Durian runtuh dari wang peneroka sendiri
Oleh itu katanya, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya
adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya.
“Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri,” kata beliau dalam blognya hari ini.
Menurut beliau, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) akan mengapungkan 2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga RM4.65 se saham ketika Tawaran Awam Awal – TAA (Initial Public Offer – IPO).
“Ini bermakna, ia akan menjana sebanyak RM10.18 bilion,” terang beliau.
Dari jumlah ini katanya, Felda akan mendapat RM5.62 bilion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda.
FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaan peringkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula. ( Lagi )
0 comments:
Post a Comment