May 12, 2012
Apabila
kita memperhatikan hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W mengenai
kepelbagaian fitnah yang bakal terjadi di akhir zaman, maka kita akan
merasa sangat khuatir, sebab matannya menggambarkan keadaan yang sangat
menakutkan. Apatah lagi jika hadis-hadis tersebut kita kaitkan dengan
situasi dan gambaran
dunia moden sekarang ini, maka kekhuatiran tersebut semakin
menjadi-jadi. Mengapa? Kerana sudah terlalu banyak hadis mengenai
fitnah-fitnah di akhir zaman yang memperlihatkankan secara tepat situasi
dan kondisi dunia moden saat kita berada ini.
Contohnya bagi maksud hadis ini yang dirakamkan dalam hadis Sahih Bukhari, "Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah diangkatnya ilmu dan merebaknya kebodohan".
Ramai orang barangkali tidak sependapat
mengatakan bahawa hadis di atas menggambarkan kondisi dunia moden, malah
memandang dunia moden saat ini sebagai dunia yang sarat dengan
kemajuan, ilmu pengetahuan dan teknologi, dunia di hujung jari. Padahal
yang dimaksud oleh Rasulullah S.A.W ialah diangkatnya ilmu Islam,
bukannya ilmu yang menyangkut urusan keduniaan. Dan makna kebodohan
ialah perihal awam masyarakat terhadap ilmu agama; dalam permasalahan
hukum yang terang dan tidak perlu diperbahaskan lagipun mereka memilih
kepada nilai kekufuran.
Nabi Muhammad S.A.W tidak mengatakan
bahawa era fitnah di akhir zaman akan tampil dalam bentuk kemunduran
ilmu pengetahuan dan teknologi. Oleh kerana itu kita dapati terdapat
hadis lain yang akan memperjelas maksud hadis di atas, "Sesungguhnya
Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba-hamba,
akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama.
Hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat
pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka
berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan".(rujuk Sahih Bukhari)
Hadis di atas mengarahkan perhatian kita
kepada ilmu yang dikuasai oleh para ulama semakin hilang. Pun begitu
bukan bermaksud ulama semakin berkurang, tetapi ilmu Islam yang tulen
dan hikmah yang ada pada ulama-ulama yang terdahulu tidak lagi menjadi
dokongan oleh penerus perjuangan mereka. Apatah lagi zaman ini, title
ulama bukan di'beri' kerana dihormati tetapi di'cari' supaya dihormati.
Nabi S.A.W turut mengaitkan akan
munculnya orang-orang bodoh yang dijadikan tempat bertanya dan berfatwa.
Dan ketika mereka berfatwa, maka mereka berfatwa tanpa ilmu agama.
Akibatnya fatwa yang dihasilkan bersifat sesat dan menyesatkan umat.
Dalam realiti yang berlaku di dunia saat
ini, kita telah dikejutkan dengan berita sepasang lelaki gay mengaku
Muslim yang dinikahkan oleh seorang Imam masjid yang juga seorang gay.
Ludovic Mohamed Zahed, seorang pemuda Perancis yang berasal dari
Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din dari Afrika Selatan, dilaporkan
telah menikah dengan 'syariat Islam' di hadapan seorang imam masjid yang
juga seorang gay bernama Jamal (laporan berita 12/2/2012).
Imam gay ini merupakan contoh seorang
bodoh yang mengeluarkan fatwa sesat dan menyesatkan. Ia telah merestui
jalinan hubungan homoseksual yang jelas dilarang di dalam ajaran Islam.
Sedemikian teruk merebaknya kebodohan akan ilmu agama sehinggakan orang
yang sepatutnya memiliki ilmu agama secara formal-akademik dengan
mudahnya terjebak fahaman liberalisme. Mereka menganggap urusan agama
hanya berlaku pada private sector (ruang lingkup pribadi), sedangkan
untuk public sector (ruang lingkup publik) dibiar diatur dengan pelbagai
kefahaman, ideologi dan ajaran selain Islam.
Hadis lain yang juga sangat tepat menggambarkan keadaan dunia moden jahiliyah saat ini ialah sebagai berikut, "Akan
datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia,
pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada
pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut
bicara. Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? Baginda
menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum" (rujuk sunan Ibnu Majah)
Dalam dunia jahiliyah moden kita
menyaksikan bagaimana orang yang memiliki karakter jujur dan amanah
justeru didustakan dan dikhianati. Sebaliknya pendusta dan pengkhianat
dibenarkan, disokong dan diberi jabatan serta diangkat menjadi pemimpin
masyarakat.
Begitulah dahsyatnya kehidupan di zaman
merebaknya kebodohan dan kedustaan. Inilah zaman jahiliyah moden di mana
fitnah-fitnah menyelimuti dunia sehingga dunia menjadi laksana potongan
malam yang gelap-gelita.
"Segeralah beramal sebelum datangnya
fitnah-fitnah seperti malam yang gelap-gelita. Di pagi hari seorang
lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di
petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di
pagi harinya. Dia menjual agamanya demi memperoleh kenikmatan dunia" (rujuk Sahih Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(220)
-
▼
May
(23)
- MENGAPAKAH GADIS TEMPATAN SANGGUP DISETUBUHI LELAK...
- Hadis 3 - Hadis 40
- Hadis 2 - Hadis 40
- Hadis 1 - Hadis 40
- Hadis 40 - Imam An-Nawawi -
- Rasulullah s.a.w menangis doakan keselamatan umat ...
- Menghayati keistimewaan bulan Rejab
- (Debat Khairy dengan Rafizi malam tadi...tetapi Na...
- DAP Anti Islam?
- Kisah Bagaimana 4 Artis Kini Bertudung
- Sedarilah Kewujudan Malaikat Pencatat Amalan
- Komentar Isu Bersih Versi Mekah & Madinah
- ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…
- SAYDATINA SOFIYYAH, ISTERI NABI BERBANGSA YAHUDI
- AKHIR ZAMAN : MEREBAKNYA KEBODOHAN & KEDUSTAAN
- RELEVANKAH MAZHAB FEQAH PADA MASA KINI?
- Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13..
- Skandal Kapal Selam Scopene & Kes Pembunuhan Altan...
- Durian runtuh dari wang peneroka sendiri
- Tafsir dan Kelebihan Surah Al-Waqiah.
- Ust Zawawi Bab Solat Dan Menyapu Muka
- Kasih anak: Saya tidak pernah derhaka
- Bersih 3.0 28 April 2012
-
▼
May
(23)
0 comments:
Post a Comment