Kopi baik untuk kesihatan & kecantikan
Walaubagaimanapun, jangan sangka kelebihan kopi hanya pada haruman serta rasanya sahaja kerana ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Bukan hanya lidah kamu sahaja
Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astringent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.
Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.
Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan
Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.
Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.
Dalam bidang kecantikan pula,rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi. Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.
0 comments:
Post a Comment