Powered by Blogger.

Jul 7, 2010

‘Tanah Melayu’ Hilang Di Pulau Pinang

Oleh: MOHD NASRI ZAKARIAH

KUALA LUMPUR 5 Julai – Orang  Melayu Pulau Pinang akan terus ditekan serta kehilangan hak sedikit demi sedikit apabila kawasan perkampungan Melayu terutama di bandar besar seperti  di George Town akan lenyap dengan alasan pembangunan.
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata, apa yang berlaku pada  Kampung Jalan Pokok  Asam antara usaha kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui oleh DAP untuk melenyapkan perkampungan Melayu di Pulau Pinang.
“Memang sudah dijangka, pelbagai usaha akan dilakukan oleh mereka  dalam menidakkan hak orang Melayu untuk terus tinggal di sini dengan memberi alasan pembangunan, sedangkan itu cara mereka untuk menidakkan hak kita orang Melayu di Pulau  Pinang.
“Alasan mereka cukup mudah pembangunan, kemudiannya mereka bina pangsapuri yang mahal-mahal, sudah tentu kita tidak mampu untuk membelinya.
“Begitulah dengan nasib penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, sudah pasti mereka  tidak mampu untuk membeli pangsapuri yang berharga ratusan ribu ringgit, itulah cara mereka untuk mengusir orang Melayu di Pulau Pinang dan inilah penjajahan ala baru yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Umno-online.
Baru-baru ini, akhbar melaporkan, penduduk Kampung Jalan Pokok Asam akan kehilangan hak mereka apabila kawasan berkenaan akan dibangunkan bagi membolehkan pembinaan projek kediaman kos mewah yang dianggarkan bernilai RM800,000 seunit.
Fairus berkata, walaupun wakil rakyat Melayu dari PKR dan Pas  berada dalam pakatan rakyat namun mereka tidak mempunyai suara apa jua perkara yang membabitkan  orang Melayu di Pulau Pinang.
“Bukan tiada wakil rakyat Melayu dalam kerajaan negeri, tetapi mereka ini tidak berani untuk bersuara kerana khuatir kepentingan mereka akan hilang.
“Kita juga tahu, Datuk Seri Anwar Ibrarhim adalah anak jati Pulau Pinang, tetapi dalam perkara ini belaiu tidak akan melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai kepentingan kepadanya, apa yang utama pada dirinya adalah untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Menurutnya, orang Melayu seluruh Pulau Pinang harus sedar bahawa suatu hari nanti tanah dan perkampungan orang Melayu di kawasan pulau akan hilang sepenuhnya jika Pulau Pinang terus diperintah oleh pakatan pembangkang. – MediaUMNO

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP