Powered by Blogger.

Feb 4, 2013

Awasi Tawaran Biasiswa Palsu - Kedutaan Jepun


KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di sini menasihati rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan tawaran Biasiswa Monbukagakusho kerajaan Jepun dan peluang melanjutkan pelajaran di negara tersebut yang dibuat melalui e-mel dan Internet.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, ia berkata dari laporan beberapa kedutaan Jepun di Afrika, beberapa pertubuhan yang tidak dikenal pasti telah menyebar maklumat mencurigakan tentang tawaran biasiswa itu.
"Apabila dihubungi semula, pertubuhan berkenaan meminta bayaran deposit atau jaminan deposit," katanya.
Kenyataan itu berkata kerajaan Jepun ingin memaklumkan bahawa tawaran biasiswanya hanya dilakukan melalui kedutaan, konsul jeneral atau universiti Jepun sendiri.
Kedutaan Jepun di luar negara tidak pernah meminta sebarang bentuk bayaran deposit bagi permohonan biasiswa, katanya dan menambah sebarang maklumat lanjut perlu diperoleh dari kedutaan Jepun. - BERNAMA

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP