Powered by Blogger.

Nov 6, 2008

Najib huraikan rasional pakej rangsang ekonomi RM7 bilion

Rabu November 5, 2008


Najib huraikan rasional pakej rangsang ekonomi RM7 bilion

BERIKUT IALAH TRANSKRIP SOAL JAWAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MELALUI "RANCANGAN ISU KHAS PELAN RANGSANGAN FISKAL" DI SALURAN RTM2 MALAM INI. BELIAU DITEMUBUAL OLEH KETUA PENGARAH INSTITUT STRATEGIK DAN PENGAJIAN ANTARABANGSA MALAYSIA DR MAHANI ZAINAL ABIDIN, PENOLONG EDITOR PERNIAGAAN TV3 GAN AI LENG DAN PENGACARA RTM SAYED MUNAWAR SAYED MUSTAR......

S: Apakah asas falsafah kepada pakej rangsangan yang dibentangkan semalam?

J: Kita memberikan suntikan kepada ekonomi dalam keadaan ekonomi menerima tekanan daripada ekonomi luaran. Langkah yang tepat ialah untuk membuat suntikan bukan untuk mengurangkan perbelanjaan. Sebab itulah kerajaan memutuskan supaya kita memberikan suntikan dalam bentuk pakej rangsangan fiskal dan kita mengenal pasti dua kriteria iaitu kita mesti belanja ke arah projekprojek yang ada kesan multiplier yang besar dan kedua ialah kita mesti menambahkan pendapatan rakyat dan sekaligus membela kesejahteraan rakyat. Jadi tidak tepatlah kalau kita kata bahawa pakej rangsangan fiskal ini kita beri pada industri sahaja. Sebab, kalau kita lihat, kita bagi pada bidang pembinaan, kita buat rumah. Siapa yang dapat keuntungan? Kita buat jenis rumah kos rendah dan sederhana termasuk 12,000 PPRT. Tentu sekali rakyat yang termiskin akan mendapat faedah dan yang kedua kontraktorkontraktor kecil di peringkat daerah dapat faedah. Dan dengan ini, pusingan kewangan dalaman ekonomi domestik kita akan menjadi lebih rancak lagi.

S: Datuk Seri, nampaknya kali ini kerajaan telah memperkenalkan langkahlangkah untuk mengembangkan ekonomi dengan memberi suntikan terus kepada rakyat. Jadi, adakah ini opsyen yang hanya ada atau pun kenapa kita tidak menggunakan opsyen lain seperti meningkatkan eksport dan sebagainya

J: Sebenarnya, dalam pada krisis 1997 dulu, krisis itu dikenali sebagai "Asian Financial Crisis", ekonomi di negaranegara maju di barat tidak mengalami krisis dan boleh menerima peningkatan eksport daripada negaranegara Asia. Tetapi pada kali ini, ia menjadi terbalik kerana punca krisis ini datang daripada negaranegara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Jadi kemampuan mereka untuk menempah eksport tambahan adalah terhad dan malah akan menurun.Jadi pemulihan eksport tidak merupakan satu opsyen yang boleh kita lakukan. Opsyen yang terbaik pada hemat kerajaan ialah untuk menentukan supaya penggunaan domestik dapat kita tingkatkan. Kalau kita dapat tingkatkan penggunaan domestik, maknanya kita dapat menentukan masih ada momentum dalam ekonomi tempatan dan kita boleh mencapai pertumbuhan ekonomi yang munasabah.. tidaklah setinggi tahun ini. Tahun ini, kita menjangkakan lima peratus. Tahun depan, saya dah mengumumkan andaian unjuran baru semalam iaitu 3.5 peratus. Itu merupakan satu pencapaian yang munasabah dan realistik.

S:Datuk Seri, adakah suntikan RM7 bilion mencukupi untuk mengharungi krisis kewangan global yang semakin serius?

J: Kita mesti ada imbangan. Kita tidak boleh membenarkan fiskal defisit kerajaan terlalu tinggi. Sebab itu, di dalam pekiraan kita, kalau defisit itu kita dapat kekalkan pada 4.8 peratus di mana tahun ini, itu merupakan tahap yang boleh diterima mengikut piawaian atau penanda aras antarabangsa dan tidak memberi kesan yang negatif kepada rating kita, kepada mata wang atau ringgit. Walau pun kita boleh menambahkan lagi, mungkin RM10 bilion atau RM12 bilion, ia akan membawa kesan kepada defisit fiskal kerajaan. Jadi sebab itulah, jalan yang kita pilih ini ialah untuk mengekalkan defisit pada 4.8 peratus tetapi kita boleh memberi suntikan RM7 billion pada ekonomi negara.

S: Bila bercakap mengenai soal RM7 bilion tadi yang bersumberkan daripada penjimatan subsidi dan kita tahu penjimatan subsidi juga bersifat turun naik (fluctuating) kerana bergantung kepada harga komoditi semasa. Bagaimana jika pasaran harga itu menentukan sama ada penjimatan itu lebih atau kurang dari RM7 bilion?

J: Kita sudah mengandaikan harga minyak dalam lingkungan AS$80 setong.Jadi itu merupakan andaian yang munasabah untuk tahun depan. Jadi kita merasa optimis bahawa apa yang kita sudah unjurkan itu boleh mempertahankan pakej rangsangan kita ini. S:Datuk Seri, kerajaan menganggarkan pertumbuhan ekonomi tahun depan pada 3.5 peratus. Tetapi, terdapat juga unjuranunjuran lain yang lebih rendah. Dari manakah kekuatan ekonomi Malaysia untuk berkembang pada 3.5 peratus

J: Asas keyakinannya, kita tengok tahun ini. Tahun ini, tiada sesiapapun nafikan kita boleh mencapai lima peratus. kalau kita boleh mencapai lima peratus tahun ini, maknanya ekonomi kita masih ada momentum lagi untuk membawa ke tahun hadapan. Bila kita tambahkan dengan pakej rangsangan fiskal ini, maknanya adalah intervensi kerajaan. maka pertumbuhan pada kadar 3.5 peratus itu, boleh dicapai.

S: Apa pandangan Datuk Seri mengenai sasaran kumpulan perbankan terbesar di Eropah, UBS yang mengatakan bahawa pertumbuhan KDNK negara dijangka sifar pada tahun depan

J: Mereka pun boleh membuat kesilapan juga. Mereka tak dapat andaikan masalah besar di Amerika Syarikat dan Eropah umpamanya. Kerajaan masih yakin, 3.5 peratus boleh dicapai. Tetapi dengan suntikan pakej rangsangan fiskal yang dibentangkan semalam. dengan syarat tidak ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada ekonomi luaran. Kalau ada satu yang begitu hebat tekanan, itu lain cerita. Tetapi dalam keadaan yang kita dapat lihat, keadaan yang menurun dan tidak begitu teruk, kita masih boleh mencapai 3.5 peratus.

S: Dalam kata lain, rangsangan yang dicadangkan ini tidaklah eksotik, bergantung kepada keadaan semasa, kita akan respons positif terhadap apaapa jua yang berlaku

J: Ya, kita masih ada keanjalan untuk membuat penyelarasan.

S: Ini menariknya. Kalau di dalam pemerhatian kita sejak 10 tahun lepas, Datuk Seri, terlalu banyak pandangan yang skeptik tapi akhirnya kita terbukti apa juga fungsi yang diperkenalkan oleh kerajaan itu memberikan hasil. Kalau boleh kita pergi kepada sedikit spesifik terhadap sektorsektor rangsangan yang dibawakan semalam. RM1.5 bilion untuk rangsangan FDI. Dalam keadaan krisis semasa ini merupakan krisis di peringkat global, jadi kita memperuntukkan RM1.5 bilion untuk menjana pendapatan daripada FDI. Jadi, apa sasaran kita setelah America Syarikat menghadapi kemelutan sedangkan mereka adalah rakan dagangan antara yang terbesar bagi negara kita. Ke mana sasaran RM1.5 bilion ini untuk menarik FDI

J: Kita telah berjaya sebelum ini pun menarik syarikatsyarikat yang terkemuka seperti Dell, Hewlett Packet, Syntium dan lainlain lagi. Maknanya sama ada dalam bidang ICT, pusat data, mewujudkan pusat data atau pun dalam bidang aeroangkasa, dalam bidang solar dan sebagainya. Ini merupakan industriindustri yang dapat memberi impak yang besar kepada ekonomi negara dari segi nilai pelaburan, dari segi teknologi, dari segi bilangan pekerjaan, dan pada peringkat pekerja berpengetahuan. Ini yang amat diperlukan oleh kita. Kalau kita tidak buat sesuatu mereka akan melabur di negara lain. Selalu mereka datang kepada kita, mereka tanya apa Malaysia boleh tawarkan dan mereka tidak akan segan silu memberitahu mereka dah dapat tawaran dari negara lain. Kalau kita nak pelaburan mereka, kita kena sediakan pakej tambahan, atau pun insenktif khusus kepada mereka lebih daripada biasa yang kita tawarkan. Jadi mereka lihat bahawa kita ini dapat menawarkan sesuatu pakej yang lebih baik, lebih istimewa, maka mereka akan melabur di dalam negara dan itulah yang kita kehendaki sebab jangan lupa tiaptiap tahun lebih kurang 100,000 graduate keluar masuk pasaran kerja. Mereka nak pekerjaan, kita tidak boleh ada masalah pengangguran di kalangan graduan. Ini akan membebankan negara kita, Jadi langkahlangkah seperti ini perlu dan amat wajar dilakukan oleh kerajaan.

S: Ruang persaingan di peringkat global semakin sempit. Jadi RM1.5 bilion ini memadai untuk menarik perhatian

J: Sementara ini, kalau perlu kita akan tambah lagi tapi saya fikir untuk tahun depan ini mencukupi.

S: Tapi Datuk Seri, pihak kerajaan juga akan menyemak semula projek-projek pembangunan koridor dan projek-projek mega. Adakah ia akan mempengaruhi kemasukan FDI

J: Yang kita semak semula ini cuma yang import kandungan terlalu tinggi. Sementara waktu umpamanya, pembelian helikopter untuk ATM dan Polis, kita tangguh sementara. Tapi projekprojek lain, walau pun besar tapi ada memberi impak kepada ekonomi negara kita, kita akan teruskan umpamanya, kalau untuk Pelabuhan Kuantan kita merasakan bahawa dermaga yang baru perlu kita laksanakan, kita perlu dirikan sebab ini akan menambahkan keupayaan pelabuhan Kuantan dan adalah baik untuk pembangunan koridor Pantai Timur. Ini patut kita laksanakan.

S: Datuk Seri, seperti yang Datuk Seri tahu, harga kelapa sawit telah jatuh dengan teruk dan kita dengar banyak keluhan. Jadi daripada pakej rangsangan ini, apa yang boleh diharapkan oleh pekebun-pekebun kecil kelapa sawit?

J: Saya telah hubungkan beberapa langkah baru kerajaan. Antaranya harga baja dikurangkan dengan penghapusan duti 5.0 peratus. Pihak pengeluar baja telah bersetuju untuk mengurangkan sebahagian besar daripada jenis baja yang diperlukan oleh pekebun kecil pada kadar 15 peratus dengan serta merta. Yang kedua, mulai Febuari tahun depan, kita akan mula laksanakan pengadunan metil ester, maknanya 5.0 peratus minyak kelapa sawit dalam bentuk (metil ester) kita adunkan dengan minyak diesel mulai dengan jabatanjabatan kerajaan. Kita juga akan mempergiatkan semula tanaman semula di mana satu dana sebanyak RM200 juta telah diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) barubaru ini dan di samping itu kita telah minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (Datuk Peter Chin Fah Kui) untuk berbincang dengan rakan sejawatannya di Indonesia. Sebab kalau Malaysia dan Indonesia boleh ada persefahaman dalam hal ini, kita boleh buat strategi baru untuk yang paling penting mengurangkan stok simpanan kelapa sawit pada masa ini yang berada ditahap yang agak tinggi.

S: Mengenai isu kelapa sawit ini, Felda mungkin mempunyai mekanisma jaminan 1,000 minimum tetapi 70 peratus komoditi kelapa sawit ini dikeluarkan oleh pekebun kecil dan setakat ini rangsangan yang dilihat dari segi baja dan racun. Jadi mungkin ada rangsangan lain untuk membantu pekebun kecil ini?

J: Kita akan cuba melihat dari segi menstabilkan harga kelapa sawit sebab untuk peneroka Felda itu datang dari sumber dalaman Felda sendiri untuk simpanan dan tabungan selama ini yang saya beritahu selama ini jangan belanja sehinggakan tidak ada simpanan. Saya kata simpanan pada tahap tertentu mesti ada pada sepanjang masa kerana kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang. Jadi langkah yang berhemat ini nampaknya dapat memberi pelindungan dalam keadaan masa ini.

S: Datuk Seri, mengenai projek kerajaan pula, kerajaan juga bercadang melaksanakan tender terbuka dan tender terhad. Adakah Datuk Seri yakin bahawa kontraktor Bumiputera yang selama ini dilindungi pihak kerajaan mampu berdaya saing secara terbuka?

J: Ya, ada sesetengah daripada syarikat Bumiputera ada keupayaan yang tinggi. Mereka boleh bersaing dan ada juga tendertender yang kita had kepada syarikat bumiputera sahaja tapi yang penting sekali mereka perlu bersaing, mesti ada unsur persaingan sebab bila kita ada unsur persaingan kita dapat dua keuntungan. Satu keuntungan dari segi kerajaaan, kita dapat nilai babgi wang dan juga proses pemberian itu agak lebih telus, dan yang kedua kita dapat membina keupayaan di kalangan kontractor ini untuk berdikari dan mereka boleh lebih berdaya tahan pada masa depan, kalau mereka melalui proses lebih kompetitif.

S: Datuk Seri, selalunya masalah yang kita dengar adalah pelaksanaan. Kerajaan memang banyak membuat langkah-langkah, polisi dan sebagainya. Walau pun ada diumumkan dalam pakej semalam itu unit yang baru. Bagaimanakah ianya dapat memastikan bahawa segala langkahlangkah itu dapat dijalankan dengan cepat dan pantas?

J: Ada tiga peringkat yang boleh kita lakukan perkara ini. Pertamanya, saya umumkan satu langkah terbaru iaitu mewujudkan satu unit pengurusan projek. Unit ini akan melapor terus kepada Menteri Kewangan I. Yang kedua, kita mesti memperkasakan ICU sebab ICU lah yang patut memberi peranan untuk memantau pelaksanaan projekprojek kerajaan dan yang ketiga di peringkat kabinet, kementeriankementerian yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projekprojek ini akan digesa oleh Perdana Menteri dan saya untuk memastikan bahawa mereka memantau pelaksanaan programprogram dan projekprojek di bawah tanggungjawab kementerian masingmasing.

S: Selalunya yang kita dengar, rungutan adalah daripada segi bayaran oleh mungkin Kementerian Kewangan sendiri atau pun kelulusan. Adakah ini boleh diatasi?

J: Bila ada unit ini, jadi pembahagian peruntukan itu kita akan pasti ikut jadual. Sebenarnya pembayaran pada kontraktor dalam masa 14 hari ini kita telah capai lebih pada 95 peratus, adakalanya sehingga 98 peratus dibayar waktu dua minggu. Yang menjadi masalah barubaru ini ialah kerana kenaikan harga barang binaan, jadi kontrak yang telah ditetapkan harga tibatiba bila bahan binaan melambung naik kontraktor kata, kalau mereka teruskan projek mereka akan rugi. Ada juga kontraktor bila telah dapat tender, mereka pulang balik. Jadi bila kita dah keluarkan surat pekeliling yang baru kita boleh buat ubah suaian pada harga kontrak dan projekprojek tersebut telah dapat ataupun sedang diteruskan oleh kontraktor yang berkenaan.

S: Ini ada kaitan dengan soalan Dr Mahani. Sebentar tadi, Datuk Seri mengaitkan dengan model 1997. Bagaimana kita respons. Nampaknya kita mengejkalkan lebih kurang konsep yang sama. Limpahan daripada sektorsektor utama ini. apakah kita terhad kepada model itu sahaja masa ini bagi menghadkan perbelanjaan domestik? Bagaimana dengan kadar faedah? Apakah itu tidak menjadi satu alat yang penting buat masa ini, buat cabaran masa ini? J:Soal kadar faedah ni saya serahkan kepada Bank Negara untuk menentukan kerana saya nak pertahankan kredibiliti Bank Negara dalam soal penentuan kadar faedah. Bank Negara mempunyai pendirian kadar faedah tak perlu diturunkan buat masa sekarang ini. Tetapi kita masih ada opsyen kalau sekiranya kita menjurus kepada kemelesetan ekonomi, kita masih ada dasar monetari yang boleh kita gunakan.

S:Pada pendapat Datuk Seri, kadar inflasi yang jadi semakin sederhana, adakah wajar Bank Negara turunkan kadar faedah dari kadar 3.5 peratus sekarang?

J: Bank Negara pada masa ini berpendirian kadar faedah tidak perlu diubah. Jadi eloklah kita ada opsyen tertentu yang boleh digunakan sekiranya keadaan berubah

S: Salah satu teras pakej rangsangan ini ialah meningkatkan pendapatan boleh guna. Jadi yang telah diberikan ialah memberikan pendapatan lebih kepada orang yang bergaji. Duit KWSP dan juga yang bekerja dengan kerajaan. Untuk orang yang bekerja sendiri apakah tidak ada. Saya tidak nampak dengan begitu jelas langkah yang boleh meningkatkan pendapatan boleh guna mereka

J: Ada sebenarnya dalam pakej ini. Mikro Kredit untuk penjaja dan peniaga kecil kita tambah dana RM200 juta melalui Bank Negara. Jadi maknanya akses kepada mikro kredit diperluaskan. Dan juga program Amanah Ikhtiar Malaysia di kawasan-kawasan bandar diperluaskan. Jadi kumpulan peniaga kecil ini kita beri pertimbangan dalam program kita. Selain itu petani dan nelayan mereka ada program yang sudah pun diumumkan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi program-program itu berjalan. Ini tambahan.

S: Adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan boleh dibelanja. Tapi memandangkan situasi kini, adakah Datuk Seri yakin rakyat Malaysia akan turut berbelanja

J: Saya harap maknanya kalau ada sentimen yang positif maknanya bila rakyat tahu kerajaan yang prihatin dan kerajaan merancang satu rancangan fiskal, saya berharap dari segi sentimen perasaan lebih positif. Sebaliknya jika tidak ada pakej rangsangan ini, mungkin mereka tertanyatanya apa kerajaan nak buat. Mungkin sentimen itu lebih negatif. Jadi saya harap tengok pasaran saham pun dah bertambah. Hari ni tak tau. Dah tiga hari dah naik maknanya sentimen tinjauan lebih positif maknanya rakyat akan berbelanja seperti biasa.

S:Adakah Datuk Seri turut yakin trend menaik itu berterusan?

J:Saya lihat lebih positif sejak kita umumkan pakej rangsangan fiskal ini. Tapi nak kata berterusan naik itu susahlah sebab ia berkait rapat juga dengan keadaan pasaran di Amerika Syarikat, di Eropah, di Jepun dan sebagainya. Pasaran saham kita ini dalam dunia saling berkaitan ini kita tak boleh pisahkan sentimen di negara negara lain.

S:Soalan berikutnya agak mikro melibatkan psikologi masyarakat yang menjadi sasaran dengan rangsangan kenaikan elaun kereta meningkat RM10,000 misalnya dan pendapatan yang boleh dibelanjakan penambahan RM60 sebulan bagi mereka yang berpendapatan sekitar RM2,000 sebulan. Ada faktor menceriakan, malah media hari ini memainkan isu ini memberikan paparan hadapan dan kelebihankelebihan, dan perkara yang menonjol. Tetapi, pada masa sama, kita mendidik pengguna agar berhemah dalam perbelanjaan mereka kerana ironisnya krisis yang berlaku sekarang ini ialah kerana terlebih berbelanja. Mesej kita pada penonton hari ini mereka dapat melihat perkara yang menonjol yang cukup menarik dan di waktu yang sama harus juga bijak memilih sektor yang wajar dibelanjakan.

J: Krisis ini sebenarnya berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah. Bukan kerana masalah pengguna tetapi institusi kewangan mereka tidak bertanggung jawab dan kedua sistem kawal selia mereka lemah atau gagal memantau mengikut prinsip yang berhemah. Jadi inilah yang menyebabkan krisis ini berlaku yang dikatakan krisis subprima ini. Jadi bagi kita, pengguna di Malaysia tak jadi masalah bagi mereka. Mereka menghadapi tekanan sikit sebab tahun ini inflasi tinggi pada kadar 8.0 8.5 peratus. Jadi sebab itulah kerajaan rasa betanggung jawab untuk menambahkan lagi pendapatan yang boleh dipakai pengguna.

S: Krisis kali ini (berpunca) di luar negara, mungkin di Amerika Syarikat berasaskan kerana kurangnya keyakinan. Saya melihat isu pertama ialah mengembalikan keyakinan dan kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk mengembalikan keyakinan pengguna. Tetapi apa yang telah dibuat untuk mengembalikan keyakinan pelaburpelabur terutamanya pelabur domestik untuk melabur dan mengembangkan ekonomi.

J: Kita akan memberi galakan pada pelabur domestik juga, misalnya GLC juga merupakan satu komponen besar dari segi keupayaan untuk melabur dan untuk mengenal pasti pelaburan yang besar yang boleh dilakukan oleh mereka. Umpamanya saya dah bincang dengan ketua eksekutif Sime Darby buat pembangunan besarbesaran. Saya beritahu buatlah, jalanlah secepat mungkin kerana ia akan membantu merangsang ekonomi tempatan. Jadi mesej ini kita dah sampai kepada GLC dan jika GLC ambil langkah, saya percaya syarikat swasta lain juga akan melihat kepada potensi melabur di dalam negara.

S:Di sini saya rasakan peranan sektor perbankan amat mustahak kerana banyak bank yang lebih berawas, tak mahu mengembang, berhatihati. Bagaimanakah kita memastikan mereka menyediakan laluan pinjaman untuk modal kerja industri kecil dan sederhana (PKS)?

J:Sebenarnya ikut pada angka kredit untuk PKS bertambah secara keseluruhannya. Kita juga dah mewujudkan unit tertentu di Bank Negara jadi kalau PKS ada masalah dari segi pinjaman, Mereka boleh gunakan kemudahan penasihat-penasihat di Bank Negara ini dan mereka boleh dibantu dari segi pinjaman dan sebagainya.


0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP