Jul 22, 2012
Antara Keringanan Dalam Bab Puasa Ramadan
وَعَنْ
عَائِشَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا - أَنَّ
اَلنَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ جِمَاعٍ,
ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Daripada ‘A`ishah
dan Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berada pada waktu pagi
dalam keadaan berjunub kerana persetubuhan kemudian baginda mandi dan
meneruskan puasa.
(al-Bukhari, no: 1931, Muslim, no: 1109 )
Lafaz al-Bukhari:
أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُدْرِكُهُ
الْفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Sesungguhnya
sempat dengan waktu fajar dalam keadaan berjunub kerana bersama dengan
isterinya kemudian baginda mandi dan berpuasa.
Lafaz Muslim:
كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ
جِمَاعٍ لَا مِنْ حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ وَلَا يَقْضِي
Rasulullah
s.a.w. pernah berada pada waktu pagi dalam keadaan berjunub kerana
persetubuhan bukan kerana bermimpi kemudian baginda tidak berbuka puasa
dan tidak menggantikannya.
Zahir
yang difahami daripada hadis ini ialah sahnya puasa orang yang sedar
atau berada pada waktu subuh dalam keadaan berjunub. Dalam bab ini,
tidak disyaratkan taharah untuk menentukan sama ada sah atau tidak puasa
itu. Ini berbeza dengan sembahyang yang disyaratkan padanya itu taharah
terlebih dahulu.
Oleh
itu, orang yang terjaga lewat dari tidurnya hingga hampir tamat waktu
sahur maka bolehlah dia menangguhkan mandi junubnya dengan mendahulukan
sahurnya. Ini merupakan kemudahan yang besar bagi membolehkan seseorang berpuasa.
Dalil asal bagi perkara ini ayat 187, Surah al-Baqarah
أُحِلَّ
لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ
لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ
تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ فَالْآَنَ
بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا
حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ
الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
Dihalalkan
bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan
isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi
kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui
bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu
dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan
carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah
serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang)
dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);
Wajah
atau cara berdalil dengan ayat ini ialah ayat ini menyatakan halalnya
persetubuhan, makan dan minum sehingga fajar. Sekiranya orang yang
berpuasa itu mesti mendi junub terlebih dahulu maka tentu tidak ada
keharusan sehingga waktu fajar. Dalam pada itu, Allah s.w.t.
memerintahkan supaya menyempurnakan puasa sampai waktu maghrin. Jika
puasa orang yang tidak mandi sebelum fajar itu tidak sah tentu tidak
diperintah supaya menyempurnakan puasa.
Adapun hadis
عن أبي هريرة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا نودي بالصلاة صلاة الصبحوأحدكم جنب، فلا يصوم يومئذ
(Ibn Hibban, 3485, Ahmad, 8145)
Majoriti
ulama mengatakan hadis ini telah mansukh dan Abu Hurayrah pernah
memberikan fatwanya berdasarkan kepada ini. Bagaimanapun beliau telah
menarik balik pendapatnya kerana ada riwayat daripada ‘A`ishah dan Ummu
Salamah.
Diqiyaskan
kepada perempuan yang haid atau nifas, sekiranya darah mereka kering
dan mereka mendapati tanda-tanda suci sebelum fajar maka hendaklah
berpuasa walaupun hanya mandi setelah terbit fajar kerana mereka sudah
menjadi orang yang diwajibka atasnya puasa. Mereka juga hendaklah segera
mandi junub untuk sembahyang subuh supaya dapat sembahyang dalam
waktunya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(220)
-
▼
Jul
(26)
- Abdullah bin Salam
- Fakta Sebenar Isu Air Di Selangor
- Hadis 22 - Hadis 40
- ADAB BERBUKA PUASA MENURUT SUNNAH
- Gambar sedih: Masjid dibakar dan rakyat dibunuh di...
- Hadis 21 - Hadis 40
- Hadis 20 - Hadis 40
- Antara Keringanan Dalam Bab Puasa Ramadan
- Mengerjakan Solat Tarawih Menurut Sunnah Nabi
- Hadis19 - Hadis 40
- Hadis18 - Hadis 40
- Program Tadabbur Al-Quran sempena Ramadhan 1433
- 'Rakyat hilang air percuma jika terus Projek Langa...
- Skodeng Bentuk Baru...
- Tadabbur Surah 112 – Al-Ikhlas (Makkiyah)
- Tadabbur Surah 113 – Al-Falaq (Makkiyah)
- Tadabbur Surah 114 – An-Nas (Makkiyah)
- Hadis 17- Hadis 40
- PILIHANRAYA MUSIM HAJI : SEBUAH PANDUAN HUKUM
- ADAKAH SOLAT PEREMPUAN BERBEZA DENGAN LELAKI?
- Hadis 16 - Hadis 40
- Hadis 15 - Hadis 40
- BULAN RASULULLAH: DOA MUDAH DIMAKBULKAN DOSA DIAMP...
- Hadis-Hadis Tentang Allah Memerhatikan Hamba-Hamba...
- Hadis 14 - Hadis 40
- Hadis 13 - Hadis 40
-
▼
Jul
(26)
0 comments:
Post a Comment