CUCU RASULULLAH : SAIDINA HUSSIN
Saidina Hussin dilahirkan di Kota Madinah pada 5 Sya’ban, tahun 4
Hijrah. Perbezaan umur di antara Saidina Hussin dan abangnya Sayyidina
Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Saidina Hussin turut
menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama
“Hussin” itu yang bermaksud, “Si kecil cantik”.
Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelakinya yang kedua itu, Rasulullah
SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda
berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan
mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW
sudah tahu bahwa akhir hidup Saidina Hussin amatlah menyedihkan di mana
beliau akan dibunuh dengan kejam.
Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW
sangat sayang sekali dengan Saidina Hussin. Pada suatu hari, ketika
masih kecil, Saidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Saidina
Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti
itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera
menegur Hassan. Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap
Rasulullah SAW menegur seorang saja dari kedua cucunya itu. Maka Siti
Fatimah berkata:
“Wahai ayah, kenapa menegur Hassan saja?”
“Kerana Jibril sudah menegur Hussin,” jawab baginda.
Tatkala kecilnya Saidina Hussin selalu berada di sisi datukya,
sewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai
ilmu dan contoh teladan dari datuknya itu secara langsung.
Sebagaimana
abangnya, Saidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat
menghafal hadith-hadith Rasulullah semenjak kecil.
Saidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang
agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan
contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan
datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani
sebagaimana ayahnya juga. Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu
Saidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah, ketika beliau sedang memberi
khutbah di mimbar, Saidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata
kepada Saidina Umar dengan beraninya,
“Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.”
Saidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu,
“Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.”
Saidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayyidina Hussin untuk
duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya
Sayyidina Hussin waktu kecilnya.
Pembunuhan Sayyidina Hussin di Karbala
Dalam hal keberanian, Saidina Hussin melebihi Saidina Hassan, abangnya.
Demikianlah yang telah diwariskan dari Rasulullah SAW untuknya. Beliau
banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.
Sewaktu kewafatan Khalifah Saidina Ali, Sayyidina Hassan telah
dilantik sebagai khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya
Saidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayyidina Muawiyah.
Saidina Hussin tidak setuju dengan tindakan abangnya itu. Namun karena
menghormati abangnya, maka Saidina Hussin mengalah.
Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid
menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua
para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Saidina
Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah.
Sebenarnya ramai yang tidak setuju dengan perlantikan Yazid itu.
Penyokong-penyokong Saidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia
kembali ke Kufah untuk dilantik sebagai Khalifah. Penduduk Kufah enggan
menerima Yazid sebagai khalifah.
Sebelum kembali ke Kufah, Saidina Hussin telah mengantar utusannya
untuk menyelidiki apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata
ia benar maka Saidina Hussin bersiap-siap untuk membawa kaum
keluarganya kembali ke Kufah. Saidina Hussin yang sangat baik, tidak
sedikit pun menaruh prasangka bahwa suatu yang buruk akan menimpa
dirinya dan ahlul bait yang lain.
Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasehati
Saidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah karena keadaan ketika itu
sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah
bersungguh-sungguh mencoba menghalangi Saidina Hussin namun Saidina
Hussin tetap dengan pendiriannya.
Kemudian Abdullah menasehainya pula
agar jangan membawa ahli-ahli keluarga karena bimbang jika apa yang
menimpa Khalifah Uthman bin Affan juga akan menimpa Saidina Hussin.
Sewaktu Khalifah Uthman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu
disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga
dan keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh semuanya.
Saidina Hussin tetap mau membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya
rombongan Saidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke
Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak
termasuk anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang
meningkat remaja.
Ada pihak memberitahu Yazid bahwa Saidina Hussin hendak merampas
kuasa. Maka Yazid telah menghantar tentaranya untuk menghalangi Saidina
Hussin dari dibaiat oleh penduduk Kufah. Ada riwayat yang menyatakan
bahwa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk mengintrogasi, bukan untuk
membunuh Saidina Hussin dan keluarganya. Namun, apa yang berlaku
seterusnya sungguh sangat menyayat hati.
Rombongan Saidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa
berhadapan dengan tentara Yazid sebanyak 4000 orang. Terjadilah
peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga
Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah.
Pertempuran itu telah menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan
Saidina Hussin dibunuh.
Pertempuran itu berlaku dari waktu subuh hingga ke waktu Asar.
Sungguhpun rombongan Saidina Hussin, kecil jumlahnya namun mereka
bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Saidina Hussin
menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan
bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar.
Apabila hampir senja, tinggal beberapa orang saja dari kalangan
keluarga Saidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir
1000 orang tentaranya. Pertempuran yang berlangsung begitu lama
menunjukkan betapa hebatnya Saidina Hussin dan anak-anak buahnya
menentang musuh. Akhirnya Saidina Hussin menemui ajalnya apabila
sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bahagian
jantungnya. Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari
suntuk berperang, Saidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir
di Padang Karbala itu.
Kata-kata terakhir yang diucapkannya,
“Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.”
Dalam perang itu mereka yang selamat adalah wanita dan kanak-kanak
termasuklah adik Saidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Saidina
Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidin lah yang menjadi
penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan
mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah, maka dia selamat.
Kepala Saidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid.
Menurut sejarah, Yazid menangis apabila melihat kepala cucu Rasulullah
itu. Beliau mengarahkan agar kepala itu dihantar ke Madinah berserta
keluarga dan anaknya, dengan upacara kehormatan dan kemuliaan. Tubuh
Husain dikuburkan di Karbala, sedangkan kepalanya ditanam di Madinah,
bersebelahan dengan makam ayah dan ibunya.
Demikianlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi
korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu
keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam
pembunuhan Saidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah
telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati
dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam
lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat.
Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah
menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Saidina Hussin
sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai
keturunan yang mulia dan suci ini.
Carian BHO
- keturunan rasulullah
- cucu rasulullah
- kisah pembunuhan cucu rasulullah
- saidina hassan
- saidina husin
- keturunan nabi muhammad yang masih hidup
- kisah saidina hussein
- saidina hussin
- berita harian saidina hussein
- kisah pembunuhan saidina hussain
- kisah cucu rasulullah
- saydina hasan husin
- pembunuhan hasan dan husin
- keturunan rasullullah
- sejarah saidina hussein
- cucu rasul
- nama cucu rasulullah
- HUSIN CUCU RASULULLAH DIBUNUH
- makam saidina ali
- cucu Rasullah
- cucu rasulullah anak kepada saidina ali
- pembunuh cucu nabi
- kisah saidina husin
- Apa Kata saidina muawiyyah atas pembunuhan saidina ali
- kisah pembunuhan saidina husin
- saidina hussein
- cerita anak nabi hasan dan husin
- Saidinahusin
- saidina hussein cucu rasulluha
- nama cucu nabi muhammad
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- SAYANG RASULULLAH S.A.W KEPADA HASSAN DAN HUSSIN
- WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
- Persandingan datuk, anak, cucu unik
- Diet Amalan Rasulullah SAW
- Jabir Ibn Haiyan
- Fakta Menarik Tentang Kurma
- Sejarah Imam Bukhari
- MASJID NABAWI
- Pelakon Melayu Pertama Berlakon Di Hollywood.
- Budak perempuan ditinggalkan bawah flat
0 comments:
Post a Comment