SEBUAH portal berita Internet yang penulis perasan, giat memainkan isu berkaitan dengan krisis air yang dijangka berlaku di Selangor ini.
Tak tahu apa motif sebenar, portal ini penulis lihat bijak memainkan peranannya dalam menimbulkan ketakutan rakyat berhubung krisis air yang dijangka akan melanda negeri tersebut dalam jangka masa terdekat.
Apa pun, yang menjadi kebimbangan penulis, portal berita ini bukan setakat bercakap, tapi turun menyiasat sendiri beberapa empangan di Selangor yang kebetulan sedang menunjukkan penurunan paras air yang ketara.
Terutama Empangan Sungai Selangor.
Kalau menyatakan yang betul, penulis tidak nampak masalahnya. Kalau dah memang paras air kurang, kuranglah, nak buat macam mana?
Penulis sudah sebutkan dulu, penurunan air empangan tidak sepatutnya dikaitkan dengan kerajaan negeri kerana itu diluar kemampuan mereka untuk menentukan hujan turun atau tidak.
Lagipun, kalau paras air empangan yang ini turun, Selangor masih mempunyai 5 lagi empangan (kecuali Empangan Batu untuk tujuan pertanian) yang boleh digunakan untuk menampung kekurangan tersebut.
Tapi, janganlah merekacipta perkara tidak ada untuk memburukkan keadaan. Antaranya, dengan mengubahsuai gambar mengenai paras air yang semakin turun, sedangkan rakyat Selangor rata-rata melihat hujan turun hampir setiap hari!!
Ini bukan perkara main-main tapi dakwaan serius. Penulis sudah membuat kajian dan mendapati memang gambar tersebut telah diubah suai berikutan perbezaan piksel yang ketara antara beberapa bahagian dalam gambar tersebut.
Hasil kajian tersebut adalah dibawah:-
Keterangan gambar:
- Gambar yang asal di sebelah kiri menunjukkan 2 buah bukit, tapi dalam gambar yang diedit di sebelah kanan menunjukkan 1 bukit sahaja.
- Perbezaan piksel yang ketara antara air dan tanah. Ini bukan perbezaan kontras tapi piksel.
- Ada garis ‘hijau’ yang tidak kelihatan pada gambar yang asal., selain bacaan yang tidak jelas.
Semua ini nampak tidak membantu untuk mengatasi masalah ini (jika ia benar-benar wujud masalah lah). Lagipun rata-rata rakyat di Selangor tidak mengalami masalah bekalan, kecuali beberapa kawasan di sekitar Klang dan satu dua kawasan yang lain.
Selain dari itu, tidak ada masalah.
Jadi sejauh mananya betul dakwaan portal berita tersebut bahawa Selangor bakal menghadapi masalah bekala air yang serius? Bukankah media arus perdana pernah menyiarkan, kalau empangan penuh pun tidak bermakna bekalan air terawat cukup.
Itu saja memberi maksud bahawa paras air empangan semata-mata, tidak memberi kesan kepada bekalan air terawat yang disalur ke rumah penduduk!!
Penulis berharap, portal berita tersebut lebih berhati-hati dan bertanggungjawab atas berita yang dikeluarkan mereka. Soal ini berkaitan dengan makan minum rakyat, oleh yang demikian janganlah ia dijadikan isu besar yang seterusnya boleh menimbulkan kepanikan dan kekecohan.
Politik, politik juga, tapi perlu kena dengan caranya.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=52065
0 comments:
Post a Comment