Powered by Blogger.

Jan 8, 2009

'Daddy Que bapa tiriku' - Anak Linda sedia terima perubahan status ibu

'Daddy Que bapa tiriku' - Anak Linda sedia terima perubahan status ibu





JARANG sekali kita dapat melihat wajah berseri-seri Que Haidar. Apa tidaknya, hampir kesemua filem yang dibintanginya menyaksikan dia memegang watak antagonis yang hanya mempamerkan sisi 'gelap' Que.

Memang diakui itu hanya perwatakan Que dalam filem tetapi mereka yang tidak mengenali Que mungkin mempunyai tanggapan 'negatif' terhadapnya.

Malah bukan semua orang terutama penonton mempunyai peluang untuk mengenali secara dekat dan mengenali sisi 'lembut' Que.

Namun, ada sebab lain di sebalik keceriaan dan keserian yang terpancar pada wajah Que. Seperti yang diketahui umum, jejaka berusia 30 tahun itu telah mengumumkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya pada 14 Februari depan.

Menangkis semua tanggapan buruk khalayak mengenai jurang usia dia dan kekasih hatinya, Linda Jasmine, 36, Que yang ditemui pada majlis tayangan filem lakonannya, Maut, tidak berhenti melemparkan senyuman apabila wartawan bertanya soalan mengenai perkahwinannya.


MEMBILANG hari menanti saat-saat bahagia.


Apabila ditanya perasaannya menanti hari bahagia, Que dengan singkat hanya menjawab: "Berdebar dan gementar."

Namun, seperti pasangan kekasih lain, persiapan perkahwinan Que dan Linda kebanyakannya diuruskan oleh pihak wanita. Cuma Que ada menemani Linda dalam hal mendapatkan penajaan perkahwinan seperti khidmat jurugambar.

"Kalau nak tahu lebih pasal persiapan, tanyalah Linda. Saya ikut sahaja. Tapi setakat ini hampir 50 peratus persiapan sudah dilakukan."

Mula berkenalan sekitar Mei 2008 pada konsert mingguan Akademi Fantasia, Que dan Linda mula rapat pada bulan Jun. Dua bulan kemudian, Que terus melamar Linda dan mereka sudah berbicara mengenai perkahwinan semenjak September lalu.

Keputusan mendadak yang dibuat oleh Que menimbulkan persoalan sama ada perkahwinan itu terlalu cepat bagi kedua-dua pihak yang hanya berkenalan kira-kira tujuh bulan.

"Soal ajal dan maut kita tidak tahu. Ada kalanya kita membuat perancangan dan bukan semuanya berjalan seperti yang dikehendaki. Jadi saya tidak merancang lama untuk perkahwinan ini. Semuanya datang secara tiba-tiba," luah Que yang ditemani Linda ke majlis tayangan itu.


SATU-SATUNYA zuriat Linda hasil perkahwinan lalu, Qalif sedia menerima kehadiran Que Haidar sebagai 'daddy'nya.





Berita perkahwinan Que pada mulanya bukan sahaja mengejutkan tetapi juga dianggap satu 'jenaka' kerana banyak pihak tidak mempercayainya termasuk juga kawan-kawannya yang tidak yakin dia akan berkahwin.

"Mereka yang rapat dengan saya juga tidak mempercayai berita ini. Namun, mereka kena sedar bahawa saya sudah berusia 30 tahun. Tetapi saya berkahwin bukannya disebabkan usia. Benda (perkahwinan) itu datang secara semula jadi. Tak ada orang yang memaksa saya," tambahnya yang memegang watak Jamil dalam filem Maut.

Berharap untuk mendapatkan anak secepat mungkin, Que juga mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka. Dia juga sudah rapat dengan anak Linda, Qalif Khan, 8.

"Selepas seminggu kami mengumumkan berita perkahwinan, Qalif sudah mula memanggil saya Daddy. Dia sudah boleh menerima saya dalam hidupnya."

Sebelum ini, Linda sendiri pernah memberitahu anaknya itu manja dengan Que dan mereka selalu menonton kartun bersama.

"Que boleh layan dia dengan senang. Apa yang lebih penting ialah dia seorang yang jujur dan terus terang,"kata Linda.

Sudah pun bertemu dengan keluarga Linda, Que juga dapat berkomunikasi dengan baik terutama dengan bakal bapa mentuanya. Seperti ibu bapa yang lain, Que memberitahu ayah Linda turut memberi nasihat kepadanya. Katanya, perkahwinan bukan sesuatu yang main-main dan kalau boleh kekalkan hubungan itu seumur hidup.

"Ayah Linda bukannya mempunyai maksud lain kerana saya percaya semua ibu bapa akan cakap benda yang sama. Saya faham dengan nasihat yang diberikan. Saya juga sedar bahawa setiap rumah tangga ada masalah dan dugaan sendiri tidak kira dengan siapa kita berkahwin. Itu adalah dugaan Tuhan," sambung Que yang bakal dilihat dalam filem Skrip 7707, Stamp, Duhai Si Pari-Pari danPapadom.




Tidak melalui episod pertunangan, bagi Que dan Linda, apa yang penting ialah majlis akad nikah. Mereka telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis akad nikah dan persandingan pada 14 Februari di restoran Bora Ombak, Ampang.

"Temanya ialah garden dan kami memilih Bora Ombak kerana kawasan itu terbuka supaya memudahkan wartawan dan jurugambar bekerja. Kami akan bernikah selepas Asar dan kemudian akan berehat seketika.

"Selepas Maghrib, majlis sanding akan bermula di lokasi sama. Majlis di Felda Taib Andak, Kulai, Johor pula akan diadakan pada 15 Mac nanti," ujar Que sebelum menamatkan perbualan.


0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP