Powered by Blogger.

Sep 10, 2012

Kemusykilan Agama

1 - Perlu Mandi Wajib Kah?

Soalan

slm,
jika sy (wanita) tidak sengaja termasukkan jari ke dlm vagina semasa membasuh hadas kecil, perlukah saya mandi wajib? krn setahu sy, sebarang objek yg masuk ke vagina perlukan mandi wajib. adakah bnr?

Jawapan

Saudari tak pertlu mandi wajib sebab ianya tidak termasuk dalam perkaya yang mewajibkan mandi.


2 - Apakah Hukum Menjawab Atau Menghormati Azan Di Tv

Soalan

Apakah hukum menjawab atau menghormati azan di tv walaupun lebih awal atau tidak sama dengan waktu di tempat kita ?
Adakah berdosa ?
Mohon penjelasan .....

Jawapan

Tidak berdosa bahkan di sunatkan berbuat demikian Firman Allah "Sesiapa yang memulialkan syiar Allah sesungguhnya ianya dari hati yang bertakwa". Azan salah satu dari Syiar Allah.


3 - Membaca Surah2 Dalam Solat

Soalan

As salam, saya ingin tahu kalau dibenarkan membaca sebahagian dari ayat-ayat dalam surah dari membacanya dengan penuh, dan juga tatatertibnya.
Sebagai contoh, andaikata saya membaca surah al-alaq (yang mengandungi 19 ayat), tapi hanya membaca 15 ayat sahaja (kerana masih belum habis menghafal), adakah dikira tidak sempurna atau makruh? Seperti surah Al-baqarah dan surah-surah lain yang agak panjang, apakah bilangan minimum ayat-ayat yang dikira memadai dibaca dalam solat? sekian terima

Jawapan

Saudara boleh membaca apa yang saudara mampu Firman Allah "Bacalah apa yang mudah bagi kamu dari Al-Quran'. Sekurang-kurangnya bacalah walau 1 ayat sahaja.

4 - Alam Barzakh Kanak-kanak Yang Meninggal

Soalan

saya baru kematian anak pada 12 ramadhan yang lepas. saya sering memikirkan keadaan anak di alam barzakh. adakah dia mengingati ibu bapanya di dunia? saya sering memohon kepada allah untuk melihat keadaannya di dalam mimpi. adakah perbuatan saya dibolehkan dalam Islam? Sejak kematiannya saya sering menziarahinya dan bercakap di kuburannya.

Jawapan

Ya disebut dalam hadis yang banyak bagaimana kanak-kanak mengingati ibu bapanya di alam barzakh bahkan kanak-kanak tersebut akan menanti ibu bapanya di syurga. Jika tidak ingat bagaimana dia nak menanti?. Perbuatan puan adalah diharuskan.


5 - Menjawab Azan Ketika Haid.

Soalan

Boleh ke menjawab azan ketika haid?

Jawapan

Wanita yang sedang haid adalah diharuskan untuk menjawab azan. Hal ini adalah kerana jawapan yang diucap selepas setiap kalimah azan adalah bukan ayat Al-Quran.
Oleh itu, mereka boleh menjawab seruan azan dan berhak untuk mendapatkan fadilatnya. Wallahu 'alam.


6 - Batalkah Solat Jika Kanak-kanak Kecil Memakai Lampin Duduk Atas Riba

Soalan

batalkah solat jika kanak-kanak kecil yang masih memakai lampin duduk atas riba atau memegang pakaian orang yang sedang solat?

Jawapan

Dalam hal ini, solatnya adalah terbatal jika kanak-kanak tersebut duduk di atas ribanya dan pada lampinnya terdapat najis. Hal ini adalah kerana dirinya dikira sebagai menanggugn najis sedangkan syarat sah mendirikan solat mestilah suci daripada segala bentuk najis dan hadas.
Namun, jika kanak-kanak tersebut hanya sekadar memegang pakaian sahaja, ia tidak dikira sebagai menanggung najis sekalipun pada lampinnya terdapat najis. Apatah lagi jika lampinnya masih tidak terdapat sebarang bentuk najis, ia tidak menyebabkan solatnya terbatal kerana kedua hal ini tidak menyebabkan dirinya menanggung najis.
Dari itu, solatnya adalah sah. Wallahu 'alam.


7 - Tanggungjawab Seorang Suami Terhadap Isteri, Ibubapanya Dan Ibu Bapa Mertua

Soalan

A'kum ustaz/ustazah,
saya ingin bertanya beberapa soalan..
1. Suami saya kata tanggungjawab seorang suami hanye trhadap ibubapanya sahaja..tanggungjawab terhadap mertua itu hanyalah tokok tambah zaman sekarang.yang mana betul? Then apa hak ibubapasaya?bukankah suami perlu adil trhadap mereka?
2. Kakak ipar saya kate, seorang isteri perlu lebihkan suami dan keluarge suami trmsok adik beradik suami drpd ibu bapanya sdr..tolong sy ustaz..sy berada di keluarge yg ingin memiliki kami sepenuhnya.

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
Ibu bapa mertua adalah seperti ibarat ibu bapa sendiri. Apabila berlakunya perceraian atau kematian hubungan itu tetap kekal dan tidak boleh berlakunya pekahwinan di antara mertua dan menantu.
Tanggungjawab anak adalah menjaga kedua ibu bapanya dan berdosa sekiranya dia mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa mertua. Tanggungjawab itu bukanlah dari tokok tambah zaman sekarang.
Seorang isteri perlu mendapat keizinan suami dalam apa jua hal dan sebagainya. Sekiranya si suami tidak mengizinkan isterinya menziarahi ibu bapanya maka isteri wajib taat kepada perintah suami. Walaubagaimanapun hubungan anak perempuan  dengan ibu bapanya tidak akan putus walau sudah berkahwin.
Si isteri tidak perlu sampai melebihkan adik beradik suami kerana apa yang penting ialah dia wajib mendahulukan suaminya sahaja. Kerana redha suami adalah Redha Allah swt
 
 

8 - Cara Solat Sunat Tahajud

Soalan

assalamualaikum.saya ingin tahu cara solat sunat tahajud. Bolehkan ianya dilakukan secara 4rakaat-4rakaat? Hal ini kerana saya pernah terbaca satu artikel mengatakan solat tahajud boleh dilakukan sedemikian.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam membincangkan persoalan yang berkaitan dengan cara mengerjakan Solat Sunat, adalah lebih afdal sekiranya semua solat sunat yang hendak dikerjakan dilakukan dengan mengerjakannya secara dua raka’at dua raka’at (dua raka’at dan memberi salam).
Oleh sebab itu, Solat Sunat Tahajud juga lebih afdal jika dikerjakan dengan melakukannya secara dua raka’at dua raka’at dan memberi salam. Wallahu 'alam.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP