Sedarilah Kewujudan Malaikat Pencatat Amalan
“..Semasa
2 Malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala
perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan
yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang
dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di
sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). Qaf:17 dan 18. ”
Daripada Abi Umamah: ‘Penulis kebaikan di kanan seseorang. Penulis
kejahatan di kirinya. Penulis kebaikan menjadi ‘pemerhati’ kepada
penulis kejahatan. Apabila seseorang membuat kebaikan, Malaikat di kanan
menulis 10 pahala. Apabila seseorang membuat kejahatan, Malaikat
penulis kebaikan berkata kepada Malaikat penulis kejahatan: ‘Biarkan ia
selama 7 jam. Mudah-mudahan dia bertasbih atau beristighfar.’
Zahir ayat di atas malaikat menulis semua ucapan. Ibn Abbas berkata: ‘Malaikat menulis perkataan yang ada pahala dan dosa.’ Al-Hasan al-Basri dan Qatadah berkata: ‘Malaikat menulis semua perkataan. Allah menetapkan darinya yang mana kebaikan dan yang mana kejahatan, serta dipadamkan selain itu.’
Al-Hasan al-Basri membacakan ayat:
bermaksud: ‘malaikat duduk di kanan dan kiri’ sambil berkata: ‘Wahai anak Adam! Dibentangkan suratan amalan kamu. Diwakilkan kepadamu dua malaikat yang mulia. Salah satunya di kananmu. Yang satu lagi di kirimu. Malaikat di kananmu memelihara amalan baikmu. malaikat di kirimu memelihara amal jahatmu. Beramallah sekehendak hatimu. Sedikitkan atau perbanyakkanlah, sehingga bila kamu mati, suratan amalan kamu dilipat, diletakkan ditengkukmu bersamamu dalam kuburmu, sehingga kamu keluar pada hari Kiamat. Ketika itu Allah Taala berfirman:
Maksudnya: ” Dan tiap-tiap seorang manusia, Kami kalongkan bahagian nasibnya dilehernya, dan pada hari Kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk ditatapnya), lalu Kami perintahkan (kepadanya): Bacalah kitab (suratan amal) mu, cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan).” al-Isra’: 13 dan 14.
Kemudian firmanNya: Allah telah berlaku adil. Demi Allah! Di kalangan kamu ada orang yang memadai dia sendiri yang menghitung amalannya.’
(atTafsir alMunir j 26 ms 295)
Sumber...
0 comments:
Post a Comment