Powered by Blogger.

Jul 3, 2010

Telekom Tambah 18 Kawasan UniFi Baharu

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- UniFi, perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd akan ditawarkan di 18 lagi kawasan baharu di Lembah Klang, Kedah dan Pulau Pinang dan Johor.

Kawasan-kawasan ini termasuklah kawasan industri Seperti Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah, Bayan Baru di Pulau Pinang, Senai dan Permas di Johor, serta Wangsa Maju, Sungai Buloh, Puchong, Cyberjaya, Putrajaya dan Damansara di Lembah Klang.

Pengarah Program bagi HSBB, Ahmad Azhar Yahya, berkata tambahan baharu ini menjadikan keseluruhan kawasan berjumlah 22, dan syarikat itu dijangka mempunyai 48 kawasan ibusawat menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata projek itu juga berhasrat meliputi 750,000 premis menjelang akhir tahun, dan 1.3 juta premis menjelang akhir 2012.

Ahmad Azhar berkata pelanggan UniFi sedia ada, yang kini berjumlah 4,750 dari kedua-dua sektor kediaman dan perniagaan, akan mula membayar yuran langganan bulanan mereka yang dahulunya dikecualikan hingga Julai 2010.

Untuk memudahkan lagi pelanggan dan bakal pelanggan, kata beliau, syarikat itu akan mengadakan satu portal internet dengan ciri-ciri jualan dan tawaran biasa.

Beliau berkata pelanggan boleh, antara lain, menyemak bil dan status mereka manakala bakal pelanggan yang mendaftarkan nama mereka akan dihubungi apabila HSBB disediakan di kawasan mereka.

Mengenai kandungan HSBB IPTV, Ahmad Azhar berkata Telekom kini mempunyai kira-kira 10 pembekal kandungan dan ingin bekerjasama dengan lebih banyak firma tempatan.

Beliau juga berkata lebih banyak saluran akan ditambah dari semasa ke semasa.

Telekom juga telah mula berunding dengan sebuah penyedia perkhidmatan, kata beliau. Bagaimanapun beliau enggan menyatakan lebih lanjut apakah jenis perkhidmatan yang dicari untuk dimasukkan dalam tawaran HSBB.

-- BERNAMA

0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP