Powered by Blogger.

Jul 14, 2012

Tadabbur Surah 113 – Al-Falaq (Makkiyah)

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (ALlah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.  (5)

Surah Al-Falaq adalah surah yang 113 di dalam Al-Quran, mengandungi 5 ayat dan tergolong dalam Surah Makkiyah. Surah ini memiliki kaitan yang sangat rapat dengan surah selepasnya iaitu Surah An-Nas (114); pertama kerana kedua-dua Surah ini adalah Mu’awwizatain (ada lafazAl-Isti’azah: Aku berlindung dengan…) dan kedua Surah ini melengkapi penjelasan Surah An-Nas tentang tasawwur terhadap cabaran luaran di hadapan kaum Muslimin yang ingin beriman kepada ALlah secara total.

Kelebihan Surah Ini
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Apakah kamu tidak melihat bahawa ada ayat diwahyukan kepadaku pada malam ini yang belum pernah dilihat sebelum ini? “Qul a’uzubirabbil falaq dan Qul a’uzubirabbin naas.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Aisyah RA:
Bahawa setiap kali Rasulullah menderita sakit, Baginda akan membaca Mu`awwizatain (An-Naas dan Al-Falaq) pada dirinya sendiri dan meniupkan (pada badannya). Jika rasa sakit kian bertambah, Aisyah berkata bahawa beliau akan membacakan Mu`awwizatain pada Baginda serta mengunakan tangan baginda untuk mengusapnya ke seluruh badan bagi mengambil berkat dari kedua Surah itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Dari Abu Sa’id RA:
Bahawa Rasulullah SAW sentiasa meminta perlindungan daripada kejahatan Jin dan Manusia. Namun, setelah Mu’awwizatain (An-Naas dan Al-Falaq) diturunkan, Baginda telah menggunakan keduanya sebagai perlindungan dan meninggalkan selainnya. (Hadis Riwayat Tirmidzi dan An-Nasa’i)
قُلۡ
Katakanlah dengan penuh penghayatan dan perasaan bahwa kita berlindung kepada ALlah daripada sebarang kejahatan seluruh makhluk yang sanggup melakukan perkara-perkara yang buruk kepada kita yang menyebabkan kita merasakan tidak tenteram, takut dan gundah gulana dalam menjalani kehidupan dan mempertahankan keimanan.

Katakanlah permohonan perlindungan itu daripada ALlah kerana Dia mendengar dengan sambutan yang penuh mesra dan kasih untuk menjaga, memelihara, mengasuh dan melindungi kita sebaik sahaja kita berikrar tiada lagi Ilah (kerinduan, kecintaan, sembahan) selain daripada ALlah.
Inilah arahan daripada ALlah untuk para mu’minin masuk ke dalam perlindungan ALlah.

Cabaran Luaran
Ya ketikamana kita berikrar untuk membumihanguskan segala jahiliyyah (Ilah selain ALlah), ALlah menjelaskan bahwa tentera syaitonirrojim akan datang berpusu, hilang dan pergi menunggu peluang untuk melemahkan hati kita yang baru sahaja ingin melakukan perubahan dan keazaman kita untuk berjuang di jalan ALlah. Petanda kemenangan syaithon adalah apabila hati kita mulai goyah, semangat untuk berubah kian pudar dan kaki semakin berat untuk melangkah menghadiri program-program tarbiyah.

Tetapi wahai saudara, bukan sekadar itu, ALlah menjelaskan bahwa di sepanjang perjalanan kita untuk menjaga keimanan ini akan datang pelbagai cubaan-cubaan luaran untuk menguji keimanan kita kepada ALlah sekaligus melengkapkan serangan terhadap seluruh bahagian seorang manusia, yakni sebelumnya hati tetapi kini aqal dan seluruh jasad. Terdapat tiga (3) cabaran,
  1. Kejahatan malam
  2. Kejahatan perempuan
  3. Orang yang dengki
الفَلَق
Falaq’ adalah cahaya ‘waktu Subuh’ atau ‘seluruh makhluk’ yakni kita memohon perlindungan tuhan yang memiliki subuh yang cahya menyisingkan fajar menyelamatkan manusia dari kejahatan perkara yang tidak kelihatan (Al-An’am:95) atau kejahatan sekalian ciptaaNya.

Maksud ini sesuai dengan ayat berikutnya di mana ALlah menyuruh kita meminta perlindungan daripada keburukan atau mudharat yang datang daripada makhluk ciptaanNya.  Bencana yang di bawa oleh makhluk sesetengah tampak jelas dan selainnya terkadang merupakan jahiliyyah yang dihiasai dengan penuh keindahan tetapi kesannya tak lain melainkan kerosakan.

Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya ALlah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”  (Surah Ar-Rum: 41)

Seterusnya Allah menjelaskan lagi makhluk-makhluk yang membawa unsur kejahatan tadi.
غَاسِقٍ Adalah Malam. Malam yang gelap gulita atau asalnya sesuatu yang datang mencurah
وَقَبَ Apabila telah gelap-gulita – Yakni bila malam menyelubungi dan melitupi semua kehidupan.

Waktu malam itu menakutkan tatkala di sekeliling kita gelap gulita tanpa sebarang cahaya. Pelbagai perkara akan bermain di fikiran, hati kita menjadi yang resah menyebabkan kita risau dan takut kemungkinan ada kejahatan yang kita tidak nampak, datang pula pelbagai memori yang sedih atau tiba-tiba bangkit syahwat di kala tiada manusia lain yang menyaksikannya. Pokoknya kita berhadapan dengan suatu keadaan yang tidak terduga, semuanya yang membimbangkan menjadikan kita hilang fokus.

Namun kita hidup di zaman yang waktu malamnya terang ibarat siang. Tiada kerisauan untuk hadir usrah walaupun bermula pada jam 9 malam dan habis pada pukul 3 pagi. Namun begitu terkadang hadir pelbagai perkara, kejadian dan peristiwa yang boleh membuatkan kita hilang focus terhadap dakwah dan tarbiyah baik syahwat apabila bersendirian teringat memori jahiliyyah lampau, hal-hal kehidupan yang terkadang menghayutkan kita daripada teguh di atas gerabak dakwah ataupun hari-hari menghadapi exam, kekusutan kerja dan masalah keluarga yang membimbangkan hati dan perasaan.

وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلۡعُقَدِ
Tukang-tukang sihir wanita itu akan terus bekerja untuk memukau anda para daie di jalan Allah supaya mata hati anda terpedaya dengan segala keindahan yang mereka bisikkan dan tonjolkan sesuai dengan kehendak mereka seperti dalam firman Allah di dalam Surah Taha, ayat 65-69. Sesungguhnya itulah hakikat mereka, mereka tidak mempunyai kuasa untuk merubah sesuatu tetapi power yang mereka ada adalah untuk membuatkan kita layu di buai segala penipuan.

“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” ( Al-Hijr: 42)
Di zaman ini, jarang sekali kita berjumpa dengan nenek kebayan atau bomoh-bomoh perempuan. Tetapi sihir seorang perempuan bukan setakat jampi mantera;
  1. Mereka yang membisikkan kata-kata manja untuk memikat kamu
  2. Mereka yang memperindahkan muka dan badan untuk membangkitkan syahwatmu
  3. Mereka yang menggunakan pangkatnya untuk memiliki kamu
Dan akhirnya engkau akan jatuh tersungkur walaupun di dalam hatinya tersimpan azam untuk berubah setinggi langit jika engkau terpedaya dengan penyihir jahiliyyah yang ada di sekeliling kita.
Untuk anda para ikhwah, sedarlah bahwa inilah tukang-tukang sihir wanita yang berusaha untuk memastikan anda tidak menaiki tangga kedua (Baitul Muslim) bersama para akhowat tercinta.
حَسَدَ
Tatkala kita ingin komited kepada Islam, ALlah memperingatkan suatu sunnatullah dalam kehidupan manusia yang mana kita tidak akan dapat lari daripada orang-orang yang berhati busuk, yang dengki terhadap kebaikan yang kita peroleh dan cuba untuk melenyapkannya.

Mata-mata yang dengki terus melirik laju memerhatikan gerak langkah kita sambil mulut mereka terkumat kamit dengan segala jampi serapah menyemburkan cerita-cerita fitnah (kisah-kisah lama tentang keburukan kita) untuk membuatkan kita lemah dan seterusnya meninggalkan dakwah dan tarbiyah.

Dan yang paling penting, manusia yang irihati tadi bukan siapa-siapa tetapi mereka adalah orang-orang yang terdekat dengan anda kerana tidak mungkin orang yang dengki itu adalah orang yang tidak tahu bahwa anda sedang berubah. Itulah yang berlaku kepada Habil dan Qabil.
Maraji’
  1. Tafsir Manhaji Juzuk 30, Ali Laban, Husam Humaidah, Hasan Jaudah, Mahmud Abu Rayyah
  2. Fi Zilalil Quran, Syed Qutb
  3. Tafsir Al-Wadhih, Dr. Muhammad Mahmud Hijazi

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP