Powered by Blogger.

Jan 9, 2009

Kewajaran wang zakat digunakan di Gaza

Oleh: Azlan Karim

Ada permintaan dari masyarakat Islam Selangor yang menuntut LZS supaya pro-aktif memberi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza. Saban hari mereka diserang dan dihujani bom, kanak-kanak menderita dan ramai yang kelaparan.

“Bagaimanakah nasib anak kecil ini dalam kepungan Yahudi-Zionis?”

Bandar Gaza menjadi “bandar hantu” kerana hanya runtuhan bangunan sahaja yang tinggal. Kematian di kalangan rakyat Palestin adalah satu perkara biasa (kini mencecah lebih 700 nyawa!). Kemarahan umat Islam diseluruh dunia amat luar biasa. Dari London sehingga ke Marawi tunjuk perasaan membantah keganasan Israel diadakan.

Apa peranan LZS. Apakah wajar kutipan zakat di Selangor disumbangkan ke wilayah yang bergolak ini. Ada banyak persoalan timbul. Apakah masyarakat miskin di Selangor telah terbela? Tidak adakah orang miskin di Malaysia yang tidak layak diberi bantuan sehingga wang itu dihantar ke Gaza.

Bagaimana dengan jiran-jiran kita, orang Islam di selatan Thailand yang dilanda konflik peperangan. Atau pun masyarakat Moro yang ditindas selama puluhan tahun oleh pemerintah pusat dari Manila. Perkembangan Islam di Kemboja yang menuntut perhatian wajar dari badan-badan dakwah di Malaysia

Kenapa hanya Gaza? Bagaimana dengan konflik di Darfur. Ataupun konflik di wilayah Polisario yang memakan ribuan mangsa. Apakah kewajaran LZS itu hanya tertumpu ditempat tertentu sahaja. Ini semua persoalan yang harus dijawab sebelum memulakan sebarang usaha bantuan zakat ke Gaza.

Mungkin dari satu aspek, Gaza adalah ikon yang penuh simbolik kepada umat Islam. Maruah masyarakat Islam terletak di sana. Puluhan isu di dunia tidak sama dengan isu di sana. Tumbangnya umat Islam di sana maka maruah Islam dicemar untuk sekian kalinya. Jangan dibiarkan ia berlaku. Itulah kewajarannya agar zakat perlu disumbangkan ke Gaza.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP