Powered by Blogger.

Jan 26, 2009

Al-Quran, sejarah buktikan Yahudi bangsa zalim

Kekejaman di Palestin dedah agenda Israel hancurkan umat Islam yang dianggap seteru utama mereka

ISLAM mengajar supaya mengenal siapakah musuh kita sebenarnya. Musuh yang ada di depan mata ialah bangsa Yahudi dan Nasrani dan musuh yang tidak dapat dilihat ialah nafsu jahat serta iblis dan syaitan yang sentiasa menggoda manusia.

Firman Allah yang bermaksud: "Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang sudah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Pelbagai rekod boleh didapati dalam al-Quran dan hadis serta bahan sejarah merakamkan banyak kisah bangsa Yahudi yang melakukan kerosakan di muka bumi dengan 'tangan kotor' mereka. Antaranya:


Firman Allah bermaksud: "Dan orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir), tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurnia-Nya luas melimpah). Ia belanjakan (limpahkan) seperti yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan daripada mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka sehingga hari kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan." (Surah al-Maidah, ayat 64)

Firman Allah bermaksud: "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang beriman ialah orang Yahudi dan musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang beriman ialah orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita dan ahli ibadat dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong." (Surah al-Maidah, ayat 82)

Seorang wanita Yahudi meracuni Rasulullah SAW. Daripada Anas katanya: "Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang dimasukkan racun kepada Nabi SAW lalu Baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya kepadanya berkenaan racun itu. Jawabnya: Aku sengaja hendak membunuh kamu. Sabda Nabi SAW: Tidak mungkin Allah akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: Bolehkah kami membunuh perempuan itu? Jawab Baginda: Jangan! Kata Anas: "Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah SAW." (Hadis riwayat Muslim)

Bangsa Yahudi tidak hormat kepada Rasulullah SAW. Ini dirakamkan menerusi hadis yang bermaksud: "Daripada Safwan 'Assal, katanya: Berkata seorang Yahudi kepada sahabatnya, marilah kita pergi bertemu Nabi (Muhammad SAW) ini.

"Berkata kawannya: Janganlah kamu kata ia nabi, jika ia mendengar, nescaya ia jadi empat mata (bangga diri). Maka kedua-duanya bertemu Rasulullah SAW, lantas bertanya kepada Nabi mengenai 'sembilan mukjizat yang jelas nyata' (ayat 101 Surah al-Isra'). Maka bersabda Nabi kepada mereka: Jangan kamu syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain dan jangan kamu mencuri dan jangan kamu melakukan zina dan jangan kamu membunuh orang yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan hak dan janganlah kamu berjalan (pergi) dengan orang yang baik kepada pemerintah yang ia akan membunuhnya, dan jangan kamu melakukan sihir, dan jangan kamu memakan riba dan jangan kamu menuduh wanita yang baik (tuduhan zina) dan jangan lari dari medan peperangan dan di atas kamu khususnya orang Yahudi jangan melampaui pada Sabtu. Maka kedua-duanya (Yahudi) itu mencium tangan dan kaki Baginda, maka berkata keduanya: Sesungguhnya kami naik saksi bahawasanya engkau Nabi. Sabda Baginda, maka apakah sebab yang menghalang kamu mengikutku (menganut Islam)? Mereka berkata, sesungguhnya Nabi Daud berdoa kepada Tuhannya, supaya tidak hilang (lenyap) pada zuriatnya nabi dan sesungguhnya kami bimbang jika kami mengikutmu, nescaya kami akan dibunuh oleh orang Yahudi lain." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)

Kedegilan bani Israel dalam menerima ajaran syariat dibawa Nabi Musa, walaupun Baginda dikurniakan dengan pelbagai mukjizat kenabian, mereka masih tetap ingkar dan enggan mempercayainya.
Ini dirakamkan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami sudah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada bani Israel (mengenai itu): Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir." (Surah al-Isra', ayat 101)

Mufassirin menyatakan sembilan mukjizat yang jelas nyata kepada Nabi Musa dalam ayat itu ialah taufan banjir, belalang, kutu, katak, darah, batu, tongkat, tangannya, lautan yang terbelah. Kesemuanya ini adalah mukjizat sebagai bukti kenabian Nabi Musa dan setiap perkara berlaku kepada kaumnya yang ingkar tidak mahu beriman.

Perkara itu dirakamkan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka." (Surah al-'Aaraf, ayat 133)

Sejarah Yahudi banyak dirakamkan menerusi buku antaranya Rahsia Untuk Umat Islam susunan Nazri Zakaria menyatakan fakta kekejaman Yahudi iaitu:


Pada 13 Disember 1947 – Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera British melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk di perkampungan itu.

Pada 1 Januari 1948 kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom menceroboh kampung Al-Sheikh (5 kilometer dari tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak

Pada 9 dan 10 April 1948 – Dalam operasi Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam mereka merogol wanita serta membelah perut wanita hamil dan dikudungkan 52 kanak-kanak kaki dan tangan mereka.

Pada 11 Julai 1948 batalion ke-89 komando Yahudi diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle selepas berjaya menawan perkampungan itu. Seramai 100 orang menerima pengampunan itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti yang dijanjikan dan akhirnya mereka ditembak mati.

Pada 15 hingga 18 September 1982, 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah Sabra dan Shatila, Lubnan. Ketua tukang sembelih ialah Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel.

Fakta dan sejarah yang merakamkan kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin memberi panduan kepada umat Islam lain bangsa Yahudi tidak boleh dijadikan kawan atau teman rapat.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP