan lembu untuk dipelihara," kata Si Botak malu-malu.

Malaikat pun mengusap lembut kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat. Wajahnya pula menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.

Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang Si Buta inginkan.
"Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara-saudaraku," kata Si Buta.

Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila dia sudah dapat melihat. Malaikat pun bertanya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.

Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga-tiga orang bersaudara itu kerana kekayaan masing-masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing-masing.
Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.

Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula-mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.
"Saya ini musafir yang miskin, tuan," kata malaikat. "Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk teruskan perjalanan."

Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata: "Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa-apa kepada kau.
"Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal," balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.

Selepas malaikat tersebut beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali dijangkiti sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya habislah semua harta kekayaannya.

Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dulu.

Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu Si Botak juga mati seekor demi seekor. Maka Si Botak pun kembali miskin.

Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata: "Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana-mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu."

Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata: "Jagalah hartamu baik-baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredaimu, sedangkan saudara-saudaramu telah mendapat kemurkaan."

Si Buta pun menadah tangan lalu mengucapkan syukur.

Read more...

Tidak Merokok Antara Petua Ketua Bilal Masjidil Haram Jaga Suara

Ketua Bilal Masjidilharam, di Mekah, Syeikh Ali Al-Muolla bergambar berlatar belakangkan Masjid Negeri semasa mengadakan kunjungan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di Shah Alam, hari ini. Beliau berada di Malaysia pada 20-25 Julai ini. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Tidak merokok merupakan antara rahsia dan petua yang diamalkan oleh Ketua Bilal Masjidilharam, di Mekah Syeikh Ali Al-Muolla menjaga suaranya yang merdu dan menyentuh perasaan setiap kali mengazankan.
Beliau melalui jurubahasanya, Pengurus Besar Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU) Bahrudin A. Rahman berkata selain tidak merokok, makanan yang terlalu pedas dan berlemak serta minuman sejuk perlu dielakkan bagi memelihara suara.
"Selain itu, jangan banyak memarahi isteri," katanya berseloroh kepada pemberita selepas melawat MEDIU yang terletak di Plaza Massalam, Seksyen 9 di sini hari ini.
Syeikh Ali, 54, juga berkata beliau mendapati ada bilal di negara ini yang merokok sepanjang kunjungannya bersama keluarga ke Malaysia.
Semasa lawatan ini, beliau turut meluangkan masa mengazan dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Bercerita mengenai tugasan bilal pada zaman dahulu dan sekarang, Syeikh Ali berkata sebelum zaman kemajuan teknologi yang mempunyai pembesar suara, bilal Masjidilharam akan mengazan berganti-ganti di enam menara masjid itu.
Syeikh Ali Al-Muolla menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media.

"Sebab itulah, bilal pada zaman dahulu dipilih berdasarkan mereka yang mempunyai suara yang kuat," katanya sambil menambah pada ketika itu ada kira-kira 24 orang bilal berbanding kini 14 orang.
Mengenai perbezaan cara mengazan, Syeikh Ali berkata biasanya di Mekah bilal mengazan dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas manakala di Madinah bilal lebih gemar bermain dengan lenggok dan lagu ketika mengazan.
Sementara itu, MEDIU yang dibuka pada 2007 menawarkan pengajian secara maya dan mempunyai penuntut dari serata dunia merangkumi kursus peringkat Sarjana Muda dan Sarjana Muda Ilmu-ilmu Sains Islam, Bahasa Arab dan Teknologi Maklumat.
Pengerusi Majlis MEDIU ialah Putera Dr Bandar Salman Muhammad Al Saud yang juga merupakan Penasihat kepada dua Masjid Suci itu.
Anggota Majlis universiti itu terdiri daripada Imam dan Jurucakap Masjid Nabawi Dr Abdul Bari Awwadh Al Thubaiti dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Dr Zulkifli A. Hassan. - BERNAMA

Read more...

Jul 23, 2010

Harta pusaka suami bukan hanya milik isteri

Waris simati berhak dapat pembahagian secara faraid

SANIAH (bukan nama sebenar) kehilangan tempat bergantung apabila suaminya Musa (bukan nama sebenar) meninggal dunia akibat serangan jantung. Sebelum kematian Musa, beliau hidup serba sederhana dan bagi menambah pendapatan keluarga, Saniah yang tinggal bersama ibu mentua mengambil upah membuat kuih. Kehidupan mereka bahagia walaupun masih belum dikurniakan zuriat setelah hampir 15 tahun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, kematian suami tercinta mengubah sikap Saniah terhadap ibu mentua dan adik-beradik iparnya. Seminggu selepas Musa meninggal dunia, Saniah mengambil keputusan keluar dari rumah mentuanya dengan membawa semua barangan milik arwah termasuk kereta dan buku simpanan bank. Beliau menyewa rumah di daerah lain, tidak jauh dari rumah mentuanya.

Adik beradik iparnya hairan dengan tindakan Saniah berpindah ke rumah lain dan berusaha menasihatinya supaya terus tinggal dengan ibu mentua yang begitu menyayanginya. Saniah tetap dengan keputusan itu dan yakin dia mampu berdikari dengan harta pusaka peninggalan Musa.

Keluarga Musa memberitahu Saniah bahawa harta arwah perlu dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid dan menasihatinya mendapatkan khidmat pakar seperti AmanahRaya bagi tujuan itu. Namun, nasihat itu tidak dipedulikan Saniah yang menganggap harta peninggalan suaminya menjadi miliknya seorang.

Bagi mendapat kepastian prosedur pembahagian harta pusaka, abang simati, Isa (bukan nama sebenar) datang ke AmanahRaya. Beliau dimaklumkan mengenai cara pengagihan dibuat serta dokumen yang diperlukan bagi menguruskan pembahagian harta pusaka itu.

Isa kemudian ke rumah sewa Saniah untuk mendapatkan beberapa dokumen diperlukan seperti salinan kad pengenalan, sijil kematian suaminya, sijil nikah dan dokumen lain yang disimpan Saniah. Kunjungan Isa tidak disenangi Saniah yang mahu menguruskan sendiri harta pusaka milik arwah suaminya.

Selepas kunjungan iparnya itu, Saniah ke bank untuk mengeluarkan wang simpanan milik arwah berjumlah kira-kira RM20,000. Dia mengharapkan wang itu dapat digunakan untuk membayar tunggakan sewa rumah serta memperbaharui cukai jalan kereta arwah.

Harapan Saniah untuk mengeluarkan wang simpanan itu bagaimanapun tidak tercapai apabila pihak bank meminta Surat Kuasa Mentadbir. Pihak bank menyuruh Saniah ke AmanahRaya untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir bagi membolehkan wang simpanan itu dikeluarkan.

Selepas mendengar penjelasan pegawai bank terbabit barulah Saniah sedar kehadiran abang iparnya, Isa, sebelum ini memang untuk membantunya menyelesaikan urusan harta pusaka peninggalan arwah suaminya.

Saniah bergegas ke pejabat AmanahRaya dan memaklumkan bahawa arwah suaminya tidak meninggalkan waris lain kecuali dirinya. Pegawai itu memberitahu, Saniah perlu mendapatkan sijil faraid dan jika tiada waris lain, pihak Baitulmal berhak mendapat tiga perempat bahagian daripada pusaka simati.

Saniah pula akan dapat satu perempat bahagian. Saniah jadi serba salah setelah mendengar penjelasan itu kerana sebelum ini dia yakin jika dia mengaku sebagai waris tunggal, kesemua harta pusaka arwah menjadi miliknya.

Setelah menyedari kesilapan itu, Saniah mengubah kenyataannya dan memberitahu simati mempunyai ibu, seorang abang dan seorang kakak seibu sebapa.

Atas permintaan Saniah, pegawai AmanahRaya membuat perkiraan dan memaklumkan ibu simati berhak mendapat 6/36 bahagian, saudara lelaki kandung (14/36), saudara perempuan kandung (7/36) sementara Saniah sebagai balu mendapat 9/36 bahagian.

Bagi membolehkan AmanahRaya menguruskan pembahagian harta pusaka simati, Saniah dinasihatkan mengisi borang permohonan dan menyertakan salinan kad pengenalan waris, sijil nikah, sijil kematian suaminya serta dokumen lain berkaitan harta pusaka arwah seperti buku simpanan bank dan kad pendaftaran kereta.

Pegawai AmanahRaya juga mencadangkan Saniah berbincang dengan waris yang ada mengenai cara pembahagian harta pusaka. Beliau diberitahu pembahagian wang simpanan di bank boleh dibahagikan mengikut kiraan faraid sementara kereta boleh dipindah milik kepada Saniah jika semua waris bersetuju.

Seminggu selepas pertemuan dengan pegawai AmanahRaya, Saniah datang semula bersama waris simati iaitu mentua dan iparnya. Saniah dengan nada terharu memaklumkan, setelah berbincang dengan semua waris, mereka bersetuju menyerahkan semua harta pusaka milik arwah suaminya kepada beliau.

Dengan persetujuan itu, kereta dan wang simpanan arwah diserahkan kepada Saniah. Melalui Surat Kuasa Mentadbir, Saniah mengeluarkan wang simpanan bank.

Hubungan kekeluargaan antara Saniah dan keluarga arwah suaminya kembali pulih. Saniah menghadiahkan sebahagian wang peninggalan arwah suami kepada ibu mentuanya. Selebihnya digunakan untuk membuka perniagaan dan memulakan hidup baru dengan tekad menjaga ibu mentuanya seperti ibu sendiri.

FAKTA: Fakta Kes

Pemilik Harta: Musa (suami/simati)
Pemohon: Saniah (balu simati)
Bidang kuasa: Seksyen 17 (1), Akta Perbadanan Amanah Raya 1995
Harta pusaka: Sebuah kereta dan wang simpanan di bank tempatan
Hutang: Tiada
Waris dan pembahagian faraid:
- balu - 9/36
- ibu - 6/36
- saudara lelaki - 14/36
- saudara perempuan - 7/36

Read more...

Soal Jawab Agama: Haram jual stok lama ikut harga semasa

Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh

Peniaga perlu jujur ketika membuat urusan perniagaan, elak amalan menindas pengguna


Soalan: SAYA sudah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan, jadi saya membeli barangan dalam kuantiti yang banyak sehingga kadang-kadang dapat menampung keperluan setahun. Apabila tiba saat kenaikan harga, maka saya akan mendapat keuntungan lebih. Apakah wajar saya menaikkan harga mengikut pasaran semasa dan apakah stok simpanan dikira sebagai perbuatan menyorok barangan yang saya tahu salah di sisi Islam. Harap dapat penerangan. Ahmad Munir,

Kangar, Perlis.


Jawapan: Agama Islam menghalalkan jual beli selama mana tiada berunsur tekanan dan paksaan terhadap pihak lain. Kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli hendaklah saling reda meredai antara satu sama lain dalam melakukan muamalat jual beli.


Namun demikian, ada sesetengah peniaga cuba untuk menangguk di air keruh bagi mengaut keuntungan lebih dengan menyimpan bagi tempoh masa tertentu dan menjualkannya pada saat kenaikan harga seperti sekarang.

Ulama bersepakat menyatakan perbuatan menyorok barang untuk dijual ketika harga mahal adalah perkara diharamkan Islam kerana menyakiti dan menindas pengguna. Ia bertujuan menekan mereka yang berhajat pada ketika itu dan tiada pilihan kecuali membeli pada harga ditetapkan. Malah dapat pula mempermainkan harga barangan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah menyorokkan barang bagi seseorang sehingga waktu mahal itu sedangkan ia ditegah.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmiz dari Amr Bin Fadzlah)

Berdasarkan hadis itu, ulama menetapkan hukum diharamkan perbuatan menyorok barang jualan dengan dua syarat iaitu dilakukan di negara penduduknya akan menderita disebabkan adanya komplot itu dan menaikkan harga sehingga menimbulkan kesusahan pengguna semata-mata ingin memperoleh keuntungan berlipat ganda.


Saidina Umar pernah menyebut: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menyorokkan makanan kaum Muslimin, nescaya Allah akan membalas perbuatannya dengan kemuflisan dan penyakit kusta.” (Hadis riwayat Ahmad)


Apa dilakukan saudara tidak termasuk dalam perkara yang dibincangkan kerana saudara menjual secara berterusan tanpa menunggu masa kenaikan harga barang. Sebenarnya saudara sudah mendapat keuntungan jika meletakkan pada harga berpatutan tanpa mengikut harga semasa kerana membeli dengan harga lama dan mendapat banyak potongan membeli dalam kuantiti banyak.


Diharap saudara dapat pertimbangkan mengikut keperluan semasa dan perikemanusiaan. Hikmah atau falsafah kepada pengharaman ialah untuk menolak kemudaratan ditanggung satu pihak sedangkan pihak lain mengaut keuntungan di atas kesusahan orang lain.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seburuk-buruk hamba adalah mereka yang menyorok barangan, jika ia mendengar harga murah ia murka, dan jika barang menjadi mahal ia bergembira.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

Read more...

Jul 21, 2010

Kopi Luwak Atau Kopi Tahi Musang, Difatwa Halal Majlis Ulama Indonesia

Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 20 Julai (Bernama) -- Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang, kopi termahal di dunia dari Indonesia, difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran.

"Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum kopi luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum kopi luwak, hukumnya boleh," kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Ma'ruf Amin di sini.

Kopi luwak adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semulajadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan.

Biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual.

MUI mengeluarkan fatwa tersebut berikutan banyak pertanyaan dan keluhan umat Islam mengenai perkara itu, dan berharap dengan adanya fatwa berkenaan, hukum mengenai pengambilan kopi luwak menjadi lebih jelas.

Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI Aminuddin Yakub berkata MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.

"Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya.

Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan.

Kopi luwak sangat masyhur di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang "aneh".

Harganya yang mahal juga turut menjadi penarik kepada para penikmat kopi.

Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee" dan dijual dengan harga AS$190 untuk 500 gram.

Kopi tersebut juga didakwa dikategorikan sebagai langka atau jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram dihasilkan.

Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$$100 hingga AS$350 sekilogram.

-- BERNAMA

Read more...

Dikikis rakan siber

LAMAN web KDRM memaparkan amaran khas  mengenai kegiatan sindiket penipuan  memburukkan imej kastam KLIA.
LAMAN web KDRM memaparkan amaran khas mengenai kegiatan sindiket penipuan memburukkan imej kastam KLIA.
 
Kastam dedah 25 mangsa rugi beratus ribu diperdaya sindiket

SEPANG: Berhati-hati apabila membuat kenalan menerusi internet kerana satu sindiket antarabangsa dikesan menggunakan taktik itu untuk menipu mangsanya supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank kononnya sebagai bayaran cukai atau denda ke atas bungkusan yang dihantar menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Sejak Jun lalu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) KLIA merekodkan lebih 25 kes penipuan membabitkan kenalan internet sindiket itu, sebahagian besarnya wanita Melayu dan Cina.
 
Pengarah KDRM KLIA, Datuk Azizah Idris, berkata kes itu termasuk membabitkan seorang wanita tempatan yang ditipu sindiket itu sejumlah RM300,000, bulan lalu.

Beliau berkata, wanita itu dihubungi seorang lelaki mendakwa kenalan internetnya dari United Kingdom yang meminta mangsa memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun sebuah bank tempatan untuk membolehkannya mengambil bungkusan yang dikatakan mengandungi wang tunai RM2.5 juta dan komputer riba yang ditahan KDRM KLIA.

"Wanita terbabit hanya mengetahui ditipu selepas menghubungi KDRM KLIA apabila diminta sindiket berkenaan memasukkan RM15,000 lagi ke dalam akaun itu," katanya kepada Berita Harian.

Azizah berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan jaringan internet, seperti Facebook untuk berkenalan sebelum memperdayakan mangsa selepas beberapa bulan berkomunikasi.
Beliau berkata, sindiket terbabit yang dipercayai turut dianggotai rakyat Malaysia, dikatakan mencari mangsa sehingga ke Thailand, Singapura dan Australia berdasarkan aduan yang diterima KDRM KLIA.

Katanya, semua kes itu diserahkan kepada polis kerana KDRM tidak mempunyai kuasa untuk menyiasatnya.

Beliau berkata, ada juga mangsa ditipu kononnya kenalan internet mereka ditahan pegawai KDRM kerana gagal menjelaskan cukai barang atau membawa masuk wang tunai melebihi had dan tidak mengisytiharkannya dalam Borang Kastam 22 (pengisytiharan wang tunai).

Azizah berkata, KDRM tidak pernah meminta wang apabila menahan sesiapa atau merampas barang, sebaliknya kes itu diselesaikan mengikut undang-undang.

"Kebanyakan kes penahanan membabitkan individu oleh KDRM KLIA adalah mereka yang didapati cuba menyeludup dadah dan ia dijalankan dengan kerjasama polis.

"Jika kes itu membabitkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001, individu itu akan ditahan di lokap KLIA atau Sepang sebelum didakwa di mahkamah dalam tempoh 24 jam dan wang tunai itu akan dirampas dan diserahkan kepada Bank Negara," katanya.

Beliau menasihatkan wanita yang menerima panggilan daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai kastam supaya mendapatkan pengesahan untuk mengelakkan diperdaya anggota sindiket itu


Read more...

Jul 17, 2010

Kerajaan Timbang Kemungkinan Jadikan PATI Tenaga Kerja Sah

Sabtu Julai 17, 2010 

Apa Pendapat Anda.......

CYBERJAYA: Kerajaan akan menimbangkan kemungkinan untuk menjadikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini sebagai tenaga kerja yang sah bagi menangani permintaan yang tinggi daripada golongan majikan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata ia merupakan sebahagian daripada 51 cadangan yang dikemukakan semasa sesi perbincangan bersama makmal kementeriannya tiga bulan lepas.
"Kementerian berdepan dengan dua masalah utama dalam menangani masalah kemasukan pendatang asing di negara ini iaitu pekerja asing secara haram dan permintaan untuk pekerja asing yang masih tinggi daripada golongan majikan.
"Kerana permintaan yang masih tinggi, kemasukan pendatang asing berlaku secara berterusan dan kami sedang mencari mekanisme yang sesuai untuk menanganiperkara ini dengan efektif," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Kreativiti dan Inovatif Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing di sini Jumaat.
Jumlah pekerja asing 'haram' di negara ini katanya, masih tinggi, justeru menyukarkan kementerian untuk menangani perkara ini pada kadar segera.
Difahamkan, terdapat hampir dua juta PATI berada di Malaysia ketika ini termasuk yang bekerja di pelbagai sektor walaupun tanpa permit yang sah.
Dalam perkembangan berkaitan, Subramaniam berkata, struktur bayaran yang dikenakan oleh ejen pembantu rumah di Indonesia dan Malaysia masih berbeza menyebabkan timbul konflik untuk rakyat negara ini mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.
Untuk mengatasi masalah itu, katanya, pembantu rumah warga Kemboja, SelatanThailand, Filipina dan Myanmar telah dikenal pasti sebagai punca tenaga yangbaru untuk pilihan rakyat Malaysia menggaji pembantu rumah.
Sementara itu, Subramanian berkata, biasiswa yang diberikan oleh UniversitiLim Kok Wing kepada 50 belia miskin dari kaum India membawa manfaat besar untukmengubah kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik.
"Hanya yang benar-benar layak sahaja akan terpilih untuk menerima biasiswa ini dan ia adalah batu loncatan untuk mereka yang terpilih mendaki tangga kejayaan yang lebih tinggi," katanya. - BERNAMA

Read more...

KRONOLOGI FATWA BERKENAAN KURSUS ESQ LEADERSHIP TRAINING

KRONOLOGI
FATWA BERKENAAN KURSUS ESQ LEADERSHIP TRAINING ANJURAN
ARY GINANJAR AGUSTIAN
OLEH JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH
PERSEKUTUAN

i) 1-3 Ogos 2008: Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM telah
                             menghantar beberapa orang pegawai untuk menghadiri
                             kursus ESQ di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor.
                             Ini adalah bagi menjalankan kajian dan siasatan
                             terhadap kursus ini selepas menerima aduan daripada
                             orang ramai yang bertanyakan tentang status kursus
                             tersebut atas alasan wujud kesangsian dan keraguan
                            dalam metodologi atau pendekatan yang dilakukan.

ii) 28 Ogos 2008: Perbincangan tentang isu berkenaan ESQ telah
                            dibentangkan di dalam Mesyuarat Panel Kajian Akidah
                            JAKIM (PKA) Kali Ke-38. Mesyuarat ini telah
                            memutuskan perkara-perkara berikut:
                      a)   Terdapat keraguan-keraguan yang dikhuatiri
                            boleh menyelewengkan akidah di dalam kursus
                            tersebut; dan
                      b)  Doktrin bahawa kebenaran boleh diperolehi
                           melalui pengalaman/pencarian (termasuk oleh
                           para nabi) perlu dijadikan asas kepada
                           penyelewengan ESQ.

iii) 3-5 Oktober 2008: Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA) telah menghantar dua
                           orang wakil untuk menyertai kursus tersebut bagi
                           mengesah dan memantapkan lagi kajian yang dibuat
                           sebelumnya.

iv) 14 Oktober 2008:  Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA)
                           berkenaan ESQ telah diadakan. Mesyuarat ini telah
                           bersetuju dengan pembentangan oleh ahli PKA, Prof.
                           Madya Dr. Mohd. Fauzi bin Hamat bahawa keraguankeraguan
                           yang dikhuatiri boleh menyelewengkan
                           akidah di dalam kursus ESQ adalah wujud
                           sebagaimana yang telah dibentangkan oleh urusetia
                           JAKIM pada mesyuarat PKA Kali Ke-38.

v) 27-28 Nov. 2008:   Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA) Kali Ke-39
                           dan pertemuan ahli-ahli PKA dengan
                           penganjur/moderator ESQ telah diadakan. Mesyuarat ini
                           telah mengesyorkan supaya satu mesyuarat khas PKA
                           diadakan sekali lagi bagi meneliti sedalam-dalamnya
                           pemikiran dan falsafah yang terdapat di sebalik
                           pengajaran kursus ESQ.

vi) 10 Februari 2009: Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA)
                           berkenaan ESQ telah diadakan sekali lagi. Mesyuarat ini
                           telah menyenaraikan penyelewengan-penyelewengan
                           yang terdapat di dalam ESQ sebagaimana berikut:
                  a)      Kursus ESQ akan mewujudkan golongan yang
                           mengakui kewujudan nabi baru berdasarkan
                           ideologi yang diterapkan;
                  b)     Kursus ini mengajar bahawa akal adalah lebih
                          besar daripada wahyu;
                  c)     Kursus ini banyak menggunakan istilah-istilah
                          agama yang ditafsirkan menggunakan tafsiran
                          bebas tanpa disiplin;
                 d)     Teori suara hati di dalam kursus ini boleh
                         mengelirukan orang awam; dan
                 e)     Kursus ini cuba mencampuradukkan perbincangan
                         tentang hakikat kewujudan antara falsafah Islam
                        dan Barat.
                        Mesyuarat telah mengambil keputusan bahawa
                        Kursus ESQ Leadership Training anjuran Ary
                        Ginanjar Agustian perlu disekat dan diharamkan dari
                        beroperasi di Malaysia dan kertas kerja
                        berkenaannya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa
                        Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
                        Islam Malaysia.

vii) 02 April 2009: Pihak JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan Ary
                       Ginanjar Agustian, pengasas ESQ Leadership Centre
                       bertempat di Dewan Syura JAKIM, Blok D7, Kompleks
                       D, Putrajaya dan telah menyimpulkan bahawa:
                a)    Ary Ginanjar Agustian masih bertegas dengan
                       pendiriannya menggunakan pendekatan sumber
                       manusia (human resource) gaya Barat untuk
                       mengembangkan konsep pembinaan sumber
                      manusia yang dikatakan berasaskan Islam;
               b)    Beliau sukar menerima hakikat bahawa ajaran
                      Islam perlu dirujuk kepada sumber-sumber Islam
                      yang berautoriti seperti kitab-kitab tafsir dan Hadis;
               c)    Beliau lebih banyak berhujah bahawa beliau
                      adalah benar dengan menggunakan sentimen
                      sokongan daripada badan-badan Islam di
                      Indonesia, golongan korporat dan tokoh-tokoh
                      kenamaan di dalam kerajaan dan swasta;
              d)     Beliau tidak akan berganjak dengan modul ESQ
                      yang sedia ada dengan pernyataan beliau bahawa
                      beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk
                      mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran bagi modul di
                      Malaysia tetapi tidak di negara lain; dan
              e)     Beliau telah mengeluarkan kenyataan yang
                      berunsur ugutan dan amaran seperti meletakkan
                      beberapa pilihan kepada JAKIM termasuk menarik
                      diri dari Malaysia sekiranya ESQ diharamkan.

viii) 21-23 April 2009: Kertas kerja berkenaan kedudukan Kursus ESQ
                     Leadership Training di Malaysia, yang telah diteliti oleh
                     Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA), telah dibentangkan di
                     dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
                     Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
                     Ke-86. Muzakarah ini telah memutuskan bahawa faktafakta
                     yang dikemukakan di dalam kertas kerja
                     tersebut adalah sekadar suatu kemungkinan sahaja
                    dan tidak boleh dijadikan asas penentuan hukum.
                    Oleh yang demikian, satu jawatankuasa pemantau luar
                    perlu dilantik oleh JAKIM untuk menilai aktiviti ESQ
                    Leadership Training di Malaysia.

ix) 22 Jun 2009: Pihak JAKIM telah melantik 6 orang panel pemantau luar iaitu:
              a)   Y. Bhg. Prof. Zakaria Stapa (UKM) Pengerusi
              b)   Prof. Dr. Mohd. Nasran bin Mohamad (UKM) Ahli
              c)   Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badaruddin (UKM)
                    Ahli
              d)   Prof. Madya Dr. Che Zarrina binti Sa’ari (UM) Ahli
              e)   Prof. Madya Dr. Noor Shakirah Mat Akhir (USM)
                    Ahli
               f)   Encik Nik Roskiman bin Abdul Samad (IKIM) Ahli
                    Pemantauan telah dimulakan pada 22 Jun 2009 dan
                    dijangka berakhir pada 6 Jun 2010.

x) 23-25 Jun 2009: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
                    Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 telah
                    memutuskan bahawa kajian lanjut oleh panel pemantau
                    perlu diteruskan. Muzakarah juga turut bersetuju dan
                    membenarkan kursus-kursus ESQ diteruskan
                    sehingga hasil kajian diperolehi.

xi) 17 Ogos 2009: Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum
                   Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-75 telah
                   memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership
                   Training adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
                   Keputusan ini adalah berpandukan kepada kertas
                   kerja yang telah disediakan oleh Bahagian
                   Penyelidikan JAKIM dan berdasarkan keputusan
                   Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM pada 10
                   Februari 2009.

xii) 02 Oktober 2009: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
                    Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 telah
                    diadakan. Muzakarah dimaklumkan bahawa pihak ESQ
                    Leadership Training telah menubuhkan Panel Syariah
                    ESQ yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato’ Mustafa
                    bin Abdul Rahman. Walau bagaimanapun, tiada tarikh
                    perlantikan dikemukakan. Muzakarah ini masih
                    bersetuju dan membenarkan kursus-kursus ESQ
                    diteruskan sehingga hasil kajian oleh Panel
                    Pemantau ESQ diperolehi.

xiii) 14-16 Disember 2009: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
                   Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
                   Ke-89 telah diadakan. Muzakarah ini masih bersetuju
                   dan memperakukan bahawa kursus-kursus ESQ
                   diteruskan sehingga hasil kajian oleh Panel
                   Pemantau ESQ diperolehi.

xiv) 25 Februari 2010: Pihak JAKIM telah menerima laporan penuh dari
                  pengerusi panel pemantau, Y. Bhg. Prof. Zakaria Stapa.
                  perbincangan, bengkel dan lawatan kerja ke Jakarta dan
                  Bali telah diadakan.

xv) 01 Mac 2010: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
                  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 telah
                  mengambil maklum tentang kertas laporan yang telah
                  disediakan oleh Panel Pemantau ESQ. Berdasarkan
                  kajian yang telah dijalankan, panel ini telah menemui
                  beberapa unsur yang bercanggah dengan pegangan
                  Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam kursus ESQ
                  seperti pluralisme agama, pengaruh Universal Sufi
                  Order, al-fayd, suara hati dan katarsis. Kajian ini
                  juga mendapati terdapat kekeliruan dari aspek
                  penggunaan istilah-istilah seperti God Spot, Zero
                  Mind Process, fitrah dan Conscience. Walaupun
                  begitu, muzakarah masih belum membuat sebarang
                  keputusan mengenai ESQ kerana menganggap hasil
                  penemuan tersebut adalah zhanni.

xvi) 14 April 2010:          Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
                  Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
                  telah bersetuju membuat rumusan awal bahawa hasil
                  penemuan oleh Panel Pemantau ESQ adalah zhanni
                  yang masih boleh dijelaskan. Muzakarah juga
                  bersetuju bahawa keputusan terhadap Kursus ESQ
                  Leadership Training akan diputuskan di dalam
                  muzakarah yang akan datang.
xvii) 17 Jun 2010:  Fatwa berkenaan Kursus ESQ Leadership Training di
                  Wilayah-Wilayah Persekutuan telah diwartakan oleh
                  pihak Pejabat Peguam Negara.

Disediakan Oleh:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Read more...

Jul 16, 2010

Jersi Baru Manchester United

 


PEMAIN United (dari kiri) Ryan Giggs, Gabriel Obertan, Wes Brown, John O'Shea dan Dimitar Berbatov memperagakan jersi baru kelab mereka di Chicago, semalam. – AP

KELAB bola sepak terkemuka dunia, Manchester United akan menggunakan jersi baru pada saingan Liga Perdana England musim 2010/2011, yang akan bermula tidak lama lagi.
Jersi baru United masih mengekalkan ciri lama iaitu berwarna merah, namun mereka mendapat penaja baru iaitu AON.
Jersi baru United itu dilancarkan serentak di seluruh dunia semalam, termasuk di Kuala Lumpur.

Read more...

Jul 15, 2010

Makanan pengaruhi, bentuk keperibadian manusia

Umat Islam perlu pastikan rezeki dinikmati daripada sumber halal bagi permudahkan ibadah
APABILA membicarakan isu makanan halal, semua mata akan memandang kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil serta logo halal dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai agensi penguatkuasaan.
Walaupun kerap pengguna diingatkan mengenai tanggungjawab serta kuasa yang ada pada mereka, tidak banyak usaha dilakukan ke arah meningkatkan kesedaran pengguna terutama umat Islam mengenai kepentingan mengetahui sumber makanan yang dimakan. Atau, ada usaha ke arah mengingat serta menyedarkan tetapi sama ada kurang berkesan atau masyarakat hari ini sudah tidak ambil pusing mengenai perkara itu dengan anggapan apa saja dijual di luar sana, halal untuk mereka.
Pendedahan mengenai sikap pengguna terutama umat Islam yang tidak menghiraukan atau mengambil berat apakah makanan dibeli dan dimakan itu benar-benar halal dapat dilihat dalam rancangan Aduan Rakyat terbitan TV3, siaran Rabu lalu.
Dalam kesibukan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis makanan menggunakan logo halal palsu dan melakukan kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, pelanggan di medan selera yang dikunjungi menunjukkan sikap tidak ambil peduli.
Tidak ada seorang pun yang dilihat berminat untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dan kehadiran pegawai Jakim serta KPDNKK memeriksa premis sedikitpun tidak mengganggu aktiviti jual-beli di medan selera itu.
Namun, bagi umat Islam, mereka disuruh mencari dan mengambil makanan halal untuk memenuhi keperluan mereka seperti ditegaskan firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Badli Shah Alauddin, berkata umat Islam perlu berhati-hati kerana Islam tidak berkompromi dalam soal makanan dan sebagai pembeli, hak membuat pilihan terletak seratus peratus pada diri mereka.
Katanya, makanan bukan perkara kecil kerana ia keperluan fizikal manusia dan kesilapan mengambil makanan yang tidak halal kepada umat Islam juga bukan perkara kecil disebabkan perbuatan itu akan berulang selagi tidak timbul kesedaran serta keinsafan.
“Inilah yang perlu kita maklum kepada masyarakat terutama umat Islam mengenai kepentingan menentukan sumber makanan yang menjadi darah daging kita biarlah daripada yang halal, bersih serta selamat kepada kesihatan.
“Ingin diingatkan juga, dosa pertama manusia kepada Allah ialah dosa makan seperti kisah Nabi Adam. Oleh itu, perkara makan bukan main-main tetapi ia perlu diberi perhatian tambahan pula sekarang ini pelbagai pilihan dihidangkan di depan mata,” katanya.
Beliau juga tidak menafikan masalah sosial membelenggu masyarakat hari ini termasuk hubungan ibu bapa serta anak yang mempunyai kaitan dengan makanan dimakan, sumbernya dan apakah ia datang daripada rezeki diberkati hasil kerja mengikut syariat Islam.
Badli Shah berkata, bagi umat Islam adalah cukup mudah untuk menilai atau mengetahui kesan makanan yang dimakan terhadap pembangunan diri seterusnya melakukan tindakan perlu mengubah keadaan kepada lebih baik.
Sebagai contoh katanya, mereka yang menjaga ibadat serta memastikan rezeki yang dinikmati daripada sumber halal, hatinya akan jinak melaksanakan semua hukum agama sementara yang tidak memberi perhatian kepada perkara berkenaan, akan merasakan tuntutan agama sebagai bebanan.
“Perkara ini kita boleh nilai sendiri. Jika hari ini senang nak bangun solat Subuh, pasti makanan yang kita ambil itu bagus. Pandangan makanan tiada kaitan dengan peribadi tidak benar kerana apa yang kita makan memang mempengaruhi keperibadian,” katanya.
Katanya, sebagai pengguna, umat Islam sebenarnya mempunyai hak mutlak untuk membuat pilihan dan sewajarnya menggunakan kuasa bagi menentukan hanya makanan benar-benar diperakui halal dijual kepada orang Islam, bukan yang diragui statusnya.
Hakikatnya kuasa pengguna boleh menggugat keselesaan peniaga dan jika digunakan sepenuhnya boleh memaksa peniaga memohon sijil halal diiktiraf kerajaan sebagai usaha menarik pelanggan terutama umat Islam yang sepatutnya memastikan makanan dimakan benar-benar halal.
Keperluan membentuk kesedaran pengguna adalah agenda penting demi menjayakan usaha kerajaan mewujudkan Akta Halal dan penggunaan satu sijil halal yang diperakui di negara ini serta mengelak kekeliruan kebanjiran sijil halal swasta.
Jika dulu peniaga tidak bertanggungjawab dan mengejar keuntungan semata-mata boleh meletakkan ayat al-Quran atau perkataan halal sesuka hati di premis dan produk keluaran syarikat mereka, dengan kesedaran serta kuasa pengguna, jenayah penipuan demi menarik pelanggan Islam itu boleh dibanteras.
Sebaliknya, jika pengguna tidak ambil peduli dengan sikap peniaga bukan Islam mempergunakan taktik murahan itu untuk mengaut keuntungan, pengguna juga akan terus ditipu memakan makanan diragui status halalnya.
Perniagaan makanan terus berkembang dengan pembukaan lebih banyak medan selera serta restoran, maka apabila pengguna Islam bertindak menjaga sumber makanan hanya yang halal, ini akan memaksa peniaga memenuhi tuntutan pengguna.
Kesedaran dan keprihatinan perlu datang daripada pengguna sendiri terutama umat Islam untuk mengambil tahu dengan terperinci makanan atau barangan dibeli itu benar-benar halal mengikut syariat Islam.
Ketika membeli-belah, berapa ramai antara kita membelek pek dan tin untuk melihat logo halal dikeluarkan Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain)? Ketika makan di restoran diragui, berapa ramai akan bertanya peniaga apakah makanan yang dijual halal? Isu sebegini kepada umat Islam, tepuk dada tanya iman.
sumber: Utusan

Read more...

Jul 14, 2010

Bertemu TUHAN DI SEGITIGA BERMUDA - KISAH BENAR ( Anda adalah Anda )

Manfaatkanlah sedetik muhasabah diri anda untuk merenung dan berfikir akan erti kehidupan sebenar. Jadikan teladan dan panduan.

Apa yang ingin saya ulas adalah paparan slot kisah benar dalam buku ini bertajuk - Pelaut Menemui Tuhan di Segitiga Bermuda ( Golden Trianggle ). Kisah ini amat penting untuk dipanjangkan berbanding tajuk-tajuk motivasi yang lain dalam buku ini.

Begini Ceritanya :-

Seorang Hamba Allah yang tidak disebutkan namanya dalam buku tersebut, cukuplah sekadar saya namakanya A sahaja. A bertugas dengan sebuah syarikat perkapalan. Beliau berbangsa Melayu, Beragama Islam dan berasal dari Malaysia. Bapanya seorang guru agama, tetapi sejak kecil A tidak mendapat pendidikan agama akibat bersekolah di asrama penuh sehinggalah menjawat jawatan dalam syarikat perkapalan tersebut. Beliau bertugas dan belayar keseluruh dunia dalam sesuai bidangnya menjadi pelayar profesional.

Melalui pengalaman dan pergaulan persekitarannya menyebabkan A menganut fahaman tidak mempercayai adanya Tuhan, kehidupannya tidak pernah mengamalkan ajaran agama Islam melainkan melakukan apa sahaja yang dilarang oleh Islam termasuklah kesemua jenis dosa-dosa besar, Perempuan, Zina, Arak, Judi dan apa sahaja yang dilarang oleh agama termasuklah fahaman A yang mengharamkan perkahwinan . Baginya apa perlunya kahwin sedang wanita boleh didapati dimana-mana sahaja. Dalam mana-mana perdebatan A sering mencabar kekuasaan Tuhan dengan mengatakan Tuhan Tiada , ianya hanyalah hayalan, hanya orang bodoh dan lemah sahaja yang mempercayai adanya Tuhan .Begitu angkuh sekali si A menyanggah akan keesaan Tuhan.

Dipendekkan cerita. Ketika kejadian ini berlaku, kapal A sedang belayar merentasi Segita Bermuda menuju ke Mexico. Dengan kehendak Allah S.W.T kapal A telah dipukul ribut ditengah Lautan Atlantik yang luas berhampiran Segita Bermuda. Maka karamlah kapal A dengan segala isinya dan seluruh anak-anak kapal terpelanting ke laut.Termasuklah A turut serta menjadi penghuni lautan seketika itu, dengan sekelip mata sahaja, dengan tidak disangka-sangka, dengan tidak ada seorang pun menduganya, walaupun kapal A dilengkapi dengan pelbagai kecanggihan teknologi mengesan sebarang bencana. Namun kehendak Allah tidak ada sesiapa pun mampu menghalangnya..

&nbs p; Atelah terdampar dilaut selama 13 hari dengan pelampung keselamatan yang dipakainya. Pengsan dan sedar berulang-ulang kali. Ketika A dalam keadaan sedar ditengah lautan Atlantik yang gelap gelita, dalam kepedihan dan kesakitan serta badan yang lemah dalam kesejukan. Sekumpulan ikan-ikan jerung mengelilingi A berulang-ulang kali, ada yang menggeselkan badannya ke kaki A, mengangakan mulut kearah A, seolah-olah suatu pesta makanan yang lazat sedang dan akan dinikmati sebentar lagi. Ketika itulah A menangis, meraung, memanggil-manggil nama Allah berulang-ulang kali, memanggil dalam esakan, dalam tangisan. A telah terlupa akan segala kesombongannya selama ini, segala dosa dan maksiat yang dilakukannya selama ini, segala keangkuhannya mengatakan Tuhan itu tiada dan tiada apa-apa kekuasaan daripadanya.

&nbs p; Pada saat itu tiada lagi tempat A memohon pertolongan melainkan kepada Allah, ditengah-tengah lautan yang saujana mata memandang, sejuk, panas dan gelap gelita, A tiada tempat untuk memohon pertolongan, melainkan memanggil-manggil nama Allah beribu-ribu kali. Akhirnya A teringat beberapa potong ayat al-Quran lalu membacanya. Disaat genting berada diambang maut antara laut dan kerakusan jerung ganas, A membaca beberapa potong ayat al-Quran. seterusnya A pengsan.

&nbs p; SesedarnyaA, ia telah berada dihospital Reo de Jenerio Brazil . A telah diselamatkan oleh nelayan Brazil. Ketika dihospital A menjadi trauma dengan menghempas-hempaskan badannya, meraung-raung menyebut-nyebut nama Allah, Allah, Allah....

Begitulah hebatnya kebesaran dan kekuasaan Allah, walaupun jerung sudah mengangakan mulutnya untuk menelan A. Walaupun 13 hari terapung dilaut yang ganas berpayungkan langit, kepanasan dan kesejukan, namun kekuasaan Allah meliputi segala-galanya.Ajal dan maut adalah ditangan Tuhan.

Akhirnya A insaf diatas segala perbuatannya dan sekarang menuntut diperguruan pondok mendalami ilmu Islam, bertaubat dan melaksanakan segala amalan-amalan ajaran agama dengan sepenuhnya.

A telah bertaubat, insaf dan menyesal, bahawa pada saat-saat diantara hidup dan mati seperti itu, tiadalah lagi sebarang kehebatan dan kesombongan manusia. Hanyalah Allah yang akan menjadi tempat mengadu dan memohon pertolongan.

Rupa-rupanya Allah juga masih tetap sayangkannya . Beliau telah diselamatkan oleh jerung dan lautan, beliau telah diselamatkan dari kehidupan noda dan dosa dan kini melalui kehidupan insan yang sebenar, beribadat, bertaubat dan taatkan segala perintah Allah.

SEBENARNYA :
SI A TELAH BERTEMU TUHAN DI SEGITA BERMUDA ( GOLDEN TRIANGGLE )

Inilah motivasi sebenar kehidupan. Berhenti sejenak membaca, benamkan perasaan anda, istiqomah dan muhasabah diri, dimanakah kedudukan kehidupan kita sekarang ini.

Dunia, alam dan segala barang melata didunia ini mampu melampiaskan hukuman kepada kita pada bila-bila masa dan sekelip mata sahaja ( Dengan KEHENDAK ALLAH ). Hindarkan kesombongan dan kekalutan dalam menjalani kehidupan ini. Tingkatkan Amalan Baik dan tinggalkanlah Amalan Buruk - Mudah-mudahan anda dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Read more...

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP