Kalau anda perhatikan sekarang ini,
stesen minyak ada diletakkan notis pemberitahuan dengan harga minyak
sebenar ketika itu dan juga subsidi yang disalurkan oleh kerajaan untuk
minyak RON95 adalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat daripada
dibebani kenaikan harga minyak dunia, kata menteri.
- harga barang keperluan seperti tepung, gula, minyak masak dan lain-lain tutur naik secara mendadak
- peniaga akan menaikkan harga barang
Dan k
erajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak RON95 buat masa ini walaupun harga minyak dunia naik mendadak.
Walaubagaimanapun,
semakan laporan berita yang memaparkan kenyataan menteri dengan subsidi
minyak RON95 dilihat bercanggah dengan data-data yang sedia ada
sehingga telah membangkit persoalan dikalangan rakyat Malaysia yang
sudah mula menyedarinya.
(Sumber : Mstar)
Perbandingan Harga Minyak di Negara Asean?
- Thailand – RM4.71 sen (seliter)
- Filipina – RM5.85 sen
- Singapura – RM5.48
- Indonesia – RM3.08 sen
- Brunei?
Kami perhatikan kenyataan Datuk Sabri
hanya membandingkan dengan negara-negara yang bukan pengeluar minyak
seperti Thailand, Filipina, Singapura. Ini bukan satu pembandingan yang
baik. Kita, Malaysia adalah pengeluar minyak dan sepatutnya dibandingkan
negara pengeluar minyak juga seperti Brunei. Dan di bawah ini, adalah
harga minyak di Brunei :
- RON97 – B$0.547 = RM1.33
- RON92 – B$0.536 = RM1.31
- Diesel – B$0.325 = RM0.79
Sebenarnya tidak perlu ditukarkan tukaran asing pun tidak mengapa. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan bandingkan h
arga minyak di Brunei dengan pendapatan perkapita rakyat Brunei berdasarkan matawang mereka.
Persoalannya sekarang, mengapa harga
minyak RON95 lebih mahal berbanding harga minyak RON97 pada harga
sebenar. Datuk Sabri mengatakan harga minyak RON 95 mendapat subsidi
sebanyak RM1.09 dan dijual pada harga RM1.90 seliter. Sedangkan harga
RON97 yang tidak menerima langsung subsidi dan diapungkan pada harga
pasaran dijual pada harga RM2.90 seliter.
P/S: Mengapa harga minyak RON95 selepas
disubsidi masih lagi lebih mahal harga minyak RON97 (tanpa subsidi).
Diharapkan kerajaan tampil memberikan penjelasan.
0 comments:
Post a Comment