Powered by Blogger.

Aug 26, 2012

Hadis 29 - Hadis 40

HADIS 29
عن معاذ بن جبل t قال: قلت : (( یا رسول الله! أخبرني بعمل یدخلني الجنة ویباعدني عن
النار. قال: لقد سألت عن عظيم، وأنه ليسير على من یسره الله تعالى عليه: تعبد الله لا
تشرك به شيئا، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزآاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت. ثم قال: ألا
أدلك على أبواب الخير؟ الصوم جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة آما یطفئ الماء النار،
وصلاة الرجل في جوف الليل، ثم تلا { تتجافى جنوبهم عن المضاجع } حتى بلغ {
یعملون } ثم قال : ألا أخبرك برأس الأمر وعموده وذروة سنامه؟ قلت بلى یا رسول الله.
قال: رأس الأمر الإسلام، وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد. ثم قال: ألا أخبرك بملاك
ذلك آله؟ بلى یا رسول الله فأخذ بلسانه وقال: آف عليك هذا. قلت: یا نبي الله، وإن ا
لمؤاخذون بما نتكلم به؟ فقال: ثكلتك أمك! وهل یكب الناس في النار على وجوههم، أو قال
على مناخرهم إلا حصائد ألسنتهم؟ )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih.
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:

Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam
syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah
bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan
Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.

Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu
adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang
seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulangtulang
rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan
perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan
kepada mereka.
 Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri
daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah
lakukan).
 Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala
amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak
amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad.
Kemudian Baginda
bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata:
Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku
berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda
bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau
Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman
lidah-lidah mereka.

Pengajaran hadis:
(1) Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah
menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan beriman
kepada Rasulullah SAW, sembahyang, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji.

(2) Pintu-pintu kebajikan pula sangat banyak, antaranya yang disebut dalam hadis ini ialah berpuasa
kerana ia adalah perisai yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Selain itu ialah sedekah yang
ikhlas kerana Allah kerana ia dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Pintu
kebajikan seterusnya ialah sembahyang di waktu tengahmalam.

(3) lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim. la
dapat menguatkan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air
muka yang bercahaya bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka
beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat termasuk ayat yang dipetik dalam hadis ini.

(4) Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.
Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran
dan rintangan.
(5) Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling
banyak terdedah melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat
dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah
perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang
dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP