Powered by Blogger.

May 12, 2009

Prosedur mohon nafkah anak


SOALAN:

SAYA dan bekas suami bercerai tiga tahun lalu. Kedua-dua orang anak kami yang berumur dua dan tiga tahun ditinggalkan di bawah penjagaan saya. Oleh kerana suami sering abai membayar nafkah anak-anak, saya membuat tuntutan di mahkamah syariah.

Mahkamah mengeluarkan perintah supaya dia membayar RM500 seorang setiap bulan untuk anak-anak kami. Pada mulanya dia ikut perintah mahkamah tapi lama kelamaan, anak-anak pun tak pernah dia jenguk apatah lagi memberi nafkah. Sekarang sudah hampir dua tahun dia tak beri nafkah kepada anak-anak. Apa lagi yang saya boleh lakukan sekarang?

Salmah Hassan

Melaka.

JAWAPAN:

Melalui pengalaman kami di Sisters In Islam, masalah yang dihadapi oleh puan ini merupakan salah satu cabaran utama yang sentiasa dihadapi oleh ibu tunggal di Malaysia dalam membesarkan anak-anak selepas perceraian.

Tindakan bekas suami puan yang sengaja tidak membayar nafkah anak-anak walaupun ada perintah mahkamah bukan sahaja satu tindakan yang tidak bermoral, ia juga

menyalahi undang-undang dan merupakan satu kesalahan yang serius dari segi undang-undang dan juga hukum syarak.

Di dalam surah al-Baqarah ayat 223, Allah SAW berfirman bahawa: "…dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada (ibu dan anaknya itu) menurut cara yang adil…"

Menurut perundangan Islam di Malaysia, telah dinyatakan dengan jelas dan terang bahawa adalah merupakan kewajipan bapa untuk menanggung anak-anak.

Seksyen 73(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2004 pula memperuntukkan bahawa "Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya."

Atas dasar inilah mahkamah telah mengeluarkan perintah pembayaran nafkah kepada anak-anak puan. Namun, jika bekas suami mengingkari perintah tersebut, tindakannya merupakan satu penghinaan kepada mahkamah.

Seksyen 133 memperuntukkan jika seseorang yang telah dengan sengaja cuai mematuhi perintah, mahkamah boleh mengarahkan supaya dia dikenakan denda atau boleh dipenjara. Tetapi puan hendaklah membuat permohonan kepada mahkamah syariah yang mengeluarkan perintah nafkah tersebut bagi tujuan ini.

Selain daripada itu, puan juga boleh membuat permohonan kepada

mahkamah untuk satu pelaksanaan perintah bagi mendapatkan hak anak-anak puan.

Perintah pelaksanaan ini adalah untuk memastikan bahawa perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini dilaksanakan oleh bekas suami puan yang akan dikuatkuasakan oleh Mahkamah.

Bagi mendapatkan perintah ini, Enakmen Tatacara Mal Negeri Melaka 2002 perlulah dirujuk. Di bawah Aturan 159 Enakmen Tatacara Mal Negeri Melaka 2002 tersebut dinyatakan bahawa tindakan penguatkuasaan penghakiman dan jenis perlaksanaan boleh dibuat melalui satu atau lebih daripada cara-cara berikut:-

lPerintah penyitaan dan penjualan Di mana mahkamah boleh memerintahkan harta-harta alih milik suami disita dan dijual secara lelong. Hasil jualan harta tersebut diberi kepada anak-anak puan sebagai bayaran nafkah.

lProsiding garnismenDi mana mahkamah memerintahkan supaya harta alih kepunyaan suami yang dimiliki atau dikawal oleh pihak ketiga ditahan dan dijual. Sekiranya tiada harta, maka apa-apa hutang yang perlu dibayar oleh pihak ketiga kepada suami. Hasil jualan atau hutang akan diberikan sebagai bayaran nafkah anak-anak.

lPerintah pengkomitan Di mana mahkamah akan merampas dan menyerah kepada isteri mana-mana barang yang telah diperintahkan untuk diserah kepada isteri. Barang-barang ini boleh dijual oleh isteri bagi mendapatkan bayaran nafkah anak-anak.

lPerintah penahanan pendapatanDi mana mahkamah akan menahan pendapatan suami. Ini membolehkan anak-anak puan mendapat nafkah terus dari pemotongan gaji bekas suami puan.

Oleh yang demikian, puan mempunyai pilihan untuk membuat permohonan yang difikirkan paling sesuai dan efektif terhadap suami puan. Jenis-jenis perlaksanaan ini adalah antara tindakan yang boleh diambil oleh Mahkamah agar perintah dipatuhi oleh bekas suami.

Bekas suami puan wajib untuk mematuhi mana-mana penghakiman yang telah dikeluarkan. .

Prosiding-prosiding di atas boleh membantu puan dan sekiranya puan mengetahui kedudukan harta yang dimiliki oleh bekas suami atau jumlah pendapatannya.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP