Powered by Blogger.

Jul 14, 2012

Tadabbur Surah 114 – An-Nas (Makkiyah)

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (6)



Surah ini adalah Surah Makkiyah yang memiliki 6 ayat. Di dalam Surah ini, Allah swt. menjelaskan beberapa perkara penting terkait tarbiyah dalaman kepada seorang manusia yang ingin benar-benar beriman kepada Allah swt.. Surah ini memberikan tasawwur yang sungguh mendalam kepada kita dalam melihat kelemahan manusia yang sangat-sangat memerlukan bantuan Allah untuk menghadapi pelbagai serangan terhadap aqidah dan keimanan.
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Apakah kamu tidak melihat bahawa ada ayat diwahyukan kepadaku pada malam ini yang belum pernah dilihat sebelum ini? “Qul a’uzubirabbil falaq dan Qul a’uzubirabbin naas.” (Riwayat Muslim)
Dari Aisyah RA:
Bahawa setiap kali Rasulullah menderita sakit, Baginda akan membaca Mu`awwizatain (An-Naas dan Al-Falaq) pada dirinya sendiri dan meniupkan (pada badannya). Jika rasa sakit kian bertambah, Aisyah berkata bahawa beliau akan membacakan Mu`awwizatain pada Baginda serta mengunakan tangan baginda untuk mengusapnya ke seluruh badan bagi mengambil berkat dari kedua Surah itu.” (Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

ٱلنَّاسِ -      Adalah manusia itu sendiri dan Allah swt. sedang berbicara tentang mengenal hakikat seorang manusia. Manusia terdiri daripada tiga bahagian penting, (1) Hati, (2) Aqal dan (3) Jasad. Di antara ketiga-tiga bahagian tersebut, hati memainkan peranan yang paling penting dalam mewarnai perubahan terhadap seseorang sepertimana sabda Nabi saw.:
وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ   مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ  أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati . (Riwayat Bukhori dan Muslim)
Hati umpama raja kepada seluruh anggota yang menyebabkan aqal dan jasad bertindak mengikut kemahuannya. Ketika kita terasa sakit hati, seluruh tubuh menderita dan apabila kita suka hati, setiap energy keluar untuk meraikan apa sahaja kegembiraan yang ada. Hati ada titik mula kepada perubahan.
ٱلۡخَنَّاسِ  -  Ketika kita ingin memulai sesuatu perubahan kepada kebaikan, muncul Al-Khannas yakni sesuatu yang kerap menghilang dan menjelma yang terdiri daripada Jin dan Manusia. Dan tentunya serangan ini datang untuk merosakkan unsur terpenting dalam diri manusia iaitu hati.
Ya syaithan itu datang dan membisikkan segala tipu daya yang kita tidak nampak atau mendengarnya tetapi akhirnya kita merasai kesannya daripada tindak-tanduk kita yang melanggar syariat Allah swt.. Ia senantiasa mengintai-ngintai peluang untuk menanamkan sifat-sifat negatif untuk menolak kebaikan, lalai, sombong, malas untuk belajar dan ego terhadap kesalahan diri sendiri.
Bukan sekadar syaithan, bahkan penggoda-penggoda itu juga terdiri daripada manusia yang bertopengkan syaithan untuk memesongkan kita daripada bersama-sama dengan kebenaran. Ya mungkin ia adalah rakan-rakan kita yang belum terbuka hatinya untuk bersama-sama dengan tarbiyah atau bekas teman lelaki dan wanita yang senantiasa menanamkan racun syahwat supaya kita hati kita menjadi lemah dan tidak berdaya untuk meneruskan perubahan yang kita rasakan perlu terhadap diri kita. Bisikan itu halus, perlahan dan ianya datang dan pergi untuk membuatkan kita berfikir sejenak, dan datang lagi untuk menggangu dalam pelbagai bentuk agar azam dan kemahuan kita terus tersungkur dengan pujukan keseronokan jahiliyyah.
Perjuangan syaithan bersama agen-agennya adalah pertembungan yang ditakdirkan Allah swt. hingga hari kiamat untuk menyesatkan ummat manusia.
قَالَ أَرَءَيۡتَكَ هَـٰذَا ٱلَّذِى ڪَرَّمۡتَ عَلَىَّ لَٮِٕنۡ أَخَّرۡتَنِ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ لَأَحۡتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ ۥۤ إِلَّا قَلِيلاً۬ (٦٢)
Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).(Surah Al-Isra’: 62)
Firman Allah di dalam Surah Al-Hijr (15:39-40):
“ Iblis berkata : ‘ Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka.”
Sufyan ats-Tsauri berkata “Bid’ah itu lebih disukai iblis dari maksiat; kerana pelaku maksiat dapat diharapkan bertaubat, sedang pelaku bid’ah sukar untuk bertaubat.”
أَعُوذُ -       Oleh itu Allah swt. mengajarkan kepada kita teknik untuk menghadapi serangan syaitonirrojim ini dengan berta’awudz. Yakni Allah memerintahkan kita untuk mencari perlindungan denganNya dan berkata dengan penuh perasaan dan kesedaran bahwa tidak ada pelindung, pemberi jaminan dan tempat meminta bantuan selain daripadaNya.
Dari Ibn ‘Abbas RA katanya sabda Rasulullah SAW:
“Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan.”
Dari Uqbah bin Amir r.a : Ketika aku berjalan bersama Rasulullah saw antara Juhfah dan Abwa’ (Abwa’ adalah-sebuah desa yang terletak antara Madinah dan Juhfah, kira- kira sejauh 23 batu di sebelah selatan kota Madinah), tiba-tiba kami diliputi angin dan cuaca gelap-gelita.
Maka Rasulullah saw memohon perlindungan dengan membaca ‘Qul a’uudzubirobbil falaq’ dan ‘Qul a’uudzubirobbin naas’, dan Rasulullah saw bersabda, “Wahai Uqbah, mohonlah perlindungan kepada Allah dengan kedua surah ini. Tidak seorang pun berlindung kepada Allah dengan doa yang menyerupai keduanya”.
Kata Uqbah, ‘Aku mendengar beliau menjadi imam ketika solat bersama kami dengan membaca kedua surah itu’. (Riwayat Abu Daud)
Walapun Allah membiarkan syaithan dan agennya berkeliaran menyesatkan hati-hati manusia, tetapi mereka akan tewas kepada mereka yang senantiasa mengingati Allah. Apatah lagi apabila kita sentiasa bersama dengan halaqah/usrah di mana di dalamnya terdapat kekuatan yang mampu untuk membantu kita menyerang kembali hasutan-hasutan yang sedang bertapak di dalam hati kita.
رَبِّ / مَلِكِ / إِلَـٰهِ -      Kepada siapa kita berlindung ? Itulah –
Ar- Rabb – sifat Allah yang memelihara, mengasuh, mengarah, menjaga dan melindung
Al-Malik – sifat Allah yang memilik, memerintah dan mentadbir
Al-Ilah – sifat Allah yang menguasai segala-galanya
Sifat-sifat Allah ini berkuasa untuk memberikan kita pertolongan super yang akan melindungi diri daripada daripada kejahatan-kejahatan yang cuba untuk meresap masuk ke dalam jiwa kita.
Allah Ar-Rabb yang senantiasa memeliharda dan melindungi ktia daripada kita kecil lagi hingga hari ini. Dia senantiada ada bersama kita setiap masa melihat segala keperluan kita untuk hidup. Keimanan kepada Ar-Rabb akan membuatkan jiwa kita tenang ketika ktia sedang berusaha berubah kearah kebaikan, meskipun ditentang orang sekeliling, dicemuh, dipulaukan rakan-rakan, dibuang kerja seolah-olah hamper tertutup pintu rezki dunia, tetapi sebenarnya Allah-lah yang memberikan kita rezki walaupun di mana sahaja kita berada. Dia-lah sebenar-benar penjaga.
Al-Ilah Allah menguasai segala-galanya. Dia-lah tempat untuk kita mencurahkan segala harapan, kerinduan dan cinta. Ketika mana syaithan dan konco-konconya menghasut kita dengan janji-janji can cinta palsu, kebergantungan kepada Ilah Allah-lah yang akan membuatkan kita terus teguh untuk berada di dalam dakwah dan tarbiyah.
Syaithan akan terus membisikkan cinta kepada syahwat dan dunia tetapi ketikamana kita benar-benar faham dan yakin bahwa tidak ada Ilah selain daripada Allah, semua penipuan itu akan sirna dan kita akan menyerahkan segala kehidupan kita untuk Allah swt..
Maraji’
  1. Tafsir Manhaji Juzuk 30, Ali Laban, Husam Humaidah, Hasan Jaudah, Mahmud Abu Rayyah
  2. Fi Zilalil Quran, Syed Qutb
  3. Tafsir Al-Wadhih, Dr. Muhammad Mahmud Hijazi

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP