Powered by Blogger.

Jan 11, 2009

Cahaya 30 tahun Siti




Hari ini, saat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin atau masih mesra dipanggil Siti membuka mata, usianya sudah menginjak 30 tahun. Usia yang bagi segelintir wanita amat ditakuti kerana ia melambangkan kita semakin tua. Namun bagi segelintir wanita salam 30 tahun disambut baik.

Penyanyi nombor satu negara ini tergolong dalam wanita yang menyambut usia 30 tahun dengan penuh teruja.

Tiada apa yang mahu ditakutkan kerana semua manusia pasti tua. Semua orang pasti merasa bertambah umur. Malah seharusnya setiap manusia yang menginjak setahun lagi usia harus berbangga dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan Tuhan untuk terus bernyawa. Itulah falsafah Siti.

"Siti teruja menyambut usia 30 tahun kerana ini tanda aras kematangan seorang wanita. Ia juga umpama lambang kestabilan dari segi kerjaya dan peribadi buat Siti. Ya, ini adalah fasa baru yang menyeronokkan Siti," ujarnya penuh teruja.


BEBERAPA hari menjelang ulang tahun ke-30nya, Siti menyatakan kesediaannya untuk berhenti menyanyi demi keharmonian rumah tangga.


Tambah penyanyi yang baru muncul dengan album tradisional kontemporari berjudul Lentera Timur ini lagi, jika mengimbas kembali lembaran kehidupannya pada usia 20-an, dia lebih banyak menurut dan tidak berani membuat keputusan berbanding sekarang.

Jelasnya: "Kalau toleh balik sewaktu Siti pada usia 20-an dengan sekarang, dulu Siti lebih banyak menyerah dan mengikut keputusan orang.

"Siti tidak membuat keputusan sendiri misalnya dalam kerjaya. Tempoh 10 tahun berada dalam usia 20-an, Siti menyerahkan keputusan hal kerja kepada syarikat rakaman dan pengurus.


Salah satu ekspresi Siti sewaktu menjayakan klip video Cinta Ini yang berkonsepkan penceritaan 1001 malam. Klip video ini didominasi oleh teknik CGI dan 3G.


"Namun apabila semakin meningkat usia, Siti lebih berani mengambil keputusan sendiri. Pada usia 30 sekarang, Siti rasa sudah cukup matang dalam mengimbangi kerjaya serta peribadi Siti."

Tentunya, satu hal yang tidak akan boleh dielaknya apabila usia semakin matang dan kehidupan rumah tangganya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa semakin stabil, soalan tentang zuriat tidak akan pernah terlepas pandang.

"Alangkah bagus kalau Siti mampu meramal masa depan. Pasti Siti tahu bila agaknya Siti akan dikurniakan zuriat," katanya tertawa.




Tetapi, kata Siti, setiap hari dia berdoa dan berusaha untuk memperoleh zuriat. "Insya-Allah, doakan juga untuk Siti mendapat zuriat berkat tahun 2009 ini ya," pintanya ringkas.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP