Sejak dari tahun 1985 hingga 2010, ada
permohonan-permohonan dari Malaysia untuk menuntut di Harvard. Dan
setiap tahun, sekurang-kurangnya seorang yang berjaya diterima masuk.
Bezanya sejak 2 tahun terakhir, menunjukkan kesemua
permohonan-permohonan pelajar Malaysia untuk masuk ke universiti paling
berprestij di dunia, Universiti Harvard ditolak kerana dilihat tidak layak dari segi kualiti dan kebolehan untuk bersaing.
Benarkah? Apa masalah yang diperbetulkan sekarang ini dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang ini?
Sekarang ini,
beribu-ribu yang mendapat semua A dalam SPM.
Setiap tahun bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM
meningkat. Tetapi adakah ia benar-benar mencerminkan kualiti sebenarnya
dalam diri setiap pelajar?
Dipetik Daripada Laporan : Malaysia Insider
Melihatkan isu ini, kami suka untuk
berkongsi beberapa contoh dan cerita di sini di mana sebelum ini
terdapat satu kursus yang diadakan oleh bekas-bekas pelajar yang pernah
memasuki Ivy League yang bertempat di Taylors College. Dari Universiti
Columbia, Brown, Duke, Yale, Princeton, MIT dan Harvard, CalTec dan juga
Stanford pun ada turut sama-sama menyertainya. Dan terdapat juga
beberapa universiti lain yang lain pada masa itu. Boleh dikatakan yang
hadir datang adalah terdiri daripada
pelajar-pelajar & bekas pelajar dari universiti yang berprestij di dunia. Seperti kata-kata seorang wakil daripada MITI :
“if you randomly throw a stone there, you will definitely hit a mathematic Olympiad champion”
Hakikat antara mereka yang hadir adalah
majoritinya adalah Cina, ada juga sebahagiannya adalah berbangsa India.
Melayu tiada pada masa itu. Tetapi kalangan daripada mereka yang hadir
memaklumkan suatu masa terdahulu terdapat beberapa kalangan Melayu yang berjaya diterima masuk ke dalam Harvard. Itu, dahulu….
“Seingat kami dahulu Raja Nazrin, Ananda
Krishnan, Wan Nadiah Wan merupakan lulusan Universiti Harvard. Ada
kalangan anda yang mahu berkongsi senaraiannnya?
Sekarang?
Dan…mereka mengatakan kebanyakan pelajar
Malaysia yang mendapat keputusan yang cemerlang atau dalam bahasa yang
mudah untuk diterima iaitu “keputusan yang gempak” tidak menjamin untuk
anda-anda semua diterima masuk ke dalam universiti yang paling
berprestij di dunia iaitu Universiti Harvard. Jadi apa yang mereka mahukannya sebenarnya? Apa yang Universiti Harvard cari adalah :
“Siapa anda, dan apa yang anda minati”
Ini semua ada kaitan dengan keghairahan seseorang dalam menimba ilmu mengikut bidang yang anda minati
yang akhirnya perlu dibuktikan kepada semua panel melalui esei anda.
Kebanyakan yang memberikan ceramah dan berkongsi pengalaman mereka tidak
boleh menafikan yang mereka yang berjaya mendapat semua A dalam SPM
dahulu tetapi apa yang penting yang perlu ada dalam diri mereka dan
membezakan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain pada masa itu adalah :
“Mereka amat bersemangat” dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Mereka akan buat sebaik mungkin.”
Contoh lain yang ingin kami kongsikan di
sini adalah di mana ada seorang pelajar Princeton yang memang minat
menari dan amat bagus dalam menari balet. Jadi apa yang beliau lakukan
semasa memohon masuk ke dalam universiti tersebut? Beliau telah hantar
semua imej dan gambar semasa beliau bertanding, sijil, siap sekali
disertakan video dengan esei beliau. Akhirnya, beliau berjaya diterima
masuk ke Univerisiti Priceton dalam jurusan Biologi.
Ada kisah lain yang menarik perhatian
kami, di mana ada kalangan di antara mereka yang minat melukis dan telah
menghantar banyak helaian lukisan yang disertakan bersama-sama borang
permohonan tersebut, akhirnya beliau juga diterima masuk Universiti
Brown. Seingat kami, beliau belajar dalam jurusan statistik.
Jadi, semuanya berkisar kepada semangat.
Ada seorang kaunselor dari Kolej Taylor ini berkongsi ceritanya dnegan
mengatakan ada seorang budak perempuan Melayu yang dapat diterima masuk
ke dalam Harvard disebabkan beliau sendiri menghantar buku resepi
ciptaan beliau sendiri bersam-sama dengan borang permohonan beliau.
Oleh itu, mereka (universiti Harvard)
ini kurang memberikan perhatian kepada markah SAT 1600, SPM 16 A+ atau
keputusan 20 A1. Ini kerana ramai juga yang memohon mendapat keputusan
yang sebegitu rupa. Jadi mereka lebih gemar untuk melihat dan
menilai keghairahan pemohon dan adakah pemohon benar-benar mampu
memberikan komitmen dan semangat secara maksimum?
“Itu sebablah, individu yang ghairah
dengan apa yang beliau minat, mempunyai pelaung yang cerah untuk
diterima masuk ke dalam universiti berprestij ini”
Jadi sudah sampai waktu dan ketikanya,
masyarakat (ibubapa, pihak sekolah, kerajaan) tidak digalakkan untuk
terus memberikan tekanan supaya mereka tidak hanya mengejar bilangan A
semata, tetapi kemahiran sosial dan pembentukkan diri seorang pelajar
itu sendiri perlu diambil perhatian yang cukup serius.
Yang pentingnya di sini, asas institusi pengajian tinggi sebenarnya
adalah terdiri daripada sistem pendidikan rendah dan menengah. Jikalau
asas di bawahnya tidak kuat, puncaknya pasti akan bergoyang.
Terus-terang kami katakan
sistem pendidikan di Malaysia di era 60 an dan 70 an lebih baik berbanding sistem pendidikan yang digunakan untuk tempoh 20 tahun ketika ini.
- Dahulu, sistem pendidikan benar-benar
diajar dan dididik untuk mendalami ilmu , bukan semata-mata mengejar
keputusan peperiksaan dengan cemerlang semata
- Dahulu, mreka lebih bebeas menyuarakan pendapat dan buah fikiran mereka
- Persoalannya sekarang ini, dengan
lambakan pelajar yang mendapat 10A setiap tahun. Adakah mereka
benar-benar berkualiti atau bersandarkan kepada kuantiti semata?
- Adakah ini ukuran sebenar yang mereka
pandai? Kalau jawapannya adalah YA, maknanya di sini siapa yang
memperolehi 10A mestilah pandai. Yang dapat 20A, pastinya genius. Yang
dapat 35A, bagaimana pula?
Sekali pandang, inilah dia serpihan
kesan disebalik sistem persekolahan di Malaysia. Sistem persekolahan di
Malaysia ada baiknya, tetapi masih ada ruang yang perlukan perubahan
besar dalam sisitem persekolahan di Malaysia.
P/S : Apa pandangan dan cadangan anda
pula daripada kaca mata anda sebagai seorang pelajar, bekas pelajar,
guru-guru (golongan pendidik) dan juga golongan yang sudah bekerjaya
melihat kepada isu ini?
0 comments:
Post a Comment