Powered by Blogger.

Oct 6, 2012

(KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah?

Kami tidak pasti, adakah orang-orang MITI merasakan yang rakyat malaysia sekarang ini masih “diselimuti dengan peluru-peluru di udara” daripada askar Jepun dan British, seperti yang berlaku di zaman penjajah sehingga menyebabkan rakyat lama tak keluar dari rumah dan terputus hubungan telekomunikasi? Adakah orang MITI merasakan rakyat masih mempunyai satu saluran maklumat sahaja seperti di era 90 an dahulu?
“Sekarang ini, adalah zaman iPhone, Google, iPad. Zaman penyaluran maklumat yang cukup pantas….”

Kajian MITI : Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah di ASEAN?

KUALA LUMPUR: Kos keseluruhan pemilikan kenderaan di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau Asean, demikian menurut satu analisis perbandingan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Dalam satu kenyataan hari ini, Miti berkata kos keseluruhan pemilikan kenderaan tersebut mengambil kira kos kenderaan, minyak petroleum, insurans dan cukai jalan.
  • Harga petrol Gred Ron95 di Malaysia dengan subsidi adalah RM1.90 seliter, lebih rendah berbanding Thailand (RM3.80 seliter), Indonesia (RM3.35 seliter), Singapura (RM5.10 seliter), Vietnam (RM3.60 seliter) dan Filipina (RM3.20 seliter).
  • Analisis itu juga menunjukkan purata cukai jalan dan insurans tahunan di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini, dengan cukai jalan tahunan RM398 dan insurans tahunan RM3,062.
  • Cukai jalan dan insurans tahunan di Singapura menunjukkan bacaan tertinggi iaitu RM2,756 dan RM7,960, berbanding Indonesia (RM1,837 dan RM4,593), Thailand (RM459 dan RM6,736) dan Filipina (RM306 dan RM2,847).
  • Hasil analisis itu menunjukkan kos pemilikan kenderaan antarabangsa popular seperti Honda City, Toyota Vios, Honda Civic Toyota Altis, Honda Accord dan Toyota Camry di negara ini berada pada kedudukan terendah berbanding Indonesia dan Thailand.
  • Antaranya, kos pemilikan kenderaan berjenama Honda City di Malaysia, mengambil kira subsidi petrol, adalah RM126,491, lebih rendah berbanding Thailand (RM147,875) dan Indonesia (RM159,963).
  • Kos pemilikan kenderaan berjenama Toyota Vios di sini adalah RM125,361, lebih rendah berbanding RM146,475 di Thailand dan RM147,283 di Indonesia. – BERNAMA
Sebenarnya kami tidak pasti sebenarnya, apa motif sebenarnya berita seperti ini dimuatkan di media arus perdana termasuklah media elektronik dan media cetak. Adakah……..? Erm.
Kenapa semasa nak buat kajian, masih lagi mahu memutar belitkan fakta yang sedia ada. Sepatutnya bandingkan harga kereta dengan harga kereta. Kenapa mahu pusing dengan cuba membandingkan dengan minyak, insurans, cukai kereta….Untuk apa? Apa tujuannya?

Perbandingan Berita Semasa Mengenai Kos pemilikan Kereta di Malaysia Dengan negara ASEAN Yang Lain 

Walaubagaimanapun, jika MITI mahu mengajak rakyat membuat perbandingan seperti yang mereka mahukan, kami akan juga membuat sedikit contoh pengiraan dan perbandingan bersama-sama pembaca Berita Semasa di sini…..
1) Sekarang mari kita bandingkan model Toyota Vios, 1.5 TRD (highest spec) yang mana sumbernya kami semak dan ambil daripada laman web Toyota Malaysia
  • Harga kereta di Malaysia bagi 1.5 TRD Sportivo (AT) : RM92,013.20 (Sumber : http://www.toyota.com.my/vios/#price_details)
  • Harga kereta di Filipina bagi 1.5 TRD A/T : P865,000.00 (Sumber : http://www.auto-searchphilippines.com/ToyotaPriceList.html)
Oleh itu, bagi model kereta 1.5 TRD A/T dengan harga yang dijual di Filipina sejumlah 865,000 Peso, selepas ditukarkan matawangnya kepada Ringgit malaysia adalah sebanyak RM63,687.
Jadi berapa bezanya?
  • Beza RM92,013 – RM63,687 = RM28,326
Nampaknya, bermain kira-kira kita hari ini.
Seterusnya, harga minyak RON95 di Filipina. Mahal, lebih mahal daripada Malaysia. Logik, sebab Filipina tiadak minyak. Malaysia, ada minyak. Berapa harga minyak di sana?
  • secara puratanya sekitar P54/L = RM4/L (Sumber : http://www.alternat1ve.com/philippine-gas-prices.php)
Beza harga minyak RON95 antara Malaysia dengan Filipina (Manila) :
  • RM1.90/L berbanding P54/L(RM4/L) = RM2.10
Berdasarkan dua perkiraan di atas, kita boleh perhatikan di sini beza harga vios di Filipina berbanding dengan Malaysia adalah sebanyak RM28,326 dan beza harga ron95 sebanyak RM2.10 yang mana mampu menampung sehingga 13,488L pembelian RON95 sebelum mencapai tahap “break even” kos penggunaan kereta vios antara Filipina dan Malaysia. Jelas?
Secara puratanya penggunaan minyak bagi model kereta Vios contohnya adalah sekitar 13.5km/L. Adakah pemilik kereta Vios di sini?
  • Toyota Vios 1.5G Mixed-HWay + city 13.5 km/L (sumber : http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=22279&st=280)
Ini bermakna pemanduan Vios di Filipina boleh dipandu sekurang-kurangnya sejauh 13,488L  x 13.5 = 182,088km sebelum Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) boleh merumuskan bahawa kos penggunaan kereta di Malaysia lebih murah berbanding dengan negara Asean yang lain.
  • Kos pembayaran tol MITI ada masukkan di Malaysia dalam pengiraan perbandingan kos pemilikan kereta di malaysia. Sila bandingkan dengan negara Thailand. Boleh?
  • Adakah MITI tidak mengetahui yang kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini terpaksa membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun dan ada yang lebih daripada itu. Pinjaman kereta tidak kira “interest”?
  • Mengapa MITI menukarkan matawang mereka kepada Ringgit Malaysia? Adakah gaji mereka dalam Ringgit Malaysia?
  • Adakah MITI tidak sedar semasa membuat perbandingan seperti apa yang mereka mahukan, di mana rakyat Thailand hanya perlu bayar cukai jalan sekali sahaja seumur hidup untuk kereta tu bukannya setiap tahun.
  • Dan kenapa membuat perbandingan harga minyak dengan negara pengimport minyak? Malaysia pengeksport minyak. ada beza di situ. Kenapa menyisihkan Brunei dalam perbandingan seperti ini?
Berkenaan negara Singapore, apa yang kami ingin sentuh di sini jikalau nak membuat perbandingan janganlah menukarkan matawang mereka kepada matawang Malaysia.. Sepatutnya pengiraan dibuat mengambil kira pendapatan per kapita rakyat negara Singapore dahulu menggunakan Sing dolar.
  1. Mereka tinggal di Thailand, mereka menjana pendapatan melalui matawang Baht baht. Mereka berbelanja pun dalam Baht.
  2. Mereka tinggal di Filipina, mereka menjana pendapatan  melalui matawang Peso. Mereka berbelanja pun dalam peso.
  3. Mereka tinggal di Singapore, mereka menjana pendapatan  melalui matawang Sing Dolar. Mereka berbelanja pun dalam Sing Dolar.
Isu utamanya isu utamanya hanyalah harga kereta yang terlalu mahal disebabkan cukai yang melampau yang dikenakan ketika ini.
  • Penyelesaian pertama >>>> ….rakyat boleh membayar harga kereta selama 9 tahun @
  • Penyelesaiaan kedua >>>> ….rakyat boleh membeli kereta pada kadar berpatutan apabila cukai eksais & duit import diturunkan
Kami lebih senang jika perbandingan dibuat berdasarkan harga kereta antara negara untuk mengetahui harga kereta “on the road”. Maksudnya untuk mengetahui harga kereta yang sepatutnya telah memberikan keuntungan kepada syarikat..dan untuk mengetahui cukai yang dikenakan oleh kerajaan kerana nilai cukai ini menggambarkan prestasi, pengurusan dan halatuju oleh sesebuah kerajaan.
P/S : Apa kata pengguna kereta di Malaysia pula? Benarkah kos pemilikan kereta berpatutan bagi anda?

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP