Powered by Blogger.

May 12, 2009

DI MANA RUH SEBELUM DITIUP KE DALAM JASAD


Soalan : Assalamualaikum ustaz.Saya satu kemusykilan berkaitan roh.Soalan saya, di mana ruh sebelum ditiup ke dalam jasad ?

Jawapan :

Menurut Imam Ibnu Hazm, Allah menjadikan ruh-ruh secara berkumpulan sebagaimana sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

الأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ، فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ

“Ruh-ruh diciptakan dalam kumpulan-kumpulan tersendiri. Mana-mana yang saling bersamaan dari mereka, akan akan saling berkawanlah dan mana-mana yang berbeza, akan saling bertelagahlah”.[1]

Kemudian Allah mengambil penyaksian dari ruh-ruh itu terhadap rububiyah/ketuhanan Nya sebagaimana yang diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya;

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’. Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”. (al-A’raf: 172)

Menurut Imam Ibnu Hazm, penyaksian tersebut di ambil sebelum lagi Malaikat di arah sujud kepada Adam dan sebelum ruh ditiupkan ke dalam jasad Adam di mana jasad Adam ketika itu masih berupa tanah dan air.

Kemudian ruh-ruh itu ditempatkan di Barzakh iaitu tempat yang sama ia akan dikembali apabila berlakunya kematian. Ruh-ruh akan kekal di situ sehingga sempurna kesemuanya ditiupkan ke dalam jasad-jasad manusia. Dalam pengertian lain; dari tempatnya di Barzakh itu, satu persatu ruh dipindahkan ke dalam jasad-jasad manusia (iaitu ketika janin-janin berusia 4 bulan atau 120 hari di dalam rahim ibu) hinggalah sempurna ke semua ruh yang ada dipindahkan iaitu mengikut bilangan manusia yang ditakdirkan Allah akan hidup di atas muka dunia ini.

Kemudian apabila berlaku kematian, ruh-ruh itu akan dikembalikan semula ke Barzakh iaitu tempat asalnya sebelum ia ditiupkan ke dalam jasad. Ketika Rasulullah –sallalllahu ‘alaihi wasallam- di mikrajkan, tatkala bertemu Nabi Adam –‘alaihis-salam- di langit pertama (langit dunia), baginda melihat di kanan dan kiri Adam terdapat ruh-ruh manusia yang banyak; sebelah kanannya ialah ruh-ruh yang mendapat kebahagiaan dan di sebelah kirinya ialah ruh-ruh yang mendapat kesesengsaraan. Menurut Imam Ibnu Hazm, ruh-ruh yang dilihat Nabi itu ialah ruh-ruh manusia di alam Barzakh.

Kemudian apabila berlaku kiamat, ruh-ruh akan dikembalikan semula kepada jasad-jasad mereka buat kali kedua di mana sekelian makhluk akan di hisab/dihitung oleh Allah dan akhirnya sebahagian mereka akan ditempatkan di dalam syurga dan sebahagian lagi akan ditempatkan di dalam neraka”.[2]
Kesimpulannya, menurut pandangan Imam Ibnu Hazm; ruh-ruh berasal dari alam Barzakh, kemudian di pindahkan ke dalam jasad manusia, kemudian di kembalikan semula ke alam Barzakh (apabila berlaku kematian) dan akhirnya akan bersama semua dengan jasad di hari akhirat.
Wallahualam

[1] Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-.
[2] Lihat; Tafsir Mahasin at-Takwil, Syeikh Jamaluddin al-Qasimi, jil. 6, hlm. 522-524 (ayat 85, surah al-Israk). Lihat juga; ar-Ruh, Imam Ibnul-Qayyim, hlm. 130-132.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP