Powered by Blogger.

Jan 12, 2009

Hari Jadi Dato' Siti Nurhaliza ke-30

Imran Ajmain Nyanyi Lagu di Hari Jadi Dato' Siti Nurhaliza ke-30


Budiey Blog11 Januari… setiap kali tiba tarikh ini, sekalian peminat Dato' Siti Nurhaliza (termasuk Budiey) akan melayangkan ucapan Selamat Hari Jadi buat penyanyi nombor satu Malaysia ini. Budiey mewakili Sensasi Selebriti dan seluruh pembaca budiey.com ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-30 buat Dato' Siti Nurhaliza. Semoga tahun mendatang memberikan sinar bahagia dan dikurniakan cahaya mata serta kesihatan yang berpanjangan.

Budiey dengar cerita, semalam Dato' Siti Nurhaliza telah mendapat kejutan befday yang dirancang oleh familinya. Siap jemput seorang penyanyi untuk buat kejutan buat Siti. Hehehe, dan selebriti yang telah dijemput ialah Imran Ajmain… dan Imran khabarnya telah menyanyikan lagu terbarunya, Selamat Ulangtahun Sayang buat Dato' Siti Nurhaliza!

Semalam, majlis hari jadi Siti Nurhaliza diadakan pada jam 8 hingga 11 malam di rumah Siti Nurhaliza kat Bukit Antarabangsa. Antara selebriti yang turut hadir ialah Fara Fauzana, Tiara Jacquelina, Hans Isaac, Diana Danielle, Sairah dan ramai lagi diadakan. Ramai editor dari media-media besar juga telah dijemput. Budiey tidak dijemput pun. Kalau jemput pun, rasanya tak Budiey tak dapat join sebab letih sangat sibuk buat parti ulangtahun ke-2 Budiey.com. Tak pelah, nanti akan jumpa jugak Siti Nurhaliza pada 14 Januari nanti di pelancaran album Lentera Timur.

Siti potong kek 3 tingkat. Alamak macam nak kawin la pulok.

Tetap cantik di usia 30 tahun. Hepi befday ya Dato'…

Jam 11 malam, acara potong kek bermula dengan nyanyian selamat hari jadi dari semua jemputan dan famili Siti. Selesai potong kek, Imran Ajmain nyanyi lagu Selamat Ulangtahun Sayang untuk Siti. Siap dengan iringan band dari Syed Sobri!

Untungnya jadi Imran Ajmain. Dapat nyanyi lagu untuk selebriti kesayangan ramai ini. Haha, kepada penyanyi lain, korang kena buat lagu Hari Jadi macam yang dibuat oleh Imran. Mana tahu tahun depan, ada rezeki dapat nyanyi untuk Siti pulak.

Happy befday Dato' Siti…. kami semua sayangkan anda dan akan sokong sampai bila-bila!

Fedtri Yahya pun ada datang

Hans Isac pun dijemput. Kenapa pakai serba hitam?

Siti nyanyi bersama dengan seorang wartawan

Suasana yang begitu meriah. Warna tema pink dan putih memang menenangkan.

Siti sempat mendendangkan beberapa buah lagu dan kasi ucapan buat semua hadirin

Siti sedang melayan tetamu yang datang. Cantik baju dia. Pink!

Kek yang sangat besar… nak sikit boleh?

Datuk Khalid sedang berucap

Ramai tetamu datang begitu gembira dan enjoy…

Imran nyanyi: Aku hanya inginkan engkau setia… kerana setia yang mencipta BAHAGIA mu…"

Datuk Khalid dalam penampilan serba putih

Selesai majlis, ada sidang akhbar, apa lagi, soalan terjah la…

Mesra dan masih lagi intim

Letih nak jawab soalan pasal gossip, ketenangan dan ketabahan adalah kunci segala.

Imran Ajmain tidak ketinggalan untuk bergambar dengan Dato' Siti Nurhaliza dan Datuk K.

Gambar dikirim oleh Pengurus Imran Ajmain, terima kasih Aswad dan Imran Ajmain.

Ini petikan dari Berita Harian:

'Jangan fitnah kami lagi!'
Oleh Suzan Ahmad

Siti dan Datuk K menafikan gosip keretakan rumah tangga mereka.

SELEPAS hampir tiga tahun melayarkan bahtera rumah tangga, pasangan ini tidak pernah sunyi daripada menjadi bahan fitnah terutama menerusi internet. Tidak sudah-sudah mahligai yang dibina atas dasar cinta ini diduga dengan pelbagai tuduhan dan cercaan menerusi internet yang sengaja memburuk-burukkan perhubungan suami isteri itu.

Realitinya mereka terus bahagia sehingga kini, malah kasih sayang mereka makin kuat apatah lagi sudah berjanji bersama untuk mengharungi apa saja badai yang melanda atas semangat persefahaman, tolak ansur dan saling mempercayai. Fitnah demi fitnah, begitu juga tohmahan yang dilemparkan sewenang-wenangnya berupaya ditepis penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.

Ini juga termasuk hal berkaitan keharmonian rumah tangga mereka selama ini sudah menjadi mainan di bibir masyarakat sejak akhir-akhir ini - semuanya kerana kecanggihan teknologi dan dunia informasi tanpa sempadan dan juga media massa yang melaporkan secara rambang. Namun, kesabaran pasangan berprofil tinggi ini begitu tercabar apabila Rabu lalu, sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris menyiarkan berita keretakan rumah tangga yang disifatkan boleh mencalarkan imej dan membuatkan keluarga, kenalan dan sahabat handai jadi keliru sama ada ia berita benar atau sebaliknya.

"Kesan daripada paparan gambar yang sebegitu membayangkan sesuatu yang bakal hancur, hati kami pun terluka apabila melihatnya. Ya, Siti akui semua ini ada hikmahnya, kami melihat seolah-oleh diri dipermainkan internet dan apabila disiarkan akhbar ia jadi lebih mengejutkan. Kami begitu kesal kerana perkara begini tidak sepatutnya berlaku, sudah-sudahlah, hentikanlah cubaan untuk menjatuhkan sesama manusia," demikian luah rasa Siti bersama suaminya itu ketika mengadakan pertemuan dengan wartawan Kumpulan NSTP, pada malam Khamis lalu.

Ada ketikanya perasaan dan keharmonian pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 tertekan hingga pada satu peringkat Datuk K mengakui pernah menyuarakan isi hatinya Siti mengundurkan diri daripada terus terbabit dalam dunia seni suara.

"Ya, saya terlalu tertekan dan pernah mencadangkan hal ini kepada Siti, tapi isteri saya punya cara tersendiri untuk menghadapi segala macam dugaan kerana dia lebih arif dengan dunia hiburan," jawabnya yang sudah lama menerima hakikat bahawa dia harus berdepan keadaan sedemikian ketika melangkah masuk ke dunia penyanyi wanita paling popular di tanah air sejak menikahi Siti.

Jelas Siti lagi, dia dan suami sendiri sebenarnya tidak suka untuk tampil dan membuat kenyataan begini kerana sudah pasti ada saja pihak yang berfikir mereka cuba mengambil kesempatan dan menangguk di air keruh, namun hakikatnya fitnah begini perlu dihentikan.

Khalid juga mengakui, bukan dia tidak boleh terima gosip mengenai dunia hiburan tetapi hal rumah tangga yang dipermainkan orang menerusi internet dan media massa adalah keterlaluan, lebih-lebih lagi cerita mereka kononnya bakal bercerai.

"Saya berharap kalau ada cerita yang tidak sahih jangan laporkan dalam media dan boleh hubungi saya dan Siti untuk dapat kepastian. Saya nak merayu di sini terutama media cetak, sekiranya ingin mengambil apa juga cerita dari sumber internet tolonglah berhati-hati, kerana 99.9 peratus daripada segala macam cerita negatif saya dan isteri yang dipaparkan adalah tidak benar. Adalah tidak adil sekiranya bahan begini diambil bulat-bulat tanpa mendapat penjelasan dan pengesahan," kata Khalid yang mengakui kecewa dan ada ketikanya marah kerana cerita dan gambar yang dipaparkan membabitkan maruah keluarga dan mencalar kedudukannya sebagai seorang ahli perniagaan.

Jelas Khalid lagi, isterinya sendiri tidak pernah melatah dengan segala macam fitnah dan gosip liar yang ditujukan terhadap mereka berdua.

"Siti pun nak kata marah tidak, syak pun tidak, jauh sekali melenting kerana dia tiada sebab untuk curiga terhadap saya kerana kami sering bersama hampir setiap masa. Saya sangat menyintai isteri saya sepenuh hati dan saya bahagia berkongsi hidup dengannya, tidak pernah terlintas di hati saya untuk melukakan hatinya. Sepanjang kami berkahwin, kami tidak pernah bergaduh," kata Khalid.

Antara gosip liar sebelum ini yang pernah disebarkan dalam internet dan media massa termasuk cerita kononnya Siti Nurhaliza dikasari suaminya sehingga Khalid terpaksa membuat laporan polis terhadap dakwaan itu. Malah, pemergian Siti ke Makkah untuk menunaikan umrah Ramadan lalu dibayangi dengan gosip mengatakan dia dimadukan apabila suaminya bernikah dengan seorang pramugari di London.

Khalid juga menjadi mangsa gosip apabila dikhabarkan menjalinkan hubungan dengan aktres dan model jelita, Rozita Che Wan sehingga sanggup menghadiahkan kereta mewah kepada aktres berkenaan. Tubuh badan Siti juga tidak lepas dari menjadi perhatian. Ketika berat badan Siti naik mendadak dia pernah dikatakan sudah berisi dan bila tubuhnya susut mendadak, timbul pula cerita Siti kononnya mendapatkan rawatan membuang lemak di sebuah klinik kecantikan di Klang.

Kesimpulannya, pasangan Siti Nurhaliza dan Khalid sehingga kini sedang menikmati kebahagiaan rumah tangga, namun pasangan itu berharap janganlah ada lagi pihak yang berterusan memfitnah mereka kerana ia bukan saja tidak baik dan berniat jahat sebaliknya boleh mengelirukan rakan dan kenalan mereka.

"Kita beragama Islam, berdosa kalau memfitnah, janganlah sampai begitu. Kami pun tidak kenal siapa yang buat cerita yang bukan-bukan seperti ini. Kalau fitnah ini terus menjadi-jadi dan melarat, saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang," kata Khalid.

Semalam juga, Budiey ada menerima beberapa gambar yang dikirimkan oleh peminat… dan Budiey letakkan semua gambar tu kat sini… juga ada coretan dan luahan hati dari seorang peminat yang ingin Budiey kongsikan bersama:

Harap Dato' Siti Nurhaliza tak BERHENTI MENYANYI… tanpa Siti di industri ini… tiada laaa seri…

Biarkan Siti Nurhaliza berlalu pergi… kerana kita terlalu cerewet mencari sempurna

Beliau dah melakukan yang terbaik untuk kita dan untuk industri ini selama hampir 13 tahun, tapi sayangnya iklim dan situasi industri hiburan ketika ini sangat mendukacitakan (walaupun beliau salah seorang bintang terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia)

Industri hiburan semakin tenat malah ditenatkan lagi dgn segala sampah sarapnya.

Persaingan antara media cetak dan blog-blog internet menjadikan informasi hiburan lebih bersifat picisan.

Bukan lagi zaman beliau, kerana apa yang ada hari ini aras populariti dan gosip berlebihan berada di rangking pertama berbanding bakat serta kerjaya seseorang artis.

Jika Siti Nurhaliza dijadikan kayu ukur dari segi moralis dan terpaksa berundur dari industri hiburan ini akibat tekanan, tolong cakap pada saya apa lagi yang diketogeri sebaga terbaik yang ada di industri ini termasuk dari segi moralis mereka. - luahan pembaca budiey.com

Mmm, ramai peminat yang tak setuju Siti berhenti nyanyi, dan ada juga yang suka Siti berhenti. Apa-apa pun, kita punya pendapat masing-masing.

Masih bahagia

Senyuman di usia 30 tahun

Alangkah manisnya bertudung litup macam ni… Budiey suka!

0 comments:

Blog Archive


Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP