Powered by Blogger.

May 1, 2009

Sedekah bacaan al-Quran untuk arwah


SAYA ingin mengemukakan beberapa pertanyaan. Apa yang saya faham, selepas meninggal dunia, seseorang itu terputus segala amalan kecuali sedekah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Katakanlah, jika saya bersedekah dan membaca al-Quran dengan niat sedekahkan pahala bacaan itu kepada arwah, adakah pahala ini akan sampai? Dan bagaimana pula dengan bacaan Yasin pada malam Jumaat dengan niat sama?

Saya ada terbaca dalam sebuah buku yang mengatakan tidak dibolehkan membaca al-Quran dan pahala ditujukan kepada arwah. Betulkah?

Jawapan

Perkara seumpama ini sudah berkali-kali dibincangkan dalam ruangan ini. Ada pelbagai pandangan dan pendapat dalam hal pahala membaca Yasin dan al-Quran adakah ia sampai pada si mati atau tidak.

Bagi mereka yang tidak bersetuju seperti buku yang saudari baca, mereka berkeras mengharamkan atas nama bidaah.

Namun ada juga pandangan yang mengharuskan berdasarkan hadis Rasulullah SAW diriwayatkan Ahmad, Abu Daud, al-Nasaie termasuk juga Ibn Majah manakala Ibn Hibban juga memperakui akan kesahihan hadis ini.

Seperti mana yang diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jantung al-Quran ialah Yasin, tidak seorangpun yang membacanya melainkan dia mengharapkan pembalasan di hari akhirat melainkan dia diampuni Allah.

Justeru, hendaklah kamu membacanya kepada yang hampir mati dan orang-orang Islam yang lebih awal meninggalkan kamu.”

Perkara ini berkaitan masalah yang harus ada ijtihad, justeru kedua-dua pandangan mempunyai nas dan sandaran masing-masing.

Secara peribadi, selepas meneliti semua pendapat, saya lebih cenderung pada pendapat yang mengharuskan.

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP