Powered by Blogger.

May 24, 2012

Hadis 40 - Imam An-Nawawi -

MUQADDIMAH AL-IMAM AN-NAWAWI
الحمد لله رب العالمين، قيوم السموات والأرضين، مدبر الخلائق أجمعين، باعث الرسل
صلواته وسلامه عليهم إلى المكلفين، لهدایتهم وبيان شرائع الدین، بالدلائل القطعية
وواضحات البراهين، أحمده على جميع نعمه وأسأله المزید من فضله وآرمه.
وأشهد أن لا إله إلا الله الواحد القهار الكریم الغفار.
وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله وحبيبه وخليله، أفضل المخلوقين المكرم بالقرآن
العزیز المعجزة المستمرة على تعاقب السنين، وبالسنن المستنيرة للمسترشدین،
المخصوص بجوامع الكلم وسماحة الدین، صلوات الله وسلامه عليه وعلى سائر النبيين
والمرسلين وآل آل وسائر الصالحين. أما بعد،
Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir
sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan
hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin)
serta bukti-bukti yang jelas. Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya
tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya.
Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha
Pemurah lagi Maha Pengampun.

Adapun selepas daripada itu; maka sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali ibn
Abi Talib, Abdullah ibn Mas‘uud, Mu‘az ibn Jabal, Abu al-Darda’, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas ibn
Malik, Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudrie r.a. daripada berbagai-bagai jalan (sanad) dengan
riwayat yang bermacam-macam bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghafal atas
umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan
membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.” Dalam suatu riwayat
lain: “Nescaya Allah akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan ‘alim. Dalam riwayat Abu al-
Darda’: “dan telah adalah aku (iaitu Rasulullah) pada hari kiamat menjadi orang yang memberikan
syafa‘at dan saksi kepadanya”. Dalam riwayat Ibnu Mas‘uud : “dikatakan kepadanya (orang yang
menghafal 40 hadis) masuklah engkau daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu”. Dalam
riwayat Ibnu ‘Umar : “nescaya dia ditulis termasuk dalam golongan ‘ulama’, dan dibangkitkan dalam
golongan para syuhada’ ”. Para ‘ulama hadis telah muafakat bahawa ia adalah hadis dha‘if sekalipun
jalan-jalannya banyak. Para ‘ulama r.a. telah mengarang dalam bab ini (iaitu bab 40 hadis) banyak
karangan yang tiada terbilang banyaknya. Orang yang paling awal mengarangnya setakat pengetahuan
saya ialah Abdullah ibn al-Mubarak, kemudian Muhammad ibn Aslam al-Thusie al-’Alim al-Rabbanie,
kemudian al-Hasan ibn Sufian al-Nasa’ie, Abu Bakar al-Aajirie, Abu Muhammad ibn Ibrahim al-
Asfahanie, al-Daraquthnie, al-Hakim, Abu Nu‘aim, Abu Abdul Rahman al-Salmie, Abu Sa‘id al-
Malinie, Abu ‘Uthman al-Shabuni, Abdullah ibn Muhammad al-Ansari, Abu Bakar al-Baihaqie( عبد الله
بن المبارك ثم محمد بن أسلم الطوسي العالم الرباني ثم الحسن بن سفيان النسائي وأبو بكر الآجري وأبو محمد بن إبراهيم الأصفهاني
والدارقطني والحاآم وأبو نعيم وأبو عبد الرحمن السلمي وأبو سعيد الماليني وأبو عثمان الصابوني وعبد الله بن محمد الأنصاري وأبو
بكر البيهقي. ) dan ramai lagi ‘alim ‘ulama yang lain yang tiada terkira banyaknya sama ada daripada
kalangan ‘ulama terdahulu atau terkemudian.
Sesungguhnya saya telah beristikharah kepada Allah Ta‘ala untuk mengumpulkan empat puluh
hadis sebagai mengikuti jejak langkah para Imam tokoh ‘ulama dan para huffaz al-Islam (Para
pendukung Islam, pemelihara Islam, atau para Imam Hafiz hadis). Para ‘ulama telah bermuafakat
tentang keharusan beramal dengan hadis dha‘if dalam soal fadhail a‘maal ( ( فضائل الأعمال ) iaitu amalanamalan
yang sunat.). Namun demikian, bukanlah pergantungan saya (dalam usaha mengumpulkan 40
hadis ini) kepada hadis dha‘if, bahkan pergantungan saya ialah kepada sabda Nabi SAW dalam
beberapa hadis sahih : ( ليبلغ الشاهد الغائب ) yang bererti: “Hendaklah orang yang hadir (majlis Rasulullah
dan mendengar pengajaran Nabi SAW) menyampaikan (apa yang didengarinya) kepada orang yang
tidak hadir”, juga sabda Nabi SAW : (( نضر الله امرءا سمع مقالتي فوعاها فأداها آما سمعها ) yang bererti: “Allah
mempercahayakan (wajah) seseorang yang mendengar kata ucapanku, lalu dia memahaminya, lantas
dia menunaikannya (Menunaikannya iaitu menyampaikannya kepada orang lain sama ada dengan lafaz yang sama tepat
atau dengan makna kerana harus meriwayatkan hadis Nabi secara makna dengan beberapa syarat tertentu. Lihat (Syarah
Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada syarah muqadimah
ini.) sebagaimana dia mendengarnya”. Ada sebahagian ‘ulama yang mengumpulkan 40 perkara
mengenai prinsip-prinsip agama (usuluddin), manakala sebahagian lain mengenai perkara furu‘ ,
sebahagian yang mengenai perkara jihad, sebahagian yang lain mengenai zuhud, sebahagian yang lain
mengenai adab-adab, sebahagian mereka mengenai khutbah.
 Semuanya adalah kerja-kerja yang
bertujuan bagus yang Allah Ta‘ala redhai akan orang-orang yang melakukannya. Saya bercadang
mengumpulkan 40 perkara yang terlebih utama daripada itu semua, iaitu 40 hadis yang merangkumi
semua topik tersebut, yang mana setiap hadis (daripada 40 hadis tersebut) menjadi kaedah ( Tunggak atau
prinsip) yang agung daripada kaedah-kaedah agama, yang mana hadis itu telah disifatkan oleh para
‘ulama bahawa perligaran Islam bersekitar di lingkungannya, atau separuh Islam, atau sepertiga Islam
atau seumpamanya. Kemudian saya beriltizam dalam pemilihan 40 hadis ini agar ia merupakan hadishadis
sahih, dan kebanyakannya adalah terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, di
mana saya menyebut hadis-hadis tersebut secara dibuang sanadnya agar ia mudah dihafal, dan supaya
manfaatnya lebih tersebar umum insyaaAllah Ta‘ala, kemudian saya iringi pula hadis-hadis ini dengan
suatu bab pada menghuraikan makna lafaz-lafaz hadis (40 ini) yang tersembunyi. 
Sayugialah bagi
orang yang mencintai negeri akhirat bahawa dia mengenali hadis-hadis ini justera kandungannya yang
merangkumi perkara-perkara yang penting dan ingatan tentang segala ketaatan. Yang demikian itu
adalah bagi orang-orang yang benar-benar bertadabur. 
Kepada Allah jua pergantungan saya, kepada-
Nya jua harapan dan sandaran saya, dan segala puja dan nikmat itu bagi-Nya, dan hanya dengan-Nya
jua Taufiq dan ‘Ishmah (‘Ishmah iaitu pemeliharaan daripada kesalahan. Daripada perkataan ini datangnya pecahan
perkataan “Ma’sum”).

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP