Powered by Blogger.

Jan 9, 2009

Kekejaman Yahudi-Zionis Membuka Tirai `0

Sukar sekali membayangkan, hidup dalam serba ketakutan. Anak-anak terjaga daripada tidurnya, bukan kerana dikejutkan oleh ibu untuk bangun ke sekolah. Tetapi mereka dikejutkan oleh dentuman meriam dan gegaran bom. Mereka lari daripada ketakutan; tetapi mereka dikepung. Mereka ditembak sesuka hati. Mereka merintih dan melirih. Luka mereka merah berdarah, tulang-temulang mereka berkecai dan tubuh mereka terkulai. Mereka gugur ke bumi. Ada yang syahid dan ada yang menanti hiba di rumah sakit.

Dunia Arab selamanya pekat dengan Assabiyyah mereka. Suatu kejahilan pasca kemodenan yang amat dibenci rasulullah SAW. Bangsa Palestin bukan Arab kerana menyokong Hamas. Menyokong Hamas ertinya menyokong Iran dan Iran adalah Syiah!

Inilah kedunguan abad ke 21 yang merugikan saudara seakidah. Mesir membutakan hati, memekakkan indera dengan menutup satu-satunya jalan keluar. Negara-negara Arab lain masih bermain silap mata. Bila mata ditutup mereka lupa segala kekejaman yang melanda, bila mata mereka terbuka mereka pura-pura kesedihan.

Negara-negara lain sibuk dengan agenda gencatan senjata dan meja rundingan. Pergi jahanamlah dengan segala gencatan senjata dan meja rundingan. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang terbukti tidak memenuhi janji. Jangankan dengan Palestin, perjanjian dengan Rasulullah SAW sendiri mereka ingkari.

Maka, cukupkah kita meluahkan kesedihan demi kesedihan? Cukupkah kita menyatakan kebencian demi kebencian? Di mana kesatuan ummah kala ini? Di mana kekuatan ummah yang diperlukan?

Aduhai…malang sungguh nasib umat Islam dasawarsa kini… Saya terbayangkan sosok tubuh yang mulia Sultan Muhammad al-Fateh yang gagah perkasa. Andailah baginda masih ada, pasti umat Islam di Palestin akan terbela!

0 comments:

Blog Archive

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud

Bacaan Duduk Antara 2 Sujud
Related Posts with Thumbnails

Blogger 1

Blogger 2

Sabda Nabi s.a.w yangbermaksud, "Sesungguhnya
dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama
Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya."

Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan

apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.

Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP