Powered by Blogger.

Sep 12, 2012

Wakil PBB: Tugas k'jaan pastikan perhimpunan aman

Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai, mengeluh kerana Malaysia adalah antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi.

"Ini bercanggah sama sekali dengan piawaian hak asasi manusia kerana negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka yang mahu berhimpun, boleh berbuat demikian secara aman," katanya dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu.

"Kami (Pelapor PBB) telah menyuarakan kebimbangan tentang bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 ditangani dan kita tetap dengan pandangan tersebut," kata Kiai yang belajar undang-undang di Universiti Nairobi dan Harvard.

NONEKiai yang berada di Malaysia minggu lepas atas jemputan
beberapa NGO termasuk Suaram berkata, kerajaan perlu memahami bahawa membenarkan kebebasan berhimpun, tidak mengenepikan tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa perhimpunan kekal aman.

Bagi peguam terkemuka Kenya itu, ini adalah lawatan pertama beliau ke Malaysia sebagai sebahagian daripada kunjungan suaikenal untuk mengenali negara ini dengan lebih baik lagi, terutamanya mengenai isu yang dipertanggungjawab kepadanya oleh PBB unruk melindungi - iaitu hak untuk berhimpun secara aman.

Semasa lawatan ringkas beliau, Kiai meluangkan masa untuk mengunjungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sebilangan pelapor khas PBB sebelum ini telah menulis kepada kerajaan Malaysia untuk secara rasmi menjemput mereka mengunjungi negara ini ekoran tindakan keras menangani perhimpunan BERSIH, dan Kiai mengesahkan beliau telah menerima jemputan rasmi dari Putrajaya untuk datang tahun depan.

Mengulas lebih lanjut mengenai perhimpunan BERSIH 3.0, beliau berkata pelapor khas PBB percaya bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, penganjur pada amnya harus bertanggungjawab terhadap acara tersebut.

"Bagaimanapun, jika perbuatan yang menyalahi undang-undang berlaku, maka ia menjadi tanggungjawab negara. Negara mempunyai tugas utama untuk memastikan perhimpunan itu adalah aman," katanya.

Dan jika terdapat ejen provokasi dalam perhimpunan tersebut, katanya, mereka hendaklah ditangani secara berperikemanusiaan dan mengikut undang-undang.
"Anda tidak boleh, dan tidak sepatutnya, melepaskan tanggungjawab itu kepada warga individu," tambahnya.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP