Powered by Blogger.

Apr 18, 2012

Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!

by Staff Berita Semasa on April 18, 2012

Pendapatan Minyak Malaysia Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!
Pertama sekali, terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana menganugerahkan “emas hitam” kepada rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia cukup beruntung & syukur dengan limpahan nikmat yang diberikanNya. Dalam banyak-banyak negara, Malaysia yang telah dipilihNya sebagai negara yang memilki simpanan minyak yang berkualiti tinggi. Negara lain terpaksa bertungkus-lumus untuk mencari seberapa banyak sumber pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan menguruskan sesebuah negara. Malaysia?
Malaysia sekarang ini, mula sahaja mentadbir negara sudah ada berpuluh billion dalam kantung kerajaan Malaysia setiap tahun. Itu belum disentuh lagi kekayaan negara Malaysia daripada sumber-sumber pendapatan terbesar negara yang lain lagi. Jadi, apabila negara yang sudah dilimpahkan dengan sumber alam yang paling berharga di dunia iaitu petroleum dan gas asli, adalah sangat rugi sekali jika ia tidak diuruskan dengan baik termasuklah apabila ia membabitkan masalah pembaziran wang negara yang melampau dan korupsi yang berleluasa.
Sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia dapat merasai nikmat sebenar menjalani kehidupan di atas negara yang yang memiliki limpahan minyak dan gas iaitu lebih baik, berbanding negara-negara yang tidak mampunyai hasil minyak. Sepatutnya begitu.
“kekayaan minyak sepatutnya dirasai oleh rakyat, bukan atas nama negara pengeluar minyak sahaja”
Terima kasih juga kepada Petronas bertungkus-lumus mengali hasil minyak dan gas untuk dipulangkan hasil kekayaannya untuk diuruskan oleh kerajaan Malaysia. Berdasarkan rekod terkini yang diperolehi, kerajaan Malaysia sejak penubuhan Petronas, kerajaan Malaysia sudah pun berjaya mengaut hasil kekayaan minyak sejumlah RM431,000,000,000 (RM431 bilion).
Jadi, suka kami di sini sebagai rakyat Malaysia, ingin mengetahui bagaimana jumlah sebesar duit negara ini diagihkan selama ini? Mengapa tidak bukan untuk rakyat Malaysia mengetahuinya? Bentangkan akaun Petronas di Parlimen.
Mengapa perlu disembunyikan daripada tatapan rakyat Malaysia?
Angka di atas dan di bawah ini nanti adalah 100% pendapatan yang diperolehi kerajaan Malaysia yang telah dipulangkan semula oleh Petronas dan Petronas hanya menyimpan sedikit daripada kekayaan minyak dan negara untuk kelangsungan aktiviti dan oprasi carigali mereka di masa-masa akan datang. Jumlah pendapatan ini tiada kena mengena & tidak disentuh sedikitpun duit Petronas.
Pendapatan kerajaan Malaysia di atas limpahan kekayaan petroleum dan gas telah mendatang pulangan terbahagi kepada 5 pecahannya. Antaranya ialah :
  1. Cukai Petroleum
  2. Cukai Pendapatan
  3. Dividen Petronas
  4. Duti Eksport Petroleum
  5. Royalti Petroleum & Gas
Di bawah ini kami sertakan pendapatan kerajaan Malaysia yang diperolehi daripada hasil minyak dan gas daripada tahun 2005 sehinggalah tahun 2010. Semuanya ini adalah berdasarkan sumber yang disemak melalui Perbendaharaan Negara.

Cukai Pendapatan Petroleum & Duit Eksport Petroleum 2005

Cukai Petroleum Eksport 2005 Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!

Dividen Petronas & Royalti Petroleum 2005

Dividen Royalti Petroleum 2005 Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!

Cukai Pendapatan Petroleum & Duit Eksport Petroleum 2010

Cukai Petroleum Eksport 2010 Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!

Dividen Petronas & Royalti Petroleum 2010

Didiven Royalti Petroleum 2010 Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!
Sumber : Perbendaharaan Negara

Jumlah Pendapatan Kerajaan Malaysia (Hasil Petroleum & Gas)

Jumlah Kekayaan Petronas Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!
Jumlah Pendapatan Malaysia Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!
Jadi, adalah sukar untuk diterima dek akal jika kita sebagai rakyat Malaysia berasa risau jika berlaku kenaikan harga minyak dunia sekalipun. Sebab? Sebab…kita pengeluar minyak. Kita eksport minyak ke negara-negara luar. Jikalau risau juga, ada sesuatu yang tidak kena di situ. Sekadar pandangan & pemerhatian daripada kami.
Jikalau anda perhatikan gambarajah yang kami sertakan di atas, anda semak semula agihan pendapatan bagi hasil petroleum & gas kepada kerajaan Malaysia pada tahun 2005. Pada ketika itu, harga minyak dunia adalah berada pada paras US$57.20 setong selepas berlaku kenaikan harga minyak dunia daripada hanya US$41.50 setong pada tahun 2004. Itu dahulu….Sekarang harga minyak dunia?
Harga Minyak Dunia Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!
“Harga minyak dunia meningkat, pendapatan negara mesti meningkat”
Negara mana yang pendapatan mereka akan memberikan impak jika harga minyak dunia naik? Semestinya, negara Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, sebab mereka tiada minyak. Malaysia? Kalau minyak naik sepatutnya menguntungkan Petronas amnya dan Kerajaan Malaysia umumnya kerana kita negara pengeluar yang menjual minyak mentah ke pasaran dunia.
Tahun ini kerajaan Malaysia juga mengganggarkan pendapatan negara akan terus meningkat termasuklah menerusi perolehan daripada hasil petroleum & gas  yang mana dijangkakan purata harga minyak mentah (tapis) adalah sekitar USS110 setong iaitu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya (tahun 2011) yang berada pada paras hanya US$108 setong.
Harga Minyak Pendapatan Kerajaan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Billion!!
Malam tadi, Perdana Menteri telah berjanji tidak akan menaikkan harga minyak RON95 walaupun subsidi petrol telah dinaikkan sebanyak 10% dek kerana kenaikan harga minyak dunia melalui tulisan diblognya yang telah dilaporkan oleh Buletin Utama. Persoalannya sampai bila, tidak diketahui…..

0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP