Powered by Blogger.

Jan 12, 2009

Mawi-Ekin

'istimewa'  Mawi-Ekin

Kemunculan istimewa, Ina Naim bersama suaminya Suhaimi dan anaknya mencuri perhatian ramai pada majlis resepsi Mawi dan Ekin malam tadi.Foto The Star Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KEHADIRAN Ina Naim yang juga bekas tunang juara AF 3 ini mencuri perhatian tetamu yang hadir pada majlis persandingan Mawi dan Ekin di Palace of The Golden Horses semalam.

Sebaik menemui Ina sebelum majlis berlangsung, nyata ibu muda ini tidak mudah melatah dengan kehadirannya di situ.

Ina yang ditemani suamninya, Suhaimi Saat dan anak sulungnya Ehmad Hadie El Fardie, 8 bulan, berkata kehadiran mereka pada majlis tersebut tidak lebih daripada memberi sokongan kepada rakan seperjuangannya dalam bidang seni.

”Saya dan suami hadir pada malam ini sebagai tanda sokongan kepada rakan artis seperti Mawi kerana sama-sama ada dalam bidang seni.

Menurut Ina atau nama sebenarnya Nordiana Naim, dia hadir pada majlis resepsi tersebut adalah sebagai melaksanankan janjinya sebelum ini bahawa dia akan hadir jika menerima kad jemputan.

”Sebelum ini, ramai yang kata saya tak nak hadir. Sebenarnya bukan macam tu, sebab saya pernah cakap, yang saya dan suami akan hadir jika kami dijemput dan ada kad diberikan.

Mawi dan Ekin ibarat Raja dan Permaisuri dari tanah Arab apabila diarak dengan menaiki kereta kuda menuju ke perkarangan hotel.Foto The Star Oleh: SAMUEL ONG.

”Alhamdulillah dua atau tiga hari yang lepas saya terima kad jemputan majlis persandingan Mawi dan Ekin daripada pihak Astro, jadi kami pun datang la seperti mana yang telah dijanjikan kerana kalau tak datang akan kena balik pada saya,” ujar Ina.

Tambah Ina lagi, dia telah lama memaafkan bekas tunangnya itu, kerana sebelum ini beberapa kali mereka berjumpa masing-masing masih boleh bertegur sapa.

”Sebelum ini kalau jumpa pun saya dah tak ada apa-apa perasaan terhadap dia. Kami masih boleh bertegur sapa macam biasa. Lagi pun saya dah ada suami dan dia (Mawi) pun dah ada isteri. Saya anggap macam rakan sesama artis la,” ujar penyanyi Duhai Hati ini.

Pasangan merpati dua sejoli, Mawi dan Ekin mengaminkan doa.

Ina juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai, Mawi dan Ekin.

”Ina nak ucapkan selamat pengantin baru dan kekal sehingga ke akhir hayat. Untuk Ekin saya doakan dia akan jadi isteri yang solehah,” katanya yang berehat daripada bidang nyanyian buat seketika.

Sementara itu, bagi suami Ina, Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team berpesan kepada Mawi dan Ekin agar tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam mengharungi perkahwinan lebih-lebih lagi dalam dunia artis.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, turut menepung tawar pasangan raja sehari.

”Dulu saya peminat Mawi jugak, tapi bila dah masuk dalam bidang ini saya anggap dia sebagai teman artis dan Mawi tak pernah ada masalah dengan saya.

”Saya ucapkan selamat pengantin baru buat Mawi dan Ekin, satu pesanan saya agar mereka tabah menghadapi cabaran berumah tangga lebih-lebih lagi apabila kita bergelar artis cabarannya lebih sikit berbanding orang luar.

”Banyak perkara yang kita perlu jaga. Kadang-kadang tu bila baca surat khabar ada sahaja artis-artis yang bercerai. Saya, Mawi dan Ekin jadikan agama sebagai pegangan utama.

Kek istimewa berbentuk kusyen setinggi enam tingkat, mencuri perhatian hadirin ketika upacara memotong kek berlangsung.

”Tanpa pengangan agama kita akan mudah dihanyutkan. Tapi jika kita letakkan agama ditempat pertama, Insya-Allah, Allah akan pelihara daripada perkara yang paling dibenci-Nya iaitu penceraian,” ujar Suhaimi yang bakal muncul dalam album In-Team United pada bulan Mac nanti.

Mawi nafi tidak jemput Datuk yang beri kontrak

Anita Sarawak menyampaikan lagu 'Selamat Pengantin Baru' buat Mawi dan Ekin.

Ada sahaja berita yang bertiup ketika majlis perkahwinan bintang popular ini berlangsung terbaru ada seorang Datuk mendakwa dia tidak langsung dijemput untuk menghadiri majlis persandingan bintang popular ini.

Menurut Datuk tersebut beliau telah memberikan kontrak untuk menjadi duta kepada bintang popular terbabit namun beliau kecewa kerana tidak dijemput untuk menghadiri majlis persandingan selebriti popular itu.

Difahamakan akibat kecewa tidak dijemput sebagai tetamu pada majlis persandingan Mawi dan Ekin, Datuk tersebut telah berpatah arang dan tidak akan menyambung kontrak Mawi bersama syarikatnya selepas kontrak tersebut tamat pada tahun ini.

Dalam pada itu, bagi pengantin baru, Mawi turut menafikan dia tidak menjemput seorang Datuk ke majlis perkahwinannya.

Mawi dan Ekin melahirkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah banyak menaja serta memberik sokongan sepanjang majlis perkahwinannya berlangsung.

"Ini tak betul. Saya telah buat sehabis baik dan cuba jemput semua tetamu. Mustahil saya boleh lupa jemput mereka yang telah beri kontrak untuk saya jadi duta produk mereka.

"Lagi pun hal menjemput tetamu memang saya serahkan kepada pihak Astro dan Maestro sendiri. Kalau harapkan saya dengan Ekin sahaja memang tak menang tangan. Ina pun kami ada jemput dan bagi kad jemputan,” ujar Mawi tenang.

Sementara itu, Pengurus Besar Maestro Talent Management Sdn Bhd, Freeddie Fernandez berkata pihaknya telah menjemput semua penaja dan mereka yang telah banyak membantu Mawi untuk majlis persandingan tersebut.

"Takkan kami boleh lupa mereka yang dah beri artis kita kontrak jadi duta produk mereka? Saya rasa Datuk itu, mahu Mawi telefon beliau sendiri dan jemput secara peribadi, mungkin itu yang dimahukan. Kalau kata kami tak jemput langsung, saya rasa memang tak betul sama sekali,” ujar Freeddie.

Gembira majlis berjalan lancar

Pasagan ini akan ke Korea untuk destinasi bulan madu mereka.

Bagi pasangan pengantin yang diraikan Mawi dan Ekin nyata gembira setelah selesai majlis resepsi mereka yang terakhir.

"Lega sebab semuanya dah berakhir dengan sempurna. Alhamdulillah bersyukur sangat semuanya berjalan lancar. Walaupun penat tapi rasa seronok sangat sebab banyak perkara yang telah disusun oleh pihak Astro dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” ujar Mawi.

Bagi Raja SMS ini, tidak pernah terlintas difikirannya untuk mengadakan majlis perkahwinan sebegini meriah kerana dia tidak pernah mengidamkannya.

"Benda semua ini dirancang tapi rasa seronok sangat bila dapat naik kuda, naik helikopter dan naik bot.

"Satu yang saya tak boleh lupa ialah, bila saya hanya belajar menunggang kuda selama dua hari dan lepas tu saya dah kena buat show (persembahan). Mula-mula rasa takut jugak sebab tak pernah naik kuda sebelum ini.

"Lagipun kuda ni tak sama dengan haiwan biasa, masa mula-mula takut juga. Tapi bila dah belajar dan dah tahu macam mana cara nak handle kuda ini. Alhamdulillah keyakinan itu ada dan kuda pun ok tak buat hal,"ujar Mawi.

Ditanya mengenai perancangannya selepas berakhirnya majlis resepsi perkahwinannya ini, Mawi berkata mereka akan berangkat ke Korea untuk berbulan madu pada 16 hingga 21 Januari ini.

"Selepas itu, tengok la macam mana kalau ada rezeki mungkin saya nak bawa Ekin ke Syria pula," ujar Mawi.

Bakal berlakon filem ’Magica

Mawi bakal berlakon dalam filem 'Magica' pada bulan Februari depan.

Menurut si pelantun lagu Aduh Saliha ini, dia akan kembali bekerja pada awal bulan Februari.

"Insya-Allah pada awal bulan Februari depan saya akan sibuk dilokasi penggambaran filem terbaru saya, Magica. Filem berbentuk fantasi ini diarahkan oleh KRU Motion Pictures.

"Nak tahu apa watak saya dan jalan cerita dia macam mana kena tunggu masa dia lancarkan ya," ujar Mawi.

Ditanya mengenai filem Aduh Saliha, Mawi berkata dia pun tidak pasti apa yang telah berlaku pada filem tersebut.

Mawi dan Ekin telah melangsungkan pernikahan mereka pada 21 Disember lalu dan telah mengadakan tiga majlis resepsi yang berbeza.

Majlis resepsi pertama diadakan pada tarikh yang sama dengan pernikahan mereka, di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru dikhaskan untuk ahli keluarga dan sahabat handai di pihak pengantin perempuan.

Majlis sambut menantu bertemakan adat Jawa yang diadakan pada 28 Disember lalu pula diadakan khas bagi meraikan peminat-peminat juara AF musim ketiga ini.

Dari majlis pernikahan merek lalu hingga lah kemuncak majlis persandingan ketiga yang akan berlangsung di Palace of The Golden Horses semalam pihak media rata-rata sibuk membuat liputan sepanjang berlangsungnya majlis yang digelar ’Wedding Of The Year’tersebut.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP