Powered by Blogger.

Feb 18, 2013

Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!



Orang terkaya di Malaysia 2013 : Kami sedikit pun tiada masalah untuk sesiapa untuk menjadi kaya atau orang terkaya di Malaysia. Sesiapa berhak untuk menjadi jika seseorang itu rajin, tidak cepat berputus asa, komited terhadap usahanya dan paling penting menjadi kaya tanpa menindas golongan bawahan.

Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013

  1. Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
  2. T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
  3. Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
  4. Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
  6. Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
  9. Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
  10. Ong Beng Seng (RM4.016) (Hotel Properties Ltd)
  11. Tan Sri Azman Hashim (RM3.84) (Arab-Malaysian Corp)
  12. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467) (YTL Group)
  13. Datuk Mokhzani Mahathir (2.669) (SapuraKencana Petroleum)
  14. Tan Sri Vincent Tan (RM2.256) (Berjaya Group)
  15. Datuk Desmond Lim (RM1,869) (Pavilion REIT)
  16. Datuk Lee Yeow Chor (RM1,742.47) (IOI Group)
  17. Lee Yeow Seng (RM1.699) (IOI Group)
  18. Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
  19. Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64) (Sapura Group)
  20. Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64) (Sapura Group)
Terus terang kami tidak  cemburu sekalipun dengan mereka-mereka di atas. Tiada sebab untuk kami bertindak begitu apatah lagi ada di antara yang tersenarai antara kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 disebabkan usaha sendiri yang keras selama ini
Tetapi ada juga kalangan taikun di atas yang boleh kami katakan ibarat jenis kapitalis bertongkat, yang acapkali disuap dan dibantu “atas nama persahabatan”. Mereka-mereka ini sebenarnya bukannnya berdiri seperti yang ada sekarang ini atas 100% usaha sendiri. Acapkali kerajaan menyediakan “silver plate” untuk mereka menjadi lebih kaya dan bertambah kaya.
Kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 yang sebegini yang kami perlu hormat? Kami pulangkan persoalan ini kepada anda.
Macam-macam polisi yang membantu menyenangkan perniagaan dan usaha mereka untuk menjadi lebih kaya selama ini. Sehingga ada menyebabkan rakyat Malaysia merasa tempias kesusahannya :
  1. Hak ekslusif perjudian
  2. Perolehan AP gula, kereta yang cukup ekslusif kepada mereka. Akhirnya apa jadi?
  3. Hak milik tanah dilanjutkan.
  4. Menikmati subsidi gas yang tinggi untuk penjanaan bisnes elektrik mereka (IPP)
  5. Dah jana elektrik, jual pula kepada TNB harga mahal. Akhirnya siapa yang terbeban? Menjadi kaya dengan cara menindas golongan bawahan patutkah?
  6. Perjanjian berat sebelah
  7. Jaminan bailout, jaminan untung
  8. Kebenaran monopoli sesuatu lapangan perniagaan di Malaysia
  9. Tender rundingan terus (direct nego). Ada yang tiada kepakaran tetapi diberikan  juga projek tersebut bernilai berbilion ringgit. Akhirnya selepas menang, bukan nya mereka yang buat sistem itupun, tetapi diberikan pula kepada syarikat lain yang berpengkalan di Britain. (SUMBER? KLIK SINI). Indahnya kapitalis ini buat duit di Malaysia.
  10. Ada lagi anda mahu tambah?
Jikalau rakyat diberikan subsidi dianggap “jelek” oleh pemerintah, tetapi mereka ini telah diberikan pelbagai insentif dan bantuan setelah sekian lamanya. Istilah berlainan tetapi peranan & faedahnya masih sama.
Individu Kaya Malaysia Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2013. Taikun Yang Usaha Sendiri VS Kapitalis Bertongkat (Minda Subsidi)!
Sejarah IPP di Malaysia (KLIK SINI)
Kami sedikit pun tidak percaya kekayaan negara diagihkan untuk sebilangan kecil rakyat Malaysia yang “terdekat” & “terpilih”. Mana satu lebih baik?
  1. mewujudkan lebih daripada 1000 jutawan di Malaysia?
  2. atau hanya berbangga dengan kewujudan segelintir Bilionaire di Malaysia?
Apatah lagi melihatkan beban hutang terkumpul mereka yang dijamin oleh kerajaan sekarang sangatlah tinggi. Berapa jumlah terkumpul hutang mereka yang diajmin kerajaan? (KLIK SINI).
Mahukah kita melihat senario yang disebabkan Tan Sri Halim Saad di bawah Kumpulan Renong sekitar 14-15 tahun dahulu sehingga meninggalkan liabiliti besar kepada negara berulang lagi (SUMBER? KLIK SINI)?
Apa pandangan balas anda pula dengan senarai orang terkaya di Malaysia 2013 kali ini?

0 comments:


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP