Sep 4, 2012
Oleh Ust Zuridan Al-Teminie
Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat
Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan
meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa
mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai
kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun
kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong
perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat
Subuh di Masjid.
Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam
samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan,
makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah
yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga
menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah
SAW di awal pagi. Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka
sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih
awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi
dengan perasaan yang segar dan sihat. Oleh kerana itulah kehidupan
generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat
dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa
penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang
pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
Ertinya: “Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya”. Hadis riwayat Ahmad
Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun
awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat
sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan
beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu
.
Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:
1) Tidur awal:
Menjadi kebiasan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan
sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu
adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong
dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun
begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang
disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim.
Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang
membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur
nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada
waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual
selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan,
adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka
tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah
orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan dengan ahli
keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka,
berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual
dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam
perkara kebaikan, menyeru kepada kebaiakan dan mencegah kemungkaran,
menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah
termasuk dalam perkara makruh”.
Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana
aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan
jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan
bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.
2) Memelihara adab tidur:
Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan
sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di
atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak
tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan
membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah
memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu
menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng.
Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya
tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan
bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk
menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentias dibantu oleh para Malaikat
untuk bangun awal.
Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah
sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga
lewat.
3) Memenuhkan dada dengan Iman dan ‘amal soleh:
Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang
melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di
Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan
kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan
daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada,
seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan
kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan
bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman. Sebaliknya hati yang kotor
akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada
seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh
berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana
dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak
atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.
4) Menjauhi perbuatan maksiat:
Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di
Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti
yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti
melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga
yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji,
mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti
mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah. Mereka yang
melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke
Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan
kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan
telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara
kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.
5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan
solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya
barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina
Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi
SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ
فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي
جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama
bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat
Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. Hadis
riwayat Imam Muslim.
Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW
berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga
terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ
Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.
Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki
dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka
yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing
syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.
Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah
dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang
selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan
ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat
jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan
orang awam.
6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.
Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada
kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu
subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang
beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya
daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu
tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di
atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan
tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka
terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan
berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi
itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam
keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang
penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu
tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas
subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan
kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.
Amalan ini menjadi ikutan para ulama
salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan
amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari
sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim
Al-Jauziyyah.
Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:
((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))
Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.
Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya
dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani
memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu
tersebut. Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat
yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang
mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja
sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka.
Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang
bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara
yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang
kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi
ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal
.
7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.
Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh
adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri
dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk
melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda:
((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى
المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا
فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))
Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling
berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh,
kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang
melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan
Muslim.
Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan
tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi
sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.
Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami
dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar
(Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat
Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.
Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia
boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat
memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid
maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya,
dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda
imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya. Ia juga menunjukkan
ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan.
Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah
bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan
dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.
Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok
diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang
beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di
Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak
merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus
jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.
Sumber ,,,,,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(220)
-
▼
Sep
(32)
- air mata Dr MAZA
- 30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....
- Hadis 42 - Hadis 40 ( Tamat Hadis 40 )
- Hadis 41 - Hadis 40
- Pembongkaran Hubungan Antara Kiblat Kaabah Dan Har...
- Hadis 40 - Hadis 40
- Hadis 39 - Hadis 40
- REVOLUSI MENTAL ORANG MELAYU
- Hadis 38 - Hadis 40
- Hadis 37 - Hadis 40
- Tiga cara mengerjakan ibadat haji
- Hadis 36 - Hadis 40
- Hadis 35 - Hadis 40
- Kareena Kapoor Enggan Peluk Islam
- Anak Kunci Pintu Syurga
- Hadis 34 - Hadis 40
- AZAN SEBAGAI LAMBANG SYIAR ISLAM
- Hadis 33 - Hadis 40
- Wakil PBB: Tugas k'jaan pastikan perhimpunan aman
- Bagaimana Dara Wanita
- Perihal Bidadari
- Sumpah Bidadari Syurga
- Saya Hanya Buat Persembahan, Tak Terlibat Promosi ...
- PANAS!! Sultan Johor dedahkan Kerajaan UMNO/BN bay...
- Kemusykilan Agama
- Mari Berdoa
- Mari Berdoa'
- Hadis 32 - Hadis 40
- Hadis 31 - Hadis 40
- Hadis 30 - Hadis 40
- 7 Tips mudah bangun solat Subuh
- Atlit Paralimpik IRAN TIDAK BERSALAMAN Dengan KATE...
-
▼
Sep
(32)
0 comments:
Post a Comment