3 sah bersaing, gelanggang Kuala Terengganu diakui sengit
Calon BN pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengangkat tangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam pada hari penamaan calon di Stadium Negeri, Kuala Terengganu hari ini.
[DIKEMAS KINI 2.30 PETANG] KUALA TERENGGANU: Gelanggang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu dibuka secara rasmi pagi tadi dengan semua parti mengakui bahawa ia bakal menyaksikan persaingan sengit - lebih sengit daripada dua pilihan raya kecil sejak awal 2007.
Ia menjadi rebutan tiga 'muka baru' sama sekali di peringkat Parlimen Kuala Terengganu.
Tiga calon tersebut ialah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Sallleh dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan seorang calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Pilihan raya umum ke-12 Mac lalu juga menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu masing-masing calon BN, PAS dan Bebas.
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Razali menang kerusi itu dengan majoriti 628 undi.
Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi berdaftar di kawasan Parlimen ini ialah seramai 80,229 orang.
Hari pengundian pula ditetapkan pada 17 Januari ini.
Di sebalik publisiti sebelum ini, dua calon masing-masing dari parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan calon tanpa parti melakukan 'kejutan' dengan tidak menyerahkan borang penamaan calon.
Naib Presiden AKIM, Harun Mohamed dan Isma Airfath Hassanuddi tidak menyerahkan borang. Sebanyak 11 borang penamaan calon dikeluarkan oleh SPR setakat semalam.
Harun hadir di pusat penamaan calon pagi ini tetapi tidak mengemukakan borang penamaan calon manakala Isma tidak kelihatan langsung di pusat penamaan calon.
Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar dan baik, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika ditemui tengah hari tadi.
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar," kata beliau ketika ditemui.
"Ini merupakan proses penamaan calon paling lancar sejak pilihan raya kecil Ijok, Selangor. Tiada apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku," kata Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Shukri Dahlan yang mempunyai pengalaman mengendalikan pilihan raya kecil Ijok dan Permatang Pauh.
PROSES PENAMAAN CALON
Ketika mengumumkan status pengesahan calon yang bertanding kira-kira pukul 11.35 pagi tadi, Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim berkata, pihaknya hanya menerima tiga borang penamaan calon setakat 10 pagi tadi.
Proses penamaan calon diadakan dari pukul 9 hingga 10 pagi manakala sesi bantahann ialah selama sejam dari 10 pagi.
Proses penamaan calon diadakan di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud di sini - bertentangan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Farid, 46, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.
Sementara itu, Wahid pula dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dengan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.
Wahid merupakan Ketua PAS Kuala Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam - salah satu Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Kuala Terengganu.
Azharuddin juga 46 tahun, seorang ahli perniagaan, dicadangkan oleh Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.
Calon mempunyai masa tiga hari untuk memutuskan sama ada mahu kekal bertanding ataupun sebaliknya.
Kertas undi akan dicetak selepas itu iaitu 9 Januari ini dan kertas undi pos akan diedarkan mula 10 Januari.
SUASANA PENAMAAN CALON
Berdasarkan aturan urusan proses penamaan calon, rombongan penyokong BN akan bergerak dari kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, sementara rombongan penyokong PAS pula akan bergerak dari Bulatan Batu Bersurat.
Kediaman Rasmi Menteri Besar terletak satu kilometer dari sebelah kanan Stadium Negeri manakala Bulatan Batu Bersurat pula dari sebelah kiri.
Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.
Penyokong-penyokong BN didapati mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula pukul 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat sebelum bergerak ke Stadium Negeri.
Cuaca pagi ini amat baik berbanding tiga hari lalu yang mengalami cuaca hujan yang berterusan.
SPR membuka proses penamaan calon pada pukul 9 pagi.
Tidak sampai lima selepas dewan penamaan calon dibuka 9 pagi, Farid yang hadir dengan emakai baju Melayu berwarna biru tua, diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN memasuki pusat penamaan calon.
Rombongan BN ini dianggarkan 15,000 orang. Juga hadir lebih 10 orang anggota Kabinet, pemimpin-pemimpin parti komponennya.
Kira-kira pukul 9.20 pagi, Wahid yang berbaju Melayu hijau tua pula memasuki pusat penamaan calon iringan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Rombongan PAS juga dianggarkan 15,000 orang.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Shukri Dahlan menganggarkan jumlah keseluruhan rombongan iringan kira-kira 25,000 dengan kawalan keselamatan membabitkan 1,005 orang.
Jumlah penyokong iringan itu lebih besar berbanding himpungan anggota rombongan ketika Permatang Pauh.
Kira-kira lima minit kemudian, Harun yang berbajuk batik pula tiba dengan diiringi beberapa penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang penamaan calon dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.
Dalam pada itu, pada pukul 9.30 pagi, Azharudin yang memakai jubah putih masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.
Calon dari Kampung Ladang Pasar itu hanya diiringi oleh pencadangnya.
Bagaimanapun Azharudin berhadapan dengan masalah teknikal kerana pencadangnya bukan merupakan pemilih berdaftar dalam bahagian pilihan raya Kuala Terengganu.
SENGIT DAN SURVIVAL PARTI
Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan 'survival masa depan' yang paling sengit.
Malam tadi, pemimpin-pemimpin BN mengulangi bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula perikatan itu.
Wan Ahmad Farid berkata: "Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan."
Beberapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat yang ditemui mengakui bahawa cabaran kali ini sangat penting demi survival masa depan parti masing-masing.
BN mahu mengekalkan kerusi ini manakala PAS dan Pakatan Rakyat mahu mengembangkan asasnya menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
BERITA TERDAHULU
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu saingan 3 penjuru
[DIKEMAS KINI 12 TENGAH HARI] KUALA TERENGGANU: Pertandingan bagi merebut kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Bebas.
Mereka adalah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Pengesahan calon-calon yang layak bertanding telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Datuk Mat Razali Kassim kira-kira pukul 11.30 pagi.
Proses penamaan calon bermula pukul 9 pagi tadi selama sejam, diikuti dengan sejam sesi bantahan berakhir pukul 11 pagi.
Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.
Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.
Azharuddin pula telah dicadangkan oleh Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.
Azharuddin, 46, merupakan seorang ahli perniagaan.
Mat Razali Kasim telah mengumumkan sesi penyerahan borang penamaan calon bermula pada pukul 9 pagi.
Beberapa minit selepas pengumuman itu, Wan Ahmad Farid yang hadir berbaju Melayu berwarna biru tua diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN memasuki pusat penamaan calon.
Kira-kira pukul 9.20 pagi, Mohd Abdul Wahid yang memakai baju Melayu hijau tua pula memasuki pusat penamaan calon diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang tersebut dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.
Kira-kira pukul 9.30 pagi, Azharudin yang memakai jubah putih masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.
Seorang lagi calon bebas mengesahkan untuk bertanding semalam iaitu Isma Airfath Hassanuddin bagaimanapun tidak hadir pada proses penamaan calon tersebut.
Difahamkan, rombongan penyokong bagi dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 25,000 orang.
Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan 'survival masa depan' yang paling sengit.
Malam tadi, pemimpin-pemimpin BN mengulangi bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula perikatan itu.
Wan Ahmad Farid berkata: "Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan."
Mohd Abdul Wahid pula memberitahu, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi permulaan cabaran pada pagi ini.
"Kami sudah bersemangat untuk menghadapi proses penamaan calon esok (hari ini)," katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan ahli Kelab Penyokong PAS, di sini, lewat petang semlam.
Sebelum ini, tiga calon telah mengesahkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin.
Pertandingan pada kali ini dijangka empat penjuru termasuk Harun.
Tinjauan mStar Online pagi ini mendapati, para penyokong sudah mula berkumpul untuk bergerak menuju ke Staduium Negeri - tempat berlangsungnya penamaan calon.
Stadium Negeri terletak bertentangan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon.
Kata beliau, berdasarkan aturan urusan proses penamaan calon, rombongan penyokong BN akan bergerak dari kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, sementara rombongan penyokong PAS pula akan bergerak dari Bulatan Batu Bersurat.
Kediaman Rasmi Menteri Besar terletak satu kilometer dari sebelah kanan Stadium Negeri manakala Bulatan Batu Bersurat pula dari sebelah kiri.
Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.
Penyokong-penyokong BN didapati sudah mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula sedang memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat tersebut sedikit demi sedikit.
Sebelum ini, pemimpin kedua-dua parti telah berjanji akan menghimpun sekurang-kurangnya 10,000 penyokong di pihak masing-masing.
Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan membenarkan kira-kira 150 orang pemimpin dan penyokong bagi setiap parti dan calon yang bertanding memasuki kawasan dalam Stadium Negeri.
Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berada di luar pusat penamaan calon.
Kata beliau lagi, sebaik sahaja sesi bantahan berakhir, pihaknya kan mengumumkan status calon yang bertanding, dijangka antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Cuaca pada pagi ini amat baik berbanding tiga hari lalu yang mengalami cuaca hujan yang berterusan.
0 comments:
Post a Comment