Feb 23, 2013
Feb 22, 2013
UMNO JADI PEMBANGKANG UNTUK KEBAIKAN
Feb 19, 2013
Sebelas Cara Setan Masuk Dalam Diri Manusia
Read more...
Feb 18, 2013
Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!
Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013
- Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
- T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
- Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
- Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
- Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
- Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
- Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
- Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
- Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
- Ong Beng Seng (RM4.016) (Hotel Properties Ltd)
- Tan Sri Azman Hashim (RM3.84) (Arab-Malaysian Corp)
- Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467) (YTL Group)
- Datuk Mokhzani Mahathir (2.669) (SapuraKencana Petroleum)
- Tan Sri Vincent Tan (RM2.256) (Berjaya Group)
- Datuk Desmond Lim (RM1,869) (Pavilion REIT)
- Datuk Lee Yeow Chor (RM1,742.47) (IOI Group)
- Lee Yeow Seng (RM1.699) (IOI Group)
- Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
- Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64) (Sapura Group)
- Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64) (Sapura Group)
- Hak ekslusif perjudian
- Perolehan AP gula, kereta yang cukup ekslusif kepada mereka. Akhirnya apa jadi?
- Hak milik tanah dilanjutkan.
- Menikmati subsidi gas yang tinggi untuk penjanaan bisnes elektrik mereka (IPP)
- Dah jana elektrik, jual pula kepada TNB harga mahal. Akhirnya siapa yang terbeban? Menjadi kaya dengan cara menindas golongan bawahan patutkah?
- Perjanjian berat sebelah
- Jaminan bailout, jaminan untung
- Kebenaran monopoli sesuatu lapangan perniagaan di Malaysia
- Tender rundingan terus (direct nego). Ada yang tiada kepakaran tetapi diberikan juga projek tersebut bernilai berbilion ringgit. Akhirnya selepas menang, bukan nya mereka yang buat sistem itupun, tetapi diberikan pula kepada syarikat lain yang berpengkalan di Britain. (SUMBER? KLIK SINI). Indahnya kapitalis ini buat duit di Malaysia.
- Ada lagi anda mahu tambah?
Sejarah IPP di Malaysia (KLIK SINI)
- mewujudkan lebih daripada 1000 jutawan di Malaysia?
- atau hanya berbangga dengan kewujudan segelintir Bilionaire di Malaysia?
Feb 16, 2013
NABI ZAKARIA AS & NABI YAHYA AS
Nabi Zakaria, ayahnya
Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya,
saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah
orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar
hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa
keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga
dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran
dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka
tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya,
bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan
kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan
perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan
hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran
Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga
mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan
seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin
dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan
kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang
dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa
sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah
kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya
Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil
di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam
dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula
berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah
lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang
sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta memusatkan
fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan
khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut
berucaplah ia dalam doanya: "Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera
yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang
akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku
khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan
rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati tanpa seorang
pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi
lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang
perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan
dan aku tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu
mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."
Allah
berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi
khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama
Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin
yang diikuti bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta
akan menjadi seorang nabi."
Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana
aku akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan
yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya."
Allah
menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah
bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu
belum ada sama sekali?"
Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku
akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung." Allah berfirman:
"Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia
selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah
nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi
hari."
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh
Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih
kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua ora
ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik
pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah
yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan
badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya
cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai
soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat
bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam
mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula
menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran
dan melawan kebathilan.
Ia selalu menganjurkan orang-orang yang
telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya
mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana
hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi
Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia
dijuluki "Yahya Pembaptis".
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa
Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama
Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping
dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan
seluruh anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi
Yahya menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak
boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang
mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita
rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang
melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan
orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik
calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang
telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa
saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi dan pendapat
dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya
Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan
terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan
diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa
pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah
disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi
masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan
bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa
saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut
rencana. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi
mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara.
Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak
lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku, apakah yang dapat aku
berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu,
kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat
yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah
kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala
keperluan dan keinginanmu."
Herodia menjawab: "Bila Tuan Raja
berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku
datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu
ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita
dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala
tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya
hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan
permintaanku ini".
Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan
hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi
permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk
kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan
panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah
kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan
kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa
hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan
utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannta telah
tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas
dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
Cerita
tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran,
surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga
ayat 41 dan surah Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90.
Feb 10, 2013
Lompat Tali Cara Mudah Bakar Kalori.Baik Untuk Jantung
Cara Praktikal Lompat Tali Yang Betul
- Lakukan aktiviti memanaskan badan & aktiviti regangan.
- Memastikan sukatan tali skipping mengikut ketinggian & kesesuaian masing-masing. (Pegang kedua-dua belah hujung tali & pijak tali tersebut. Kedua-dua hujung tali mesti berada diantara paras ketiak dan paras bahu anda)
- Cara memegang tali skipping ialah dengan meletakkan hujung “haddle” di tengah tapak tangan & genggam “handle” tersebut. Siku mestilah rapat dengan badan & pergelangan tangan hendaklah berada lebih kurang 20 hingga 35 cm dari badan & perlu sedikit ke bawah pinggang.
- Permulaan Melompat Tali :
- Hayunkan tali & pusing tali di sisi anda.
- Jika anda rasa sudah selesa, anda harus melompat setiap kali tali yang dipusingkan telah mencecah ke lantai. Anda digalakkan melompat tidak melebihi 30 cm. Untuk permulaan sila pastikan anda melompat dengan “bounce” untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
- Aktiviti menyejukkan badan “cooling down” perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebarang kecederaan berlaku
Read more...
Feb 8, 2013
Dapur Guan Eng
Tetapi cuba pandang sedikit ke belakang dan lihat ruang dapurnya yang serba sederhana itu. Rak plastik yang bersepah dijual di pasar borong. Kain lap yang selalunya dijual lima helai sepuluh ringgit di pasar malam. Siap ada lesung batu yang terceruk. Pemimpin yang rendah hati dan baik budi inilah yang ditohmah siang malam dengan fitnah yang akhirnya dibuktikan tidak benar di mahkamah.
Bayangkan pula dapur pemimpin BN. Bayangkan Najib Razak menumbuk sambal belacan. Bayangkan isterinya sedang potong bawang. Mampu?
Benar, perjuangan ini adalah perjuangan kelas. Yang kaya semakin kaya, yang miskin dibaginya RM500 sudah mahu tunduk sujud menggadai masa depan. Yang kaya rompak harta negara, yang miskin dapat tengok PSY menari sudah melompat-lompat sayang ke Perdana Menteri. Pembodohan dan kebuntuan begini yang mesti kita lawan.
Tidak BN, undi kami orang Pulau Pinang tidak boleh dibeli dengan ang pau dan tarian Korea. Harga diri kami lebih tinggi daripada itu. Teruskanlah merancang bagaimana caranya untuk menawan kembali Pulau Pinang. Pergilah tidur dan bermimpi. Mudah-mudahan kalian mendapat ilham.
~roketkini.com Read more...
Feb 7, 2013
NABI MUHAMMAD SAW
Pada waktu umat manusia
dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah,
lahirlah seorang bayi pada 12
Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa
perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia.
Bapa bayi tersebut
bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda
dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu.
Ibunya
bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh
kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad,
nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad
disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba,
budak suruhan Abu Lahab
sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan
bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah.
Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin
Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad
seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad
ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak
diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu
kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal
selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda
kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada
usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul
sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk
membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari
akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan
kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah.
Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh
ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah
selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan
jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas
itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk
baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa
anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka
ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh
bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta
tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah,
Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan
rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa
dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka
sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia
lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh
Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad
sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang
dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu
sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu
sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah
Ad-Dhuha, 93: 6-7)Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya
bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia
lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul
Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai
keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan
berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan
minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah
yang dalam kesusahan.Muhammad diasuh oleh Abu Talib
Selepas
kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk
menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu
berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang
paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib
menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia
juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada
suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu
Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian
yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib
tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam
kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya
diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib
tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut.
Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai.
Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda
mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar
sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh
penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas
sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan
kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang
kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh
dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi.
Baginda terhindar
daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan
iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda
disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah
binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda
melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat
tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai
seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin
dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang
berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima
lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah
lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.Turunnya Wahyu Pertama
Pada
usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat
sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira'
dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia
pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya
membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah
pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang
cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih,
diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian
baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum
kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk
Makkah yang menyembah berhala.
Khadijah isterinya adalah wanita pertama
yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah
lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang
sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya
sahaja.Dakwah Secara Terang-terangan
Setelah
turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara
terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam
secara lebih meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara
terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan
berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)
Namun
begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh
baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu
Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia
selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan
keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum
Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya.
Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai bapa saudaraku,
andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di
tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan
menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau
aku binasa kerananya"
Baginda menghadapi pelbagai tekanan,
dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk
Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan
Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para
sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan
Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.Wafatnya Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah
amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum
Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka
nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat
pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah
jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya
untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat
baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga bapa saudara
baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia.
Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana
kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.Hijrah Ke Madinah
Tekanan
orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas
kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil
keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir
Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan
meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin
manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan
baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah
negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.Negara Islam Madinah
Negara
Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum
Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan
Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga
menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran
dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik
sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang
saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian
bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang
melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan
merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan.
Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar
undang-undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan
kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi
agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali
ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam.
Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H),
Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk
(630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada
tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara
penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu,
negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah
berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000
orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh
Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya
mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan
haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah
menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda
baginda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah
bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu
keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara
kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah
tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat
selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu,
iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w
Baginda
telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah.
Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan
pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar
dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan
berkebolehan.
Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia
sepanjang zaman.
sumber kisah25 nabi
Nabi Nabi dan Rasul
Mukaddimah.
Di dunia ini telah banyak Nabi dan Rasul telah diturunkan, tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah sebanyak 25 Nabi dan Rasul, yaitu :
Feb 5, 2013
Laporan Khas: Apa Jadi Dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur Sekarang?
Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk peningkatan kesedaran serta memupuk semangat jati diri dan rasa bangga yang lebih tinggi sebagai warga Wilayah Persekutuan.
Namun di sebalik semua itu, ada beberapa perkara yang nampaknya kita, terutama pihak berkuasa, terlepas pandang!
Untuk rekod, kawasan sekitar Pasar Budaya (merangkumi Jalan Silang, Lebuh Pudu, Jalan Hang Lekiu, Jalan Pintas, Bangkok Bank, Jalan Tun H.S Lee dan beberapa jalan lagi) boleh dikatakan suatu ketika dulu pusat dan nadi ibu kota Kuala Lumpur.
Ia bukan saja menjadi tempat tarikan pelancong di dalam, tetapi juga di luar negara.
Apatah lagi kedudukannya yang strategik berhampiran terminal bas Puduraya dan Dataran Merdeka.
Selain itu terdapat deretan bangunan komersil termasuk bank-bank yang ‘menghiasi’ kawasan tersebut
Tetapi kini, kawasan yang suatu ketika dulu menjadi tumpuan ramai, telah berubah ‘lanskapnya’ sama sekali.
Lokasi tersebut kini seakan-akan di Dhaka, Kathmandu dan Yangon dengan kewujudan bagai cendawan premis perniagaan dipercayai milik warga asing berkenaan yang menguasai sekitar 80 peratus perniagaan di situ.
Kini ramai warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal memenuhi kawasan berkenaan terutama ketika hujung minggu dan cuti umum.
Perlu ditegaskan di sini, tidak ada salah untuk warga asing ini mengunjungi kawasan tersebut kerana tidak ada undang-undang yang melarang mereka berbuat demikian, mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan sosial seperti orang lain.
Namun ADALAH SALAH SAMA SEKALI jika mereka melanggar peraturan dan undang-undang termasuk mencemari sensitiviti masyarakat tempatan dengan menjadikan tempat tersebut seperti ‘mak bapa mereka yang punya!’
Berita selanjutnya...Disisni....
Read more...
Feb 4, 2013
Awasi Tawaran Biasiswa Palsu - Kedutaan Jepun
Feb 3, 2013
Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru-Hara, Bankrap!!
Ramalan Datuk Seri Najib Razak
- Mata wang jatuh : Kenapa mata wang boleh jatuh pula? Kebiasaannya mata wang akan jatuh disebabkan krisis ekonomi. Krisis ekonomi Asia yang berlaku sekitar tahun 1998 – 1999 dahulu agak teruk, berapa banyak yang terpaksa gulung tikar. Adakah disebabkan bertukar kerajaan?
- Inflasi meningkat : Inflasi meningkat disebabkan kenaikan harga barangan. Sekarang ini inflasi di Malaysia dalam keadaan trend yang semakin meningkat naik yang mana kuasa beli semakin mengecil (KLIK SINI). Adakah semua ini berlaku disebabkan bertukar kerajaan?
- Sektor perlancongan lumpuh : Lazimnya, apa yang kami sedia maklum selama ini biasanya kalangan pelancong takut datang ke sesebuah negara adakah disebabkan faktor-faktor seperti bencana alam, perang, rusuhan, wabak penyakit. Adakah tetap juga dikatakan bertukar kerajaan sebagai faktor kejatuhan sektor perlancongan?
- Keselamatan negara tidak terjamin: Adakah semata-mata disebabkan bertukar kerajaan?
“Keeping people hopeless and pessimistic – see I think there are two ways in which people are controlled – first of all frighten people and secondly demoralize them” – Tony Benn“An educated, healthy and confident nation is harder to govern” – Tony Benn
![Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru Hara, Bankrap!! Tukar Kerajaan Chua Soi Lek Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru Hara, Bankrap!!](http://beritasemasa.com/wp-content/uploads/2013/02/Tukar-Kerajaan-Chua-Soi-Lek.jpg)
Harapan kami, tolonglah hentikan perbuatan yang kami anggap telah menghina “pemikiran” rakyat Malaysia ini. Sekarang sudah abad ke 21? Takkanlah masih lagi menggunakan cara politik di zaman abad ke 19 lagi?
- Bursa Malaysia akan jatuh 500 mata. Sampai begitu sekali?
- Pas akan melaksanakan undang-undang hudud dan menubuhkan sebuah negara Islam. (yang ditujukan khas kepada bangsa Cina)
- PAS akan menutup Genting (Highlands) dan Bursa Malaysia. (BUTIRANNYA DI SINI)
- Akhir sekali, dasar populis Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan tol dan pinjaman PTPTN, menyediakan pendidikan percuma (KLIK SINI) dan isi rumah pendapatan bulanan paling minimum RM4,000 untuk 3800000 keluarga, akan menyebabkan kos negara melambung sejumlah RM200 bilion setahun sekaligus negara boleh bankrap dalam masa 2 tahun sahaja.
Sumber : The Star
Peringatan Tun Mahathir Kepada Rakyat Malaysia
Dalam erti kata lain, undilah Barisan Nasional…“Jangan silap beri undi”
Bagi kami kenyataan Tun Mahathir ini amat bahaya kepada demokrasi negara. Jikalau kerajaan tidak boleh diubah sama sekali, ini sebenarnya merupakan bencana kepada perjalanan demokrasi negara. Pilihanraya juga satu bencana. Secara logiknya, jikalau bertukar kerajaan memberikan masalah besar dan berbahaya kepada rakyat, apa perlunya diadakan pilihanraya?
Koleksi Gambar Najib Razak ketika Lawatan di Kedah
![Risiko Tukar Kerajaan Risiko Tukar Kerajaan Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan PRU Ke 13! Inflasi Naik, RM Jatuh, Huru Hara, Bankrap!!](http://beritasemasa.com/wp-content/uploads/2013/02/Risiko-Tukar-Kerajaan.jpg)
Blog Archive
-
▼
2013
(49)
-
▼
Feb
(14)
- Isu Pemberian BR1M yg di putar....
- UMNO JADI PEMBANGKANG UNTUK KEBAIKAN
- Sebelas Cara Setan Masuk Dalam Diri Manusia
- Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yan...
- NABI ZAKARIA AS & NABI YAHYA AS
- Lompat Tali Cara Mudah Bakar Kalori.Baik Untuk Jan...
- Dapur Guan Eng
- NABI MUHAMMAD SAW
- Nabi Nabi dan Rasul
- Laporan Khas: Apa Jadi Dengan Pusat Bandar Kuala L...
- Awasi Tawaran Biasiswa Palsu - Kedutaan Jepun
- Rakyat & Malaysia Dalam Bahaya Jika Tukar Kerajaan...
- Bergerak yang Membatalkan Solat
- MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W.
-
▼
Feb
(14)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSBx_SG_9s6TwZVmh17CPZerR8GT_-erSdNpww8YQJwdcN9884rc280AMqkH9qYIIWfhCMPjxYer8NM7Frj1Lso96LKqacno2DBy2ThM0cq7GUozuj-NjH-cqKh6NvFzjUiEgexCzJOXX2/s1600/sujud+tilawah.png)
Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
![Bacaan Duduk Antara 2 Sujud](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcSToDAJqzlsM8bz2dyAlG9VPO3hWgQdJCG6T2zoZn-ljnPT2JJ52jR5XHIiqKLPglds2kMUzQ_M9K0ASKuQaxMUSTZlCGCmN40NprziqT4vODq93kRjBsXqPiN74u6RRldybMdvjaVkly/s1600/424576_10151275034669274_1335547030_n.jpg)